5 Sebab Ini Kenapa Korang Wajib Elak Dari Beli Kereta Sambung Bayar




Nak ambil jalan mudah, pilihlah kereta second hand. Tapi tu pun kalau pinjaman lulus. Kalau tak lulus juga macam mana? Ada yang terpaksa pilih untuk mencari kereta sambung bayar.

Apa yang perlu korang tahu tentang kereta sambung bayar ni ialah penjual kereta masih lagi membayar pinjaman kepada bank, tapi nak jual kereta tersebut kepada orang lain. Mereka tak mahu melalui proses jual beli yang makan masa dan mungkin juga memerlukan wang tunai dengan segera.

Secara logiknya memang pembeli akan berasa untung kerana tak perlu bayar harga penuh kereta tersebut dan hanya perlu membayar deposit dengan jumlah yang rendah, seterusnya membuat pembayaran bulanan untuk penjual kereta.

Jadi, penjual ‘menjual’ kereta kepada pembeli dan pembeli menyambung bayar pinjaman pemilik tersebut kepada pihak bank. Tapi korang kena ingat, walaupun penjual tu dah serahkan kereta kepada pembeli, kenderaan tu tetap berdaftar atas nama penjual.

Pihak sambung bayar tidak dilindungi

Mana-mana kontrak yang ditandatangani dalam urusan sambung bayar tidak dapat dikuatkuasakan kerana pihak bank biasanya meletakkan syarat dalam kontrak pinjaman yang diberikan- bahawa pembeli tidak boleh menjual kereta tersebut tanpa persetujuan mereka.

Disebabkan itu, kaedah sambung bayar ni biasanya digunakan di antara kawan rapat dan keluarga saja. Tapi zaman sekarang ni pun bukan nak kata apa la, dengan orang yang kita kenal pun perlu sentiasa berhati-hati.


Ini kerana terdapat 5 risiko yang harus korang hadapi iaitu:

1. Sambung bayar tu haram

Persetujuan sambung bayar dinyatakan sebagai haram di bawah Seksyen 38 – Akta Sewa Beli 1967 (tiada terjemahan rasmi)

“Setiap orang yang melalui pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang dirangkumi dalam sesuatu persetujuan sewa beli, atau melalui pengingkaran barangan tersebut, atau melalui kaedah-kaedah yang lain, menipu atau cuba menipu pemilik melakukan suatu kesalah” – diterjemah oleh ASKLEGAL

Apabila korang membeli kereta secara sewa beli (hire purchase), pihak bank adalah pemilik sah kereta sehingga korang menjelaskan bayaran pinjaman sepenuhnya. Jadi korang sebenarnya tidak berhak pun untuk menjual kereta tersebut melainkan korang mendapta keizinan daripada bank.

Kesalahan ni membawa denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


2. Penjual bertanggungjawab jika pembeli berhenti bayar pinjaman

Kenderaan dalam kaedah sambung bayar ini masih dianggap hak penjual, jadi kalau pembeli gagal membayar ansuran, penjual tersebut kena tanggung semuanya. Lebih teruk lagi ia mungkin menjejaskan credit score korang yang akan mempengaruhi peluang mendapat pinjam kelak.

Selain tu, jika ada saman yang dikeluarkan kepada pembeli ketika menggunakan kereta tersebut, penjual juga yang kena dan lebih tragis lagi bila pembeli tak bayar ansuran bulanan tapi kereta tak dipulangkan. Semuanya ditanggung oleh penjual itu sendiri.



3. Penjual tak boleh buat laporan polis

Bila dah pembeli bawa lari kereta, penjual tak boleh buat laporan kenderaan dicuri sebab penjual sendiri telah memberi secara sukarela kepada pembeli.
Definisi kesalahan mencuri di dalam Kanun Keseksaan (tiada terjemahan rasmi) Seksyen 378 adalah:

“Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya, adalah dikata melakukan kesalahan mencuri.”

Jadi, pembeli di bawah persetujuan sambung bayar tidak mengambil kereta secara tidak jujur dan penjual sendiri secara relanya dah memberikan kereta itu kepada pembeli. So, mereka tidak boleh melaporkan ‘kehilangan’ kereta tersebut.

4. Pembeli mungkin tak dapat hak milik kereta dengan sah

Pembeli sambung bayar tidak dilindungi oleh insurans jika hak milik kenderaan bukan atas nama mereka. Salah satu cara yang boleh dibuat oleh pembeli adalah dengan meletakkan nama mereka sebagai pemandu kedua di dalam polisi insurans.

Namun begitu, ada lagi satu perkara yang perlu dipertimbangkan jika penjual kenderaan meninggal dunia sebleum hak milik dipindahkan. Kenderaan tersebut akan diwarisi oleh keluarga pemilik.



5. Banyak kes sambung bayar melibatkan kenderaan klon

Kereta klon ini mungkin diubahsuai dengan chasis pendaftaran palsu (mungkin juga tidak didaftarkan) dan nombor plat serta road tax palsu. Mangsa biasanya hanya mengetahui bahawa kereta mereka diklonkan setelah ditahan oleh JPJ atau apabila memperbaharui cukai jalan sendiri.

Kenderaan yang tidak didaftarkan boleh disita oleh JPJ sebelum dilelong oleh mahkamah. Sebagai pemilik kereta, korang juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki kereta yang tidak didaftarkan, dan boleh didenda di antara RM2,000 dan RM10,000.

Kesimpulannya, tidak kira berapa untungnya korang bila dapat kereta ‘sambung bayar’ ni, lihat dalam jangka masa yang panjang dengan masalah dan kos yang bakal dihadapi. Risiko yang tak berbaloi untuk korang tanggung. So, buatlah keputusan dengan bijak.

Sumber: Ask Legal via remaja.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/5-sebab-ini-kenapa-korang-wajib-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catat Mulai Hari Ini Pakai Kantong Plastik Di Alfamart Hingga Superindo Wajib Bayar

Catat Mulai Hari Ini Pakai Kantong Plastik Di Alfamart Hingga Superindo Wajib Bayar

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 247 hits
Hari ini sejumlah toko ritel resmi memberlakukan kembali kantong plastik berbayar secara bertahap Beberapa toko retail tersebut diantaranya adalah Alfamart Ramayana SuperIndo LotteMart Informa Electronic City Matahari AlfaMidi Papaya Yogya ...
Kereta Kerap Rosak Ini 7 Punca Utamanya Yang Sering Korang Lakukan

Kereta Kerap Rosak Ini 7 Punca Utamanya Yang Sering Korang Lakukan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 431 hits
Bila dah lama memandu kereta banyaklah tabiat pelik pelik yang kita akan buat tanpa sedar Tapi tak semua tabiat yang kita buat tu elok Bila dah biasa dengan tabiat yang dibuat memang susahlah nak ubah dan betulkan Betul tak Jom kita tengok ...
Gaji Rm6 500 Pun Tak Seindah Yang Dibayangkan Sebab Perlu Bayar Rumah Rm1 000 Kereta Rm1 000 Etc

Gaji Rm6 500 Pun Tak Seindah Yang Dibayangkan Sebab Perlu Bayar Rumah Rm1 000 Kereta Rm1 000 Etc

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 506 hits
Semalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melancarkan Buku Panduan Belanjawanku yang dihasilkan dengan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya di Bangi Menurut buku panduan itu individu bujang yang menggunaka...
Beli Tiket Kereta Buat Mudik Di Tiket Com Bisa Dapat Potongan Harga Dan Diberi Makan

Beli Tiket Kereta Buat Mudik Di Tiket Com Bisa Dapat Potongan Harga Dan Diberi Makan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 283 hits
Untuk lebih memberikan layanan terbaik pada masa penjualan tiket kereta api Lebaran tiket com memberikan promo potongan Rp 30 000 yang mulai berlaku tanggal 18 hingga 24 Februari 2019
Jual Dan Bayar Serta Budi Tidak Boleh Dijual Beli 9204

Jual Dan Bayar Serta Budi Tidak Boleh Dijual Beli 9204

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 372 hits
yudi pada 3 jam yang laluDi rumahnya beliau tetap menjadi seorang suami untuk istri istrinya Menjadi ayah untuk anak anaknya menjadi Nabi sekaligus pemimpin untuk umatnya menjadi teman untuk sahabat sahabatnya The post Allah Bersaksi atas K...
Najib Umpama Kereta Antik Orang Suka Tengok Tapi Tak Beli

Najib Umpama Kereta Antik Orang Suka Tengok Tapi Tak Beli

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 450 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak diumpamakan seperti kereta antik yang orang ramai suka lihat namun tidak ramai yang akan beli Setiausaha Khas Presiden PKR R Suresh Kumar memberi perumpamaan itu ketika menggambarkan populariti Najib yang d...
Panduan Beli Kereta Mampu Milik Untuk Graduan

Panduan Beli Kereta Mampu Milik Untuk Graduan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 572 hits
Bagi pelajar lepasan ijazah atau master sebuah kereta merupakan aset penting terutamanya bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak Namun begitu memilih kereta yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan bukanlah sesuatu perkara yang ...
Wajib Guna Kerusi Kereta Bayi Bermula Tahun 2020

Wajib Guna Kerusi Kereta Bayi Bermula Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 885 hits
Berbanding negara luar penggunaan kerusi kereta untuk penumpang bayi di Malaysia amat kurang Namun bermula tahun 2020 penggunaan kerusi kereta bayi adalah mandatori selepas ditangguhkan pada tahun 2019 Menurut kajian yang dilakukan oleh Ins...
Suami Tengking Isteri Sebab Kena Bayar Rm275 Hanya Kerana Beli Barang Dapur

Suami Tengking Isteri Sebab Kena Bayar Rm275 Hanya Kerana Beli Barang Dapur

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 722 hits
Malang nasib seorang isteri apabila dia ditengking suaminya di hadapan orang ramai gara gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi bajet si suami Bukan saja diaibkan malah ditinggalkan pula si isteri dan dua orang anak kecil di kau...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi