Feringghi GardenTempat ni sangat romantik dan sesuai untuk korang merayakan hari ulangtahun kelahiran ataupun hari ulantahun perkahwinan bersama yang tersayang. Konsep dine-in-nature yang diterapkan di restoran ini pasti akan membuatkan korang jatuh cinta dengan restoran ni
Seafood PlattersMakanan yang dihidangkan pula berkonsepkan Western Grill Steak and Seafood. Hurm, meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan dia. Tapi malangnya kedai ni tak halal ya. Sebab diorang ada serve wine. Jadi kurang sesuailah untuk yang beragama Islam. Tapi korang jangan risau, ada empat lagi restoran yang Juju nak kongsikan
Jawi House Cafe GallerySebuah rumah kedai lama yang terletak di Armenian Street ini telah diberi nafas baru oleh Chef Nurilkarim. Dalam kafe ini, terdapat pameran seni lukisan tangan dan juga fabrik yang dihasilkan oleh warga tempatan yang berkonsepkan Jawi Peranakan. Jawi Peranakan adalah masyarakat Melayu tempatan yang berkahwin dengan pendatang dari India, Arab, Turki dan Parsi
Hidangan yang disajikanMakanan yang disajikan di sini pula menggabungkan bunga, herba dan rempah ratus untuk menghidupkan semula masakan masyarakan Jawi Peranakan. Antaranya adalah lemuni. Lemuni adalah beras yang dimasak dengan bunga telang biru dan daun lemuni. Lemuni inilah yang memberi warna kehijauan dalam masakan
Black KettelSebuah kafe, kedai roti dan restoran yang berkonsepkan fusion Perancis ini menawarkan pilihan makanan yang tidak akan korang lupakan.
Peri-peri ChickenTapikan, restoran ni menggunakan alkohol dalam masakan dia. Jadi Juju bagitau awal-awal ya restoran ini sesuai untuk mereka yang bukan beragama Islam. Kalau tengok pada menu dessert dia memang akan membuatkan kita semua meleleh air liur. Hidangan utama pun sangat menarik
Cafe LagendaBistro inovatif yang melestarikan warisan tempatannya dengan menyajikan hidangan dalam set congkak (permainan mancala tradisional). Terletak di Campbell Street yang sibuk, rumah kedai yang baru diubahsuai ini kini merupakan salah satu destinasi paling popular di Pulau Pinang bagi masakan Melayu
Udang masak lemak nenasAntara menu yang paling laris di kafe ini adalah udang masak lemak nenas. Aduh, ngences pulak rasanya. Dipadankan pula dengan ayam rendang yang sangat beraroma dan juga salad telur. Fuh, mau masuk dalam mimpi tidur malam ni
Chok Dee Thai RestaurantPeminat masakan Thai memang wajib cuba retoran ni ya. Kalau Juju memang suka tomyam yang pekat. Cukup rasa masam dan pedas dia. Ditambah pula dengan seafood yang pelbagai dekat dalam tu. Fuh, kita tambah lagi dengan ikan siakap masak 3 rasa, kerabu mangga dan sayur kailan ikan masin. Memang tak toleh kiri kanan lagi dah
TomyamMaklumat lanjut boleh ke:Alamat: 231-D Jalan Burma10050 George Town, Malaysia|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |