5 Resipi Aloe Vera Hilangkan Parut Jerawat
Bila muncul jerawat di muka kita ni memang menjadi punca parut jerawat bila jerawat mengecut atau pecah. Jenuh pula nak cari cara hilangkan parut jerawat ni. Biasanya memang kita akan cari produk penjagaan kulit yang ada fungsi untuk hilangkan parut jerawat. Tapi tapi kena tengok juga kandungan dan fungsi produk penjagaan kulit tu. Kadang tulis je beria tapi hasil tak berapa sangat. Tak lah semua produk macam tu. Ada juga yang okey. Apa pun kena tengok keserasian antara kita dengan produk-produk tu.
Kalau k.fiezz pula lagi suka pilih bahan-bahan semulajadi untuk merawat masalah kulit macam parut jerawat ni. Sebabnya produk skincare ni risau juga nak guna sebarangan. Takut tak serasi. Nanti lagi teruk muka. Memang seeloknya bila kita ada masalah berkaitan kulit terutama parut jerawat, lebih baik guna bahan-bahan semulajadi macam aloe vera gel, madu ataupun minyak kelapa untuk hilangkan parut jerawat. Lebih selamat.
Ni k.fiezz nak kongsikan resipi menggunakan aloe vera untuk hilangkan parut jerawat. K.fiezz terbaca dalam pinterest.Tertarik pula nak kongsi di blog. Mana tahu ada yang mencari cara hilangkan parut jerawat. Kalau korang aktif atau tahu guna pinterest, macam-macam ada di situ. Tips/petua pelbagai topik. Cuma dalam pinterest tu semua dalam bahasa english. Jadi k.fiezz olahkan ke bahasa melayu. Senang nak faham.
ALOE VERA GEL membantu merawat parut jerawat?Siapa tak kenal Aloe Vera?Mesti ramai kenal kan. Tak asing lagi aloe vera ni. K.fiezz baru dapat 1 pasu pokok Aloe Vera ni. Ambil dari mak kat kampung. hehe. Kebetulan masa tu k.fiezz ada masalah breakout. Tu yang k.fiezz nak guna aloe vera ni untuk merawat masalah breakout k.fiezz. Alhamdulillah masalah breakout k.fiezz pun dah okey sekarang. Jadi k.fiezz nak terus gunakan aloe vera gel ni untuk merawat masalah kulit k.fiezz yang lain macam parut-parut jerawat.
Sebabnya salah satu fungsi aloe vera ni untuk hilangkan parut jerawat. Kandungan dalam aloe vera yang ada sifat anti-bakteria & boleh membantu melawan bakteria, pulihkan parut dan tingkatkan pertumbuhan sel. Aloe Vera Gel ni berfungsi dengan membersihkan lebihan minyak dan sel-sel kulit mati.
Selain dari sifat anti-bakteria, aloe vera gel ni juga anti-radang yang boleh kurangkan bengkak, noda & sakit pada jerawat.
CARA UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN ALOE VERAMeh k.fiezz kongsikan beberapa cara hilangkan parut jerawat dengan aloe vera. DIY gitu. Buat sendiri je kat rumah. Yang penting ada bahan utamanya iaitu ALOE VERA gel. Kalau tak ada yang asli, boleh juga guna aloe vera gel yang sedia ada di pasaran.
ALOE VERA GEL Aloe Vera Gel boleh membersihkan bintik-bintik hitam & merawat jerawatPotong daun aloe vera & ambil gel dia. Kemudian sapukan pada kawasan bermasalah. Biarkan selama 10 minit. Kemudian baru bilas dengan air bersih. Ulang langkah ni 2x sehari untuk kesan lebih cepat
ALOE VERA + KUNYITKunyit boleh mengeluarkan sel kulit mati manakala aloe vera bertindak sebagai anti-septik semulajadi untuk pulihkan kulit yang bermasalah dan kurangkan jerawat serta parut jerawat Campurkan aloe vera gel bersama sedikit serbuk kunyit. Kacau sebati & sapukan pada jerawat serta parut jerawat. Biarkan selama 10 minit dan gosok perlahan menggunakan jari basah mengikut gerakan bulat selama 5 minit. Basuh dengan air bersih dan keringkan muka. Ulang cara ini 3x sehari untuk dapat kesan yang lebih cepat.
ALOE VERA, MADU & LEMONKombinasi 3 bahan ni penyelesaian paling ideal untuk mengurangkan parut jerawat. Lemon dan madu adalah pemutih warna semulajadi & menyamaratakan warna kulit.Campurkan jumlah yang sama rata antara aloe vera, madu & lemon di dalam bekas bersih. Kacau sebati kemudian sapukan pada jerawat, parut jerawat. Biarkan sehingga kering. Kemudian gosok perlahan pada muka. Buat macam skrub & selepas itu boleh bilas dengan air bersih
ALOE VERA & MINYAK VITAMIN EVitamin E membaikpulih kerosakan tisu dan membantu pertumbuhan kulit yang baru. Kombinasi kedua bahan ni boleh membantu menghilangkan parut jerawat.Campurkan 1 sudu aloe vera gel dan 1 kapsul minyak vitamin E. Sebatikan dan sapu pada parut jerawat, jerawat. Biarkan sampai kering kemudian baru bilas dengan air bersih. Ulang langkah ni sehari sekali untuk kesan yang lebih cepat
ALOE VERA & MINYAK ALMONDVitamin E dalam minyak badam berfungsi untuk melembapkan kulit dan mengurangkan parut jerawat. Gabungan ini berkesan untuk merawat parut jerawat.
Campurkan 1 sudu aloe vera gel & dua titik minyak almond. Sapukan skrub pada muka untuk keluarkan sel kulit mati & bahan toksik. Kemudian baru sapukan campuran aloe vera dan minyak almond pada parut jerawat. Urut perlahan campuran ni pada muka supaya dia boleh menyerap ke dalam kulit. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Baru bersihkan dengan tuala kertas (tisu). Ulang setiap 2x seminggu.
Boleh juga guna pes ni pada waktu malam & basuh keesokannya
Tips : -Kalau ada alergi pada latex, bawang putih, bawang dan tulip. Kemungkinan korang juga elergi pada aloe vera. Jadi sebelum cuba mana-mana resipi atas ni, korang pastikan korang tak ada sebarang alergi pada bahan-bahan atas ni..Pastikan guna gel aloe veraSebelum proses mana-mana resipi di atas ni, buat proses pengewapan pada muka kita untuk membuka liang pori & memudahkan aloe vera gel untuk meresap masuk dalam kulit.Buat skrub muka dahulu untuk membuang segala sel kulit mati dan sisa bahan kosmetik.Gunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kulit sentiasa lembap. Paling bagus gunakan pelembap kulit berasaskan aloe vera.Pastikan minum banyak air putih untuk kekalkan kulit kita sentiasa lembap.BAHAN MUDAH CARIResipi atau ramuan untuk hilangkan parut jerawat ni k.fiezz tertarik nak kongsikan sebab bahan-bahan semulajadi yang digunakan mudah dan senang di cari. Sebab k.fiezz sendiri, kalau nak buat apa-apa petua atau tips macam ni, k.fiezz akan guna bahan yang senang untuk di cari. Bila barang senang cari, baru lah semangat nak buat resipi atau petua tu.
So untuk korang yang nak cuba ramuan/resipi DIY bagi hilangkan parut jerawat ni, wajib ada bahan utamanya iaitu ALOE VERA.
SELAMAT MENCUBA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/09/5-Resipi-Aloe-Vera-Untuk-Hilangkan-Parut-Jerawat.html