10 Resepi Masakan Ayam Goreng Yang Sedap


Masakan ayam sememangnya menjadi sajian kegemaran masyarakat kita terutama anak-anak yang cukup menyukai pelbagai masakan ayam seperti ayam goreng, rendang ayam yang pasti membuatkan makanan bertambah menyelerakan. 


Seperti yang sedia maklum, ayam merupakan sajian utama yang sering digunakan dalam masakan di setiap tempat, tidak kira di rumah atau di restoran. Ayam menjadi salah satu makanan kegemaran yang dicari oleh serata masyarakat di mana sahaja mereka berada.
 
Isi Kandungan 1. Ayam Goreng Cili Kering
Bahan-bahan :
Ayam – dibersihkan
Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
1 biji cili besar @ cili merah- mayang
3 biji cili padi – mayang
10 tangkai cili kering – potong kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
Pes asam jawa secukupnya
Tepung gandum
Telur


Cara Memasak :

Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merahSeterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.


1. Ayam Goreng Viral

Bahan-bahan:Telur – sebiji*Bawang merah besar – sebiji*Bawang putih – 3 ulas*Halia – 1 inci*Sos tiram – 2 suduKiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)Serbuk perasa dan gulaTepung ubi – 2-3 sudu
Cara-cara:Sediakan pengisar. Satukan telur, bawang merah, bawang putih dan haliaCurahkan ke atas ayam.Tambahkan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.Gaul rata bersama ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.Kemudian goreng ayam macam biasaMasa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuciAyam digoreng dua kali untuk supaya lebih rangup. Atau boleh goreng sekali saja sehingga betul-betul garing.

kredit : Novelis Affieyza Isahak

3. Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
Cara memasak:
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


4. Ayam Goreng Berlado


Bahan-bahan:
Ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
½ inci asam gelugur
Bawang besar – hiris


Bahan kisar :
1 biji bawang merah bombay
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah
10 biji cili padi hijau


Cara Memasak :
1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.
3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.


kredit : FB Nina Sabrina Sarsan


5. Ayam Goreng Mamak


Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak


6. Ayam Buttermilk
Bahan-bahan diperlukan:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara memasak:

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara memasak kuah buttermilk:

Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


7. Ayam Goreng Korean 


Bahan Perapan:
10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu gula
secubit garam


Cara Perap Ayam:

Tumbuk semua bahan hingga lumat.  Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus.


Bahan Tepung Goreng Ayam:
1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung


Cara Menggoreng:

Sebatikan kedua-dua tepung kering.Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.
Bahan Untuk Sos:
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kisar
2 sudu besar gula
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu madu
1 sudu jus lemon
garam secukup rasa
bijan (untuk hiasan)
daun bawang (untuk hiasan)


Cara Penyediaan Sos:

Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap!


8. Ayam Pongteh Nyonya
Bahan-bahan (kisar):
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia


Bahan-bahan:
3 paha ayam
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar pes taucu
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar kicap manis
500ml stok ayam
1 biji cili merah (dipotong separuh)
Daun bawang (dihiris)


Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
4. Masukkan gula melaka dan kentang.
5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
6. Tabur daun bawang sebagai topping.
7. Ayam Pongteh sudah siap!


9. Ayam Goreng Sambal


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dicuci, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
garam


Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih


Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.Masukkan ayam. Gaul rata hingga bawang besar layu.Tutup api. Hidangkan.


10. Ayam Goreng Sambal Penyet


Bahan-bahan untuk ayam goreng:
1 ekor ayam, dibelah 4 atau ikut suka
4 sudu tepung gandum 
4 sudu tepung jagung
1 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk kunyit


Bahan-bahan Sambal Penyet
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
15 biji cili hijau
5 biji cili api 
3 biji tomato
sedikit belacan
garam dan gula


Cara Penyediaan :

Panaskan minyak dan kesemua bahan hingga layu. Angkat dan toskan Kisar atau tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.Satukan bahan-bahan untuk ayam goreng, dan biarkan sekejap.Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan

Kenali 5 Jenis Ayam Yang DibeliTerdapat beberapa jenis ayam yang terdapat di pasaran yang kita beli untuk masakan ayam tapi tiada ramai yang kenal jenis-jenis ayam yang dibeli.


    1. Ayam Kampung Asli

Ayam kampung asli ini berasal dari Malaysia yang secara turun temurun diternak oleh masyarakat kampung. Ayam ini kebiasaannya hanya dijual secara langsung oleh penternak dan sukar didapati di pasaran. Ayam ini secara amnya diternak secara bebas tanpa dikurung.


    2. Ayam Kacukan

Ayam kacukan merupakan ayam yang berasal daripada utara eropah. Ia dihasilkan dari kaedah kacukan baka tertentu. Ayam ini dijual secara meluas di pasaran dan mudah didapati di mana-mana pasar tani atau kedai makan.


    3. Ayam Daging Ayam daging ini dihasilkan melalui kajian genetik selama bertahun yang membolehkan ayam membesar dengan cepat. Ayam ini juga amat mudah di dapati di pasaran dan kemungkinan menjadi sajian harian anda dan keluarga.


    4. Ayam PenelurSeperti namanya, ayam ini dihasilkan daripada baka yang membolehkan ia menghasilkan beribu biji telur dalam masa setahun.


    5. Ayam PencenAyam pencen merupakan ayam penelur yang sudah tua. Umurnya mungkin melebihi 18 tahun dan telur juga semakin berkurang. Ayam ini kebiasaanya akan dijual sebagai ayam pencen dan biasanya dijual dengan harga yang murah. Kebiasaanya para ibu menggunakan ayam pencen dalam masakan bergulai atai masakan yang memerlukan proses yang lama disebabkan dagingnya yang liat dan mengambil masa untuk dimasak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/08/10-resepi-masakan-ayam-yang-seda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih

Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 405 hits
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih Ayam goreng adalah menu paling digemari oleh kita semua tak kira tua atau muda Dan bahagian paling yummy bila digoreng adalah kepak Tapi kalau nak cari kepak je agak leceh la kan so kami nak bua...
5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 350 hits
Masakan ayam adalah menu kegemaran kami sekeluarga Lelagi si Daim memang hari hari akan minta lauk masakan ayam je lah Korang ada anak yang macam anak kami tak hari hari nak makan masakan ayam je Kalau ada jom lah cuba 5 Resepi Masakan Ayam...
Ayam Goreng Lemon Sunquick Resepi Paling Mudah Dan Senang

Ayam Goreng Lemon Sunquick Resepi Paling Mudah Dan Senang

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 262 hits
Resepi Paling Mudah Dan Memikat Selera Anak anak Ayam Goreng Lemon Sunquick antara resepi paling mudah dan senang untuk disediakan dan paling penting ianya juga The post appeared first on
Koleksi Resepi Agar Agar Yang Mudah Menarik Sedap

Koleksi Resepi Agar Agar Yang Mudah Menarik Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 314 hits
KOLEKSI RESEPI AGAR AGAR1 AGAR AGAR KOKTAILMasa Penyediaan 5 minit Memasak 10 minit Keseluruhan 15 minitJumlah Hidangan 6 orang makanBahan Bahan 1 bungkus atau 20g agar agar bertali 900 ml air 1 tin koktel buah buahan 1 tin susu cair 1 1 2 ...
Resepi Kari Ayam Pekat

Resepi Kari Ayam Pekat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 272 hits
kari ayamBAHAN BAHAN 12 ketul ayam2 biji kentang potong 41 1 2 labu bawang besar saiz besar hiris6 ulas bawang putih hiris3 inci halia hiris1 asam keping1 kotak santan kotakAir secukupnya10 sudu besar rempah kariKayu manis bunga lawang buah...
Resepi Waffle Sedap Tapi Mudah Nak Buat

Resepi Waffle Sedap Tapi Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 334 hits
Resepi waffle sedap tapi mudah nak buat Resepi di kongsi dari FB dan owner pun dah izinkan kita share Semoga bertambah berkat rezekinya Saya suka beli waffle kat coolblog Dah la gebu gebu saiz besar pulak tu Puas makan Bila dah selalu beli ...
3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 300 hits
Kangkung merupakan tumbuhan hijau yang biasanya ditanam sebagai sayur sayuran di kawasan tropika terutamanya di rantau Asia Tenggara Ia mempunyai daun hijau berbentuk bulat dan batang yang mudah dipecahkan Kangkung adalah salah satu jenis s...
Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap

Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 344 hits
Hari Sabtu lepas cuaca sejuk je sebab mendung dan hujan lebat turun agak lama jugalah Dan bila hujan auto perut jadi lapar Bila hujan reda encik suami keluar membeli makanan untuk minum petang Tapi macam dah lewat petang jugalah pukul 4 leb...
Kari Sotong Vs Ayam Goreng

Kari Sotong Vs Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum WBTPUSING PUSING tu jer la lauk yang dimasak kat rumah Sk ni Tak kari sambal Tak sambal kari Kari sambal kari sambal Kalau ada cadangan lauk lain akan terdengarlah suara bantahan Macam semalam kununnya nak la masak Udang Mas...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian