5 Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Mudah Sedap


Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu.
Apa kata cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
3. Didihkan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
4. Selepas dua minit masukkan siput sedut. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus & hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. Gaul rata kemudian tutup api. Sambal paru sedia dihidangkan.
IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam & digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. Sedia untuk dinikmati.
DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci & tos
2 biji kentang | buang kulit & potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis & menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
5. Masukkan pula serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kacau lagi seketika dan tutup api. Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan panas-panas.
The post 5 Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Mudah & Sedap! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/07/5-resipi-lauk-pauk-kampung-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resipi Mudah Dan Sedap Menggunakan Blueberries Dari Usa Blueberries

3 Resipi Mudah Dan Sedap Menggunakan Blueberries Dari Usa Blueberries

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 171 hits
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku dan kering USA Highbush Blueberries sememanya terbaik Ia bukan sahaja baik untuk cita rasa anda tetapi juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan Ia mengandungi serat vitamin C vitamin K dan mangan yang...
Resipi Kuih Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah Sedap

Resipi Kuih Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 295 hits
Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut yang pasti rasanya sedap dan pasti anak anak suka Jom kita cuba resipi...
Jangan Bazirkan Kentang Cuba Resipi Snek Mudah Sedap Ini

Jangan Bazirkan Kentang Cuba Resipi Snek Mudah Sedap Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 195 hits
Kudapan pada petang hari untuk menonton tv Lagi seronok tengok drama dengan mulut asyik mengunyah saja kan Nah sambil berkira kira untuk buat kudapan apa jom kita cuba dengan hidangan berasaskan kentang daripada Nazrizam Ab Wahab Kentang di...
Resipi Mudah Cara Buat Ayam Bakar Asam Boi Memang Sedap

Resipi Mudah Cara Buat Ayam Bakar Asam Boi Memang Sedap

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 313 hits
Memang tergoda sungguh dengan bau dan keenakan ayam panggang asam boi ni Aroma ayam yang dipanggang memang boleh buat kecur air liur Tapi resipi yang dikongsikan MrBlack Raider ini menggunakan asam boi dalam bahan perapan Wah memang menarik...
Resipi Makanan Korea Sedap Mudah Jeruk Ketam Bertelur Mentah

Resipi Makanan Korea Sedap Mudah Jeruk Ketam Bertelur Mentah

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 331 hits
Buat peminat makanan Korea mesti kenal dengan Gejang makanan mukbang viral Korea ini Jeruk Ketam Bertelur Mentah Rasanya sedap dan tak hanyir Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa baru boleh dimakan Menurut wanita yang b...
Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 307 hits
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah Sangat sedap Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan Nak cuba buat sendiri Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya Jom lih...
Simple Sedap Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice

Simple Sedap Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 205 hits
Bila waktu petang menu kek antara yang menjadi pilihan untuk hidangan pencuci mulut minum petang Kalau mencari resipi yang mudah dan cepat masak keknya boleh cuba resipi kek butter choc rice ini Resipi yang dikongsikan Himawari Chan ini mem...
Wajib Cuba Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim

Wajib Cuba Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 192 hits
Bagi yang biasa menikmati sajian Beef Ginger di restoran Chinese Muslim pasti tahu akan keenakan hidangan ini Harganya boleh tahan mahal kan Jika keluarga besar memang tak puas makan Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi yang boleh dicuba...
Resipi Kuah Kacang Paling Mudah Yang Diajar Oleh Chef Hotel

Resipi Kuah Kacang Paling Mudah Yang Diajar Oleh Chef Hotel

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 235 hits
Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh yang katanya ada Chef dari Hotel...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari