5 Resipi Roti Bijirin Ala Caf Mudah Je Nak Buat Sendiri


Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari ketuhar, memang sedap dapat makan roti buatan sendiri.
Lagi-lagi makan bersama keluarga, memang puas hati. Jika biasanya sebelum ini, beli di kedai, nah dah boleh buat sendiri di rumah. Lagi menjimatkan.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar )
20gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
450gm air sejuk
120gm serat gandum kasar
20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar (5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. Keluarkan doh yang sudah kembang.
9. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF: Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Roti yang menyihatkan
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur /untreated
70gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
450gm air sejuk
50gm serat gandum kasar
150gm bijian campuran (7 jenis)
20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Mengandungi tujuh jenis bijirin
Anggaran harga: RM20-RM30
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
250gm air sejuk
30gm serbuk teh hijau
50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
6. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
7. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
80gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
60gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
350gm air sejuk
150gm oat bermadu (seperti di atas)
150gm oat
100gm madu
CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk membuat oat madu; campurkan oat dan madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk mengelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa madu dan oat yang sedap
Anggaran harga: RM20-RM30
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
350gm air sejuk
30gm black charcoal powder
20gm brown malt flour
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan: 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa yang amat berbeza
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih: Chef Sharizat, Golden Republic
The post 5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/08/5-resipi-roti-bijirin-ala-cafe-mudah-je.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 180 hits
Mashed potato atau kentang putar ni memang sedap dimakan panas panas kan Rasanya yang lembut dan berlemak memang nikmat Jika dulu mashed potato KFC yang popular nah sekarang boleh saja buat sendiri di rumah Mudah sangat Resipi yang dikongsi...
Teringin Nak Buat Roti Jala Ikut Resepi Yang Simple Ini Mudah Lembut Confirm Jadi

Teringin Nak Buat Roti Jala Ikut Resepi Yang Simple Ini Mudah Lembut Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 168 hits
Roti Jala memang sudah selalu kita jamah Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar
Resipi Roti Gula Crunchy Kudapan Sedap Senang Buat Sendiri

Resipi Roti Gula Crunchy Kudapan Sedap Senang Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 248 hits
Roti Gula Crunchy ni memang sedap Rangup manis manis masin makan macam tu sahaja memang sedap Nak lagi padu Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk Rasanya memang lagi terangkat Senang sahaja cara membuatnya Jika ada lebihan roti di dapur yang...
Ini Rahsia Nak Roti Sardin Rangup Perah Limau Dalam Adunan Tepung

Ini Rahsia Nak Roti Sardin Rangup Perah Limau Dalam Adunan Tepung

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 152 hits
Sarapan pagi dengan roti sardin memang layan Nak jadikan ia rangup ada rahsianya Gunakan sedikit limau untuk jadikan roti sardin tu jadi lebih rangup Nak nampak kuning letakkan sedikit serbuk kunyit ROTI SARDIN GORENG RANGUPBahan Bahan Sard...
Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Buat Sendiri Di Rumah Puas Hati

Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Buat Sendiri Di Rumah Puas Hati

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 183 hits
Sedapnya aiskrim kacang merah Teringat dulu admin masa kecil tunggu uncle jual aiskrim naik basikal lalu semata mata nak beli aiskrim kacang merah tu sebab memang sedap kacang merah memang banyak Zaman dulu Rm1 20 je dah merasa aiskrim kaca...
Resipi Mi Sua Tiram Sedap Masak Sendiri Memang Puas Hati

Resipi Mi Sua Tiram Sedap Masak Sendiri Memang Puas Hati

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 287 hits
Pernah cuba makan Mi Sua Tiram Taiwanese Oyster Mee Sua Bagi yang pernah rasa pasti tahu keenakan hidangan ini Ia merupakan salah satu sajian popular dari Taiwan Saudara Hasbullah Ahmad ada kongsikan resipinya Bolehlah cuba masak sendiri Te...
Teringin Sangat Nak Makan Roti Titab Di Ads Corner

Teringin Sangat Nak Makan Roti Titab Di Ads Corner

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 229 hits
TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER Itulah aktiviti bila hujung minggu Babah akan tanya samada nak sarapan kat rumah atau kat luar Bila tekak ni nak sangat merasa roti titab yang ada dijual di Ads Corner Kota Masai teringin l...
Resipi Popia Ketam Salju Snek Ringan Vietnam Yang Mudah Disediakan

Resipi Popia Ketam Salju Snek Ringan Vietnam Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 205 hits
Nampak sedaplah resipi Popia Ketam Salju yang dikongsikan oleh Masliana Ibrahim di Facebook ni Katanya dia belajar dari kawannya yang berasal dari Vietnam sewaktu di Nebraska Beruntungnya ada kawan dari negara lain dan pandai masak boleh me...
Portuguese Toast Ala Harold S Bread Buat Sendiri Ikut Cita Rasa

Portuguese Toast Ala Harold S Bread Buat Sendiri Ikut Cita Rasa

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 371 hits
Anda penggemar Portuguese Toast di Harold s Bread Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang Boleh cuba buat sendiri ikut cita rasa anda Sangat sedap dan berkrim Boleh hiding sebagai sarapan mahupun minum petang Portugese toa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord