5 Perkara Yang Anda Mungkin Menyesal Bila Dah Tua Dan Makin Dekat Nak Masuk Kubur




Ada satu ucapan popular dipetik dari kata-kata Steve Job yang menarik. Bunyinya seperti berikut di bawah.

Perkara paling disesali dalam hidup ini adalah yang anda tidak lakukan - Steve Jobs
Dalam hidup sudah tentu banyak perkara yang menimbulkan sesalan setelah dilakukan. Sekalipun menyesal, banyak perkara yang anda dapat saksikan, kesan dari apa yang anda lakukan itu pada diri sendiri juga pada orang lain.
Ia dapat memberi pengajaran yang besar sepanjang hidup. Boleh dijadikan pedoman agar ia tidak berulang. Malah boleh memberi manfaat pada orang lain juga agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tapi, bagi perkara yang anda tidak lakukan, sesalan adalah lebih besar.
Peluang terlepas begitu saja kekal disia-siakan. Anda tak tahu apa hasilnya. Tak dapat tahu juga tahap keupayaan yang ada pada diri sendiri. Tak mampu menerokai bakat yang ada dalam diri. Semua itu tak akan diperolehi selagi anda tidak nekad untuk melakukannya.
Lihat ke belakangSampai setakat ini, dengan jumlah umur yang telah anda gunakan selama menjalani kehidupan, adakah anda pernah pandang ke belakang. Merenung dan menilai setiap pengalaman samada yang betul mahupun yang silap. 
Saranan untuk berbuat demikian seingat saya, sudah sering dipesan oleh guru dan ustaz sejak di bangku sekolah lagi. Ia di beri nama 'muhasabah. Perlu dilakukan setiap hari jika ada niat mahu jadi manusia yang berguna dan berjaya.
Saya yakin anda juga dah lama tahu keperluan untuk bermuhasabah. Tapi malangnya, kebanyakan orang akan terus leka melangkah terus hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun sehinggalah musibah besar melanda diri.
Di kala itu baru nak pandang ke belakang. Baru nak rasa sesal dengan berbagai perkara samada yang dibuat atau tidak dibuat. Terasa ingin berpatah balik ke sana. Atau berdoa agar diberikan peluang untuk hidup satu tempoh hayat lagi agar dapat berbuat sesuatu.
Begitulah berlaku kepada ramai manusia. Leka dengan nikmat yang ada sehingga maut menghampiri. Ketika hidup kamu tidur, sudah mati baru terjaga.
5 perkara paling disesaliSaya ada baca lama dulu tentang seorang jururawat yang kerjanya menjaga pesakit yang sudah tiada harapan hidup lama. 
Dia ditugaskan untuk melayan pesakit, tunaikan semua keperluan mereka sehinggalah ke hari akhir hidup mereka. Sepanjang melaksanakan kerja itu dia sering berbual dengan mereka dan kumpulkan banyak maklumat terhadap apa yang orang nak mati sesalkan dalam hidup mereka sebelum itu.
Berikut adalah 5 perkara yang paling disesali di kala maut menghampiri. Mereka ingin berpatah balik dan betulkan semula jika berpeluang untuk terus hidup lagi.
1. Ikut kehendak orangRamai yang menyesal sebab selama ini dia hidup dengan mengikut apa yang orang lain harapkan untuk dia jadi. Dia tak hidup berdasarkan apa yang dia sendiri nak jadi. Hasilnya anda tidak pernah menjalani kehidupan sebagaimana yang anda kehendaki.
Banyak perkara berlaku dalam hidup, jika dipandang dari sudut ilmu dan logik adalah perkara yang tak betul yang perlu diubah. Tapi disebabkan ia jadi amalan dan kepercayaan masyarakat, lalu anda membiarkan saja dan menurutinya.
Contohnya seperti persepsi orang berjaya perlu ada kereta mewah, rumah besar dan isteri jelita. Itu sudah jadi jangkaan masyarakat terhadap orang yang mahu diangkat sebagai berjaya. Untuk mendapat pengiktirafan masyarakat  maka anda turuti kesemuanya walaupun ia banyak membebankan diri sendiri.
2. Kerja kuat sangatManusia moden terbelenggu dengan tekanan hidup untuk berjaya sebagaimana jangkaan orang seperti sesalan yang saya sebut di atas tadi. Untuk itu anda akan berusaha mengejarnya bersungguh-sungguh.
Demi memenuhi segala jangkaan, hidup jadi tidak seimbang, kawan-kawan dilupakan, ibubapa tidak dijenguk, kesihatan tidak di jaga, tidur kurang, anak-anak terpinggir, tiada masa beramal ibadah, tidak sempat berjemaah di masjid dan surau, tak kenal masyarakat, tak sempat menikmati kehidupan, tak pernah melihat kehebatan ciptaan Tuhan yang berbagai .. panjang lagi jika nak disenaraikan.
Dalam usaha yang tak pernah tamat itu, apa saja yang anda dapat sentiasa tidak mencukupi. Kerja kuat lagi, masih tak cukup, tambah dan tambah sampai nak mati baru tersedar.
3. Memendam rasaSebab nak jaga hati orang, anda pendamkan saja perasaan tidak diluahkan. Nak cakap tak tergamak. Berbagai andaian negatif dibayangkan dan semua itu membuatkan anda tak pernah luahkan apa yang dirasakan betul.
Contoh mudah masa muda dulu, ramai orang yang anda suka. Tapi orang itu tidak tahu yang anda menyukainya sebab anda simpan tanpa diluahkan.
Saya sendiri baru tersedar ada banyak perkara tak betul dan saya tak suka tapi diteruskan buat juga semata-mata ingin menjaga hati orang, hati keluarga atau hati pasangan. Kenapa saya tidak berterus terang saja. Sampai bila?
Sikap memendam rasa banyak merobek kebahagian dan kepuasan hidup anda. Ia juga menghalang anda dari melakukan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan untuk diri sendiri dan semua orang sekeliling anda.
4. Putus berhubungan kawanMenyesal kerana tidak menyambung silaturahim sesama kawan secara istiqamah juga antara perkara paling kerap diluahkan oleh mereka yang nak mati.
Mustahil sepanjang menjalani kehidupan dari kanak-kanak sehingga tua, anda tidak pernah menjalinkan persahabatan. Punca putusnya perhubungan kawan hanyalah disebabkan anda tidak pandang tinggi dan tidak merasakan betapa pentingnya nilai persahabatan itu. Lalu perhubungan itu dibiarkan berlalu begitu saja.
Cuba ingat semula kawan-kawan awal anda ketika di kampung dulu. Selepas itu kawan sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan seterusnya kawan-kawan kerja. Adakah anda berusaha untuk luangkan masa berhubung semula dan jadikannya amalan yang konsisten sampai mati.
Jangan sampai teman kampung jadi kekok bila terserempak kerana anda tak pernah ambil peduli untuk mengekalkan persahabatan dengan mereka. Jangan sampai anda kehilangan teman berkongsi nostalgia membesar di kampung dulu. Apatah lagi kawan-kawan yang ada hubungan saudara, lebih utama lagi untuk dijalinkan berkekalan sampai ke tua.

Tanpa kawan-kawan hidup jadi amat membosankan. Kawan-kawan lah tempat berkongsi masalah, kebahagiaan, kebanggaan. Kawan-kawan juga merupakan tempat perkongsian minat yang mampu menjadikan hidup anda tidak membosankan.
5. Tak buat keputusan untuk bahagia.Antara perkara mudah tapi ramai yang terlupa adalah, anda mampu buat keputusan sendiri samada mahu bahagia atau mahu berduka. Jangan berikan keputusan untuk bahagia atau berduka itu kepada orang selain dari diri anda sendiri.
Yang sering berlaku dalam kehidupan sementara ini adalah, anda berikan berbagai syarat untuk bahagia. Contohnya, kalau ada RM1 juta baru nak bahagia. Atau jika ada isteri cantik jelita baru nak gembira. 
Ada yang letakkan syarat bahagia jika punya rumah banglo, ada kereta BMW 5 series, dapat jalan makan angin keluar negara, dapat punya pembantu rumah, ada kelengkapan serba lengkap dalam rumah, pakaian dan aksesori mewah dan sebagainya.
Ditempat kerja pula, di mana 1/3 dari hidup anda di habiskan di sana, anda berikan syarat juga untuk bahagia. Tunggu dapat kerja yang anda suka, tunggu dapat boss yang baik, tunggu kenaikan pangkat, naik gaji dan sebagainya. 
Sedangkan bahagia itu adalah keputusan diri anda sendiri. Bahagia atau tidak adalah satu pilihan. Buat keputusan untuk bahagia sekarang juga dan carilah jalan bagai mana untuk rasakannya. Perlu ubah cara berfikir yang tidak membahagiakan, tentu ada.
Tak perlu ada syarat. Lihat apa yang anda ada, sedar di mana kedudukan anda sekarang dan ucapkan rasa syukur kepada Tuhan. Bisikkan pada diri anda sendiri bahawa semua yang anda ada itu cukup untuk membahagiakan anda. Kalau orang lain tak rasa begitu, abaikan saja. Bukan kerja anda ubah apa yang orang lain nak fikir.
Jangan tunggu nazakMungkin banyak lagi yang akan anda sesalkan dikala sakaratul maut. Tapi tak perlulah tunggu nazak baru nak menyesal. Anda boleh mula bayangkan sekarang dan buat perubahan segera. Buat pelan pelan, insyaallah akan ada perubahan.
Tahap penyesalan anda sebenarnya bergantung kepada tahap ilmu yang ada. Dengan ilmu, mana penting dan mana tidak penting dapat dibezakan.
Namun begitu, bukan mudah untuk melaksanakan yang penting seandainya anda asyik terikut dengan definisi orang lain. Tak mudah juga tanpa sokongan kawan yang dapat anda luahkan pendapat dan berterus terang. Lihat semula 5 perkara di atas dan mula buat perubahan sekarang sementara anda masih ada masa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/09/jangan-tunggu-nak-mati-ubah-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sila Bagi Video Ni Dekat Bakal Suami Dia Lucinta Luna Menyesal Arwah Ibu Tak Tahu Dah Jadi Bapok

Hiburan Sila Bagi Video Ni Dekat Bakal Suami Dia Lucinta Luna Menyesal Arwah Ibu Tak Tahu Dah Jadi Bapok

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 182 hits
Seperti diketahui ramai selebriti Lucinta Luna memang sangat dikenali ramai kerana dia secara terbuka memberitahu dirinya adalah transgender Baru baru ini sesi temubual dalam sebuah program di Indonesia bersama Lucinta telah tular di platfo...
Tua Nak Mampoih Pun Ada Hati Nak Bunuh Orang

Tua Nak Mampoih Pun Ada Hati Nak Bunuh Orang

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 121 hits
Pakcik ni dia ngaku dia buat posting ni Bukan fake account ya Saya dah cakap Kalau 3R dipolitikkan yang fanatik akan bertukar jadi ekstrimis Akhirnya yang ekstrimis akan jadi terrorist Itu turutan nya Boleh lihat terjadi dalam sejarah di ke...
Masuk Neraka Teruslah Peniaga Yang Jual Burger Macam Ni Dekat R R Roti Dan Daging Je Sayur Tak Ada

Masuk Neraka Teruslah Peniaga Yang Jual Burger Macam Ni Dekat R R Roti Dan Daging Je Sayur Tak Ada

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 172 hits
Seorang pengguna Facebook memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan burger yang dibeli di sebuah hentian Rehat dan Rawat namun tidak dinyatakan lokasi 8220 Masuk neraka terus je la yang jual burger macam ni dekat R amp R 8221
Anak Asyik Menangis Bila Masuk Dalam Air Mandi Kolam Ini Cara Nak Atasi Ketakukan Mereka

Anak Asyik Menangis Bila Masuk Dalam Air Mandi Kolam Ini Cara Nak Atasi Ketakukan Mereka

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 232 hits
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut Wujudnya masalah fobia air Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air Tetapi setibanya di ...
Kata Masuk Billion Billion Hang Kutuk Bang Non Mohong Bagai Hang Nak Minta Bantuan

Kata Masuk Billion Billion Hang Kutuk Bang Non Mohong Bagai Hang Nak Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 163 hits
Lor Betul ke ni Takkan dah tak ada duit Walau kemain lagi cerita Sanusi bawa kemajuan ke negeri Kedah Kalau mahu takkan la takde duit Bagusnya PMX tak usah layan Dia ni jenis ular ni Kalau lepaskan dia nanti dia akan patuk balik Lebih selam...
Menyesal Gadai Gelang Hampir Rm10 000 Niat Nak Tolong Kawan Akhirnya Diri Sendiri Kena Tebus Balik

Menyesal Gadai Gelang Hampir Rm10 000 Niat Nak Tolong Kawan Akhirnya Diri Sendiri Kena Tebus Balik

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 137 hits
Seorang wanita Aiza Roslan sanggup menggadaikan barang kemas miliknya demi membantu sahabatnya yang dalam kesusahan Menerusi satu video tular wanita tersebut kelihatan menangis teresak esak mengenangkan nasib diri setelah berasa dikhianati ...
Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 188 hits
Kesian dengan Pas mereka nampaknya tetap teringin ghairah dan kemaruk mahu bekerjasama dengan UMNO semula walaupun sebelum ini telah ditolak berkali kali Kali ini keyakinan bekerjasama itu diyakini dapat dilaksanakan setelah Ahmad Zahid Ham...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean