Lebih 2 000 Rumah Sudah Terjual Di Tiara Sendayan
Hi Korang,
Kalau dahulu masing-masing beria-ria untuk tinggal di bandar terutamanya ibu kota Kuala Lumpur kerana mudah untuk ke tempat kerja
Namun kini tidak lagi!
Majoriti inginkan kediaman yang selesa untuk di diami walaupun jarak tempat kerja dengan rumah jauh
Ini terbukti bahawa lebih daripada 2,000 buah rumah sudah habis terjual di Tiara Sendayan yang rata-rata para pembelinya merupakan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur
Bagi kak lily, walau di mana pun lokasi kediaman yang kita pilih yang pentingnya akses keluar masuknya menyenangkan macam dekat dengan jalan besar dan mudah ke lebuhraya
Kalau korang nak tau yang Tiara Sendayan merupakan pembangunan pesat yang sedang berlaku di kawasan selatan Lembah Klang di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd dan terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban faktor yang menjadikan Tiara Sendayan sebagai kawasan kejiranan yang ideal untuk seisi keluarga kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti P
Di antaranya pusat Komersial Hab, Food Bazaar, pam minyak dan Central Park yang hanya jarak berjalan kaki. Bukan itu saja, sekolah, bank, shopping mall juga tersedia untuk korang nikmati
Aksess Mobiliti Terbaik
Terletak di barat Seremban, ianya merupakan jaringan akses yang terbaik melalui laluan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite ke KLIA.
Selain itu, perbandaran moden ini terletak secara strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) – koridor pertumbuhan baharu yang diperuntukkan sebagai lanjutan daripada Greater Kuala Lumpur conurbation di Negeri Sembilan yang mana ianya di kelilingi pembangunan utama oleh Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan TH Properties
12 Ekar Central Park Bagi Memenuhi Tuntutan Gaya Hidup Penghuninya
Pembangunan komuniti yang di beri nama ‘Central Park’ yang seluas 12 ekar menampilkan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, menjanjikan gaya hidup holistik untuk penduduk setempat
Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, ruang majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain
Kemudahan Gaya Hidup Lain Yang Komprehensif
Tiara Sendayan juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup yang lebih adventures. Untuk riadah, terdapat Kelab Desa d’Tempat, kelab desa berorientasikan keluarga terbesar & X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar tarikan menarik, ruang acara & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 7km jauhnya
Selain itu, hab Pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 7KM. Hab komersial seperti Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square terletak hanya 5km jauhnya. Sementara itu, Masjid Sri Sendayan, mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan, terletak hanya 5 minit pemanduan dari Tiara Sendayan
Hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan
Maka tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi
Berita baik bagi mereka yang masih lagi tercari-cari kediaman idaman yang seisi keluarga, Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x 70’) kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami
Ingin dapatkan info lanjut mengenai jenis-jenis pembangunan perumahan di Tiara Sendayan ini boleh layari ke www.tiarasendayan.com atau hubungi 1-800-88-2688
#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/11/lebih-2000-rumah-sudah-terjual-di-tiara.html