5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras


Memang best kalau pandai buat kuih talam, setiap petang pasti ada menu minum petang. Kunci kejayaan buat kuih talam ni kena rajin mencuba dan jangan derhaka resipi je sebenarnya. Saya nak kongsikan 5 resipi kuih talam yang mudah dan menarik untuk dicuba. Mana tahu boleh cuba jual guna resipi kuih talam yang saya share ni. Jom kita cuba!
Surirumah yang suka keadaan dapur yang kemas wajib ada Haushalt Origami 3-Tier Folding Shelves
di rumah sebab barang-barang dekat dapur mesti tersusun rapi je. Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
 
KUIH TALAM LAPIS KACANG MERAH

Bahan A:
525gm gula halus – tak suka manis boleh kurangkan
1100ml Air
5 helai daun pandan – digunting pendek
Bahan B:
500gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 ½ sudu kecil garam
500ml santan pekat
1100ml Air
Bahan C:
300gm kacang merah kecil – direndam 1 malam, basuh dan rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus
Pewarnna Pink
Cara Penyediaan:
1. Masak bahan A sehingga mendidih.
2. Satukan semua bahan B dan campurkaan dengan bahan A.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Pastikan putih 800ml.
5. Selebihnya untuk warna merah rose pink lebih kurang 4 atau 5 titik.
6. Mulakan melapis 500ml merah, 400ml putih, 350ml merah. Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.
7. 700ml merah tambah kacang merah (dikisar sekejap je) kemudian kukus 7 minit.
8. Melapis sehingga habis, akhir sekali warna merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.
9. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
TALAM KASTARD JAGUNG

Bahan lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
Sedikit perwarna kuning
Sedikit garam
Cara Penyediaan:
1. Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit. Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan – 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cawan jumlahnya
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Pewarna hijau/pandan
Cara Penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
2. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
3. Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.
4. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik.
5. Jangan lupa like dan share, terima kasih dan selamat mencuba
KUIH TALAM LAPIS COKLAT PISANG

Bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Bahan B:
1 1/4 cawan gula halus
1 helai daun pandan – disimpul
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Bahan C:
3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam*
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen pisang
Cara Penyediaan:
1. Mula-mula satukan bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan.
2. Sementara itu, satukan kesemua bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus, sediakan loyang sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik supaya kuih mudah keluar. Balut penutup pengukus dengan kain bersih atau guna aluminium foil.
4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika.
5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata.
6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu.
7. Satukan bahan bertanda *.
8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan esen pisang.
9. Tuangkan sedikit adunan hijau ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Tuangkan pula adunan coklat ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Ulang kedua-dua proses sehingga habis berselang-seli. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
10. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
11. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.
KUIH TALAM CENDOL

Bahan A lapisan bawah:
200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam
Bahan B:
200gm cendol – 1 paket kecil
Cara Penyediaan:
1. Satukan bahan bertanda * dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.
2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4. Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5. Kukus selama 25 minit, selepas masak, cakar-cakar dengan garfu.
Bahan A lapisan atas:
300gm gula merah – boleh guna gula melaka/gula kampung
50gm gula castor
500ml air
Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur – boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur
250ml santan pekat
1/2 tsp garam
Cara Penyediaan:
1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
KUIH TALAM KELADI

BAHAN-BAHAN:
Bahan A lapisan bawah:
2 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
300ml santan pekat – saya buat santan sederhana pekat 4 1/2 cawan
700ml air – campuran diantara santan pekat dan air
Bahan B lapisan bawah:
1 1/2 cawan keladi – buang kulit basuh, kukus dan toskan, supaya keladi tidak lebam semasa rebus masukkan sedikit garam.
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan kedalam periuk. Masak hinggan naik wap dan masukkan bahan B.
3. Kacau sekejap, dan masukkan ke dalam loyang 10×10, kukus selama 25 minit.
Bahan lapisan atas:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 biji telur
250ml santan pekat – saya guna santan sederhana pekat 3 1/2 cawan
500ml santan cair – campuran diantara santan pekat dan air
Sedikit warna purple
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan diatas, tapis kedalam periuk.
2. Masak hingga naik wap. Tuang keatas lapisan bawah, jangan lupa cakar sedikit bahagian bawah sebelum tuang bahagian atas tu.
3. Kukus selama 30 minit. Bila dah siap, dah betul-betul sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
 
Resipi Strawberry Cheese Tart Paling Mudah Dan Sesuai Untuk Jualan

Resipi Ayam Mewangi Sedap Dan Sesuai Untuk Yang Berdiet

Resipi Roti Sosej Premium Hasil Air Tangan Sendiri Untuk Bekal Anak Ataupun Suami

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:



The post 5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/10/5-resipi-kuih-talam-wajib-cuba-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Puji Sedap Resipi Gulai Kuning Ikan Tongkol Simple Ni Wajib Try

Ramai Puji Sedap Resipi Gulai Kuning Ikan Tongkol Simple Ni Wajib Try

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 159 hits
Sedapnya Gulai Kuning Ikan Tongkol ni Menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di Kelantan dan Terengganu Enak dinikmati bersama nasi panas sambal belacan dan juga ulam Ada padanan ini memang suap nasi tanpa pandang kiri dan kanan Enak...
Cara Senang Buat Kuih Peneram Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

Cara Senang Buat Kuih Peneram Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 189 hits
Sebut sahaja resepi kuih peneram terus terbayang kuih bewarna kecoklatan yang digoreng sekejap dalam minyak panas dan sangat lembut Kuih peneram antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan selalu dianggap susah nak buat Resipi ...
Makan Kenyang Tanpa Nasi Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni Terlajak Sedap

Makan Kenyang Tanpa Nasi Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 172 hits
Kalau asyik makan nasi bosan juga kadang kadang tu teringin juga nak tukar selera Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang ringan tetapi tetap mengenyangkan dan rasanya pun sedap Untuk anda yang suka mencuba resipi baru bolehlah cuba buat Ch...
Wow Ajar Anak Buat Magic Sambil Belajar Idea Simple Ibu Ni Memang Awesome Ramai Nak Cuba

Wow Ajar Anak Buat Magic Sambil Belajar Idea Simple Ibu Ni Memang Awesome Ramai Nak Cuba

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 200 hits
Lain orang lain caranya untuk mencipta bonding dengan anak anak di rumah Ada yang gemar membawa anak berjalan jalan tetapi ada juga yang gemar mencipta bermacam macam aktiviti di rumah Perkongsian seorang ibu menerusi akaun Tik Tok ainshauf...
Sharifah Zarina Cuba Nasib Mahu Jodohkan Anak Dengan Mk K Clique

Sharifah Zarina Cuba Nasib Mahu Jodohkan Anak Dengan Mk K Clique

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 151 hits
Baru baru ini penyanyi rap MK Clique memuat naik beberapa foto di laman Instagram memaparkan dia duduk berseorangan di atas pelamin sehingga ramai gadis menawarkan diri menjadi suri hatinya Bukan saja orang biasa malah penyanyi Sharifah Zar...
Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 413 hits
Biarpun ramai yang mengecam tindakannya berkongsi mengenai mangsa gangguan seksual golongan penunggang agama Caprice tetap nekad dengan pendiriannya untuk membanteras golongan itu dari terus merosakkan anak anak muda Terbaru Caprice memaklu...
Saya Akan Cuba Yang Terbaik Selepas Keluar P Nation Jessi Kongsi Akan Buka Agensi Sendiri

Saya Akan Cuba Yang Terbaik Selepas Keluar P Nation Jessi Kongsi Akan Buka Agensi Sendiri

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 197 hits
Pasti ramai sudah mengetahui bahawa Jessi sememangnya seorang selebriti yang amat terbuka dalam menyuarakan pendapatnya dalam setiap perkara ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu pada Julai lepas Jessi telah keluar dari agensi P NATION sel...
Cuba Sendiri Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands

Cuba Sendiri Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 198 hits
Cuba Sendiri Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands Salam hormat perkongsian kali ini memberi sedikit pengalaman berbeza dalam permainan Game Permainan Virtual Reality yang di beri nama Avengers Damage ...
Sedap Lain Macam Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

Sedap Lain Macam Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 205 hits
Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru Pasti lebih berselera dan tidak jemu d...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior