5 Sebab Google Tidak Berjaya Seperti Laman Sosial Lain Sehingga Terpaksa Ditamatkan


Jaringan Sosial Google+ mungkin anda pernah mendengar apabila mendaftar account google ada satu fungsi sosial Google+ disampingnya.   


Kebolehan ini telah membenarkan ramai kenalan yang terpisah dipertemukan semula, sekaligus mewujudkan kembali hubungan persahabatan dengan individu tersebut. Ia juga memudahkan anda mengikuti seseorang yang ternama seperti penggiat seni, ahli politik, dan pelbagai individu lain dalam mendapatkan perkembangan terkini daripada mereka.



Perkhidmatan ini mula popular apabila perkhidmatan seperti Friendster dan MySpace wujud pada awal 2000-an. Kedua-dua perkhidmatan ini boleh dikatakan antara yang terawal dalam menawarkan sebuah jaringan sosial yang mudah digunakan oleh pengguna

Friendster sangat terkenal atas paparannya yang kemas dan ringkas, manakala MySpace membenarkan pengguna mengubah tampilan profil melalui sejumlah fungsi kustomasi yang menarik

Kedua-duanya aktif digunakan oleh pengguna sekitar 2003-2009, namun menemui era kejatuhan apabila mereka tidak dapat bersaing dengan sejumlah jaringan media sosial yang baru

Facebook, Twitter, dan Instagram antara contoh laman media sosial yang berjaya pada saat ini. Ketiga-tiga laman ini mempunyai ciri-ciri yang unik dalam menyampaikan sesuatu perkara kepada pengguna

Facebook digunakan secara meluas kerana ia adalah sebuah laman media sosial yang menyeluruh, dengan penyertaan sistem pemesejan pantas (IM), fungsi mewujudkan kumpulan dan adanya Facebook Page

Twitter pula digunakan secara aktif kerana pengguna boleh membuat penghantaran tweet secara pantas di bawah 280 aksara

Instagram sangat popular kerana ia memfokuskan kepada fungsi perkongsian gambar dan video secara ringkas


Kenapa Google+ Diwujudkan?




Sebagai sebuah syarikat yang besar, Google juga ingin mengambil peluang ini dalam mewujudkan jaringan media sosial mereka tersendiri

Sebelum adanya Google+, Google sebenarnya sudah mempunyai jaringan media sosial tersendiri yang dikenali Google Buzz. Ia telah dilancarkan pada tahun 2010 dan akhirnya ditutup pada tahun 2012 bagi memberi laluan kepada Google+

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna berkongsi kemaskini, gambar, dan video melalui bahagian Buzz yang ditempatkan di dalam Gmail

Google telah melancarkan Google+ secara rasmi pada 28 Jun 2011 dengan ciri-ciri jaringan sosial yang bersifat menyeluruh

Ketika awal pelancaran Google+, ia dilihat membawa potensi yang cukup besar kerana menawarkan sejumlah fungsi unik kepada pengguna

Ia mengintegrasikan akaun Google, jadi pengguna tidak perlu mendaftar daripada mula untuk menggunakannya. Pendaftaran akaun Google+ juga kemudiannya diwajibkan pada tahun 2013 ketika ingin membuat komen pada halaman Youtube

Antara fungsi unik yang hadir pada perkhidmatan ini ialah penyertaan sistem rakan berasaskan Circle. Ia membolehkan anda meletakkan sejumlah rakan-rakan anda pada sesebuah Circle, bagi memudahkan anda mengikuti kumpulan rakan-rakan ini

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan rakan-rakan di tempat kerja anda di dalam Circle “Acquaintance” – termasuk rakan-rakan anda yang kurang rapat

Sekiranya anda mempunyai sekumpulan rakan-rakan rapat, anda boleh meletakkannya di dalam Circle “Friends” atau “Close Friends”

Orang yang ditempatkan di dalam sesuatu Circle ini juga tidak akan mengetahui kedudukan mereka, apabila mereka diletakkan di dalam sesebuah Circle

Google+ turut hadir dengan fungsi Communities bagi membenarkan anda mengikuti sesebuah komuniti. Fungsi ini menyerupai Facebook Group, namun ia lebih menggalakkan diskusi antara pengguna

Anda boleh mengikuti sejumlah pembangunan produk melalui fungsi ini, selain membolehkan anda menghantar cadangan atau komen mengenai produk tersebut. Sejumlah pembangun aplikasi telah banyak memanfaatkan fungsi ini, terutama ketika aplikasi tersebut masih di dalam pembangunan

Google+ juga menawarkan integrasi bersama Google Hangouts sebagai alternatif kepada fungsi Facebook Messenger

Fungsi ini menawarkan fungsi permesejan setempat, dengan membolehkan anda menghantar teks, fail, gambar, dan video

Anda juga boleh membuat panggilan suara dan video melalui fungsi ini, dengan membenarkan anda menjemput sehingga 25 orang rakan. Ia kerap digunakan ketika membuat video langsung kerana ia boleh di muat-naik terus kepada halaman Youtube

Apabila pengguna berkongsi sesebuah status, pengguna boleh menekan butang “+1” untuk menyukai status tersebut. Fungsi ini menyerupai fungsi “Like” pada Facebook, namun ia akan dipaparkan dalam bentuk angka

Apabila sesuatu status disukai oleh 300 orang, “+1” ini akan dipaparkan bersama angka “300”. Status yang dikeluarkan juga boleh dikongsi kepada pengguna lain, melalui fungsi “Sharing” yang dibekalkan

Pengguna juga boleh memanggil pengguna lain atau mention dengan meletakkan anda meletakkan simbol “+” sebelum nama pengguna


Punca Kejatuhan

Sehingga 2019, Google+ telah mencapai sekitar 395 juta pengguna aktif secara bulanan. Akaun yang telah berdaftar juga telah mencapai 2 bilion, namun masa penggunaannya berada pada angka yang rendah

Mengikut jangkaan, pengguna Google+ hanya meluangkan masa hanya sekitar 3.3 minit di laman ini, berbanding 7.5 jam pada halaman Facebook

Majoriti pengguna Google+ hanya melihat status dan notifikasi secara sekilas pandang, dan tidak lagi meneruskannya kerana tiada perkara menarik pada halaman tersebut


Fungsi mengelirukan

Salah satu sebab yang mungkin menyumbang kepada kejatuhan Google+ adalah dari segi fungsi yang sedikit mengelirukan. Sistem perletakkan rakan berasaskan Circle walaupun dilihat berguna, ia sebenarnya telah membuatkan sesetengah pengguna keliru dengan fungsi ini pada mulanya

Kebanyakan pengguna juga tidak mempunyai masa untuk mengasingkan rakan-rakan mereka di dalam kumpulan tertentu

Google+ juga menggunakan elemen antaramuka yang berlainan berbanding perkhidmatan media sosial sedia ada. Mereka menggunakan sistem “+1” berbanding simbol yang lebih dikenalpasti oleh pengguna. Simbol seperti “thumbs up” atau “love” lebih membawa maksud suka, berbanding sistem angka berasaskan “+1” ini. Pengguna juga perlu menggunakan simbol “+” berbanding “@” ketika ingin memanggil (mention) pengguna lain


Pengguna selesa dengan jaringan sosial sedia ada

Dengan populariti Facebook, Twitter, dan Instagram yang semakin meningkat, pengguna juga tidak mempunyai sebab untuk beralih ke laman media sosial yang baru

Bilangan media sosial yang dimiliki pengguna sudah terlalu banyak, jadi mereka ingin mengecilkan jumlah akaun supaya lebih mudah untuk diuruskan

Fungsi yang terdapat pada media sosial hari ini juga kebanyakannya sudah lengkap, jadi pengguna tidak perlu lagi untuk menggunakan perkhidmatan tambahan


Memaksa pengguna mengintegrasikan akaun ke Youtube 



Ada juga alasan pengguna yang tidak menggunakan Google+ ini kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada tindakan Google

Pada tahun 2013, Google telah memaksa pengguna mengaktifkan akaun Google+ apabila ingin membuat komen di Youtube. Perkara ini sekaligus memerlukan akaun Google pengguna ‘dipaksa’ untuk diintegrasikan dengan fungsi Google+

Walau bagaimanapun, tindakan ini telah diubah pada tahun 2015 setelah menerima komen negatif daripada pengguna


Tiada arah tuju

Google+ telah melalui pelbagai fasa perubahan sepanjang hayatnya – termasuk dari segi fungsi dan perlaksanaannya. Pada tahun 2014, salah seorang pengasas Google+ iaitu Vic Gundotra telah keluar daripada pembangunan laman ini

Sejak daripada itu, pengurusan Google+ telah diolah beberapa kali dalam menjadikan perkhidmatan ini lebih relevan kepada pengguna

Namun disebabkan perubahan ini, beberapa fungsi menarik telah dikeluarkan, seperti kebolehan Google+ Photos dan Games

Agak mengecewakan, fungsi Hangouts on Air juga telah dikeluarkan daripada Google+ dan dipindahkan ke fungsi YouTube Live

Pada tahun 2015, Google+ telah difokuskan kepada kandungan berasaskan komuniti kerana ia lebih diguna pakai oleh pengguna di sana. Perkara ini telah membuatkan Google+ ini kelihatan kurang yakin dengan masa depan dan hala tuju perkhidmatan mereka


Selamat Tinggal Google+ 




Google telah mengumumkan tarikh 2 April 2019 sebagai tarikh penamatan Google+ ini. Segala kandungan yang telah dikongsikan oleh pengguna hanya boleh dimuat-turun sehingga 31 Mac 2019

Selepas daripada tarikh ini, segala kandungan di Google+ mungkin tidak lagi dapat diakses – seperti mana perkhidmatan goo.gl yang telah ditamatkan pada Mac lalu

Seperti kebanyakan syarikat lain, Google juga mempunyai produk yang tidak berjaya. Google+ ini hanyalah dari salah satu contoh daripada sejumlah produk Google yang telah ditamatkan riwayatnya

Pada tahun 2019 ini sahaja, Google telah menamatkan perkhidmatan Inbox by Gmail, goo.gl, Allo, dan Google+ ini bagi membolehkan mereka memfokuskan kepada pembangunan produk yang lain

Dengan kegagalan Google+ ini, ia telah menambah sebuah lagi produk untuk ditempatkan di laman Google Cemetery

Google+ telah berjaya berkhidmat kepada pengguna dalam tempoh tujuh tahun, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011. Ia adalah sebuah laman media sosial yang mempunyai potensi yang besar, namun gagal mendapat sambutan pengguna atas perlaksanaannya yang kurang menyenangkan

Ia mempunyai fungsi yang sedikit mengelirukan, tiada arah tuju, dan pengguna juga tidak mempunyai sebab untuk beralih ke sebuah jaringan sosial yang baru

Semoga memberi manfaat

Kredit : SentiasaPanas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2019/05/5-sebab-google-tidak-berjaya-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Rm5 000 Gara Gara Order Iphone 7 Plus Di Laman Sosial

Rugi Rm5 000 Gara Gara Order Iphone 7 Plus Di Laman Sosial

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 351 hits
KUANTAN Tertarik dengan tawaran telefon pintar iPhone 7 plus yang murah dalam laman sosial menyebabkan seorang remaja perempuan kerugian lebih RM5 000 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata mangsa...
Kuaso Laman Sosial Tular

Kuaso Laman Sosial Tular

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 312 hits
Lalala Minggu yo tek sik di update blog tuk Otedah hahaha Bukan apo minggu yo tek busy ikit dengan urusan kejo dan urusan peribadi jadi maso nak nulis terbatas ikit Mun di rumah pun jarang dapat peluang untuk menulis panjang pituk mun dah p...
20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 728 hits
Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan suci Ramadhan yang tinggal hitungan hari lagi Banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyambut bulan Ramadhan di antara yaitu dengan berbagi ucapan dan doa Ucapan selamat puasa Ramadhan 2019 ...
Ketum Muhammadiyah Sarankan Ada Rekonsiliasi Sosial Dan Politik Pasca Pilpres

Ketum Muhammadiyah Sarankan Ada Rekonsiliasi Sosial Dan Politik Pasca Pilpres

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 193 hits
Rekonsiliasi politik yang menang jangan jumawa jangan euforia Tapi yang kalah jangan marah dan kemudian tidak menerima realitas satu sama lain harus rekonsiliasi politik jelasnya
Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 633 hits
Gemar memuat naik aktiviti seharian mengenai kehidupannya akhirnya mengundang padah apabila sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang merotan anak perempuannya hanya kerana membuka ...
Presiden Sri Lanka Cabut Larangan Penggunaan Media Sosial

Presiden Sri Lanka Cabut Larangan Penggunaan Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 293 hits
Larangan sementara soal penggunaan media sosial ini diberlakukan setelah aksi teror bom beruntun pada Minggu Paskah lalu
Akaun Media Sosial Anwar Diceroboh

Akaun Media Sosial Anwar Diceroboh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 434 hits
KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI ANWAR IBRAHIMIngin saya maklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabat saya Ini termasuklah semua akaun media sosial milik saya Gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak tatkala kita melu...
Media Sosial Ancaman Runtuhkan Negara

Media Sosial Ancaman Runtuhkan Negara

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 371 hits
Media sosial ancaman runtuhkan negaraPosted By on May 05 2019Pengaruh media sosial yang tiada batasan dan pelbagai ancaman luar mampu menggugat keamanan negara kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari Beliau berkata di ambang Malaysia baharu i...
Tim Media Sosial Jokowi Maruf Dinilai Sangat Maksimal Kampanye Di Dunia Maya

Tim Media Sosial Jokowi Maruf Dinilai Sangat Maksimal Kampanye Di Dunia Maya

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 233 hits
Tim Media Sosial Jokowi Maruf Dinilai Sangat Maksimal Kampanye di Dunia Maya Dalam pandangan PoliticaWave tim Jokowi Ma ruf Amin telah menggunakan seluruh elemen media sosial yang ada untuk mengkampanyekan paslon tersebut
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dah Sampai Pulau Phuket

Khidmat Mafia Putih Untuk Uruskan Teman Lelaki Bermasalah

Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station