Anak Asyik Menangis Bila Masuk Dalam Air Mandi Kolam Ini Cara Nak Atasi Ketakukan Mereka


Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?

Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Anak anda mula menyedari betapa luas dan misterinya laut dan kolam yang dipenuhi dengan air Mereka mula berasakan bahawa air adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya Mereka mengalami rasa takut tetapi tidak tahu cara untuk merasionalisasikan ketakutan itu atau meletakkannya dalam 1 perspektif Si manja tidak mengetahui bahawa walaupun air kelihatan menakutkan tetapi hakikatnya tidak perlu wujud rasa takut kepadanya
mengatasi ketakutan Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Kredit: Hello Doktor
The post Anak Asyik Menangis Bila Masuk Dalam Air/Mandi Kolam? Ini Cara Nak Atasi Ketakukan Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-asyik-menangis-bila-masuk-dalam-air-mandi-kolam-ini-cara-nak-atasi-ketakukan-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kurangkan Rasa Sakit Kontraksi Boleh Cuba Mandi Air Suam Baca Bismillah Syifa

Nak Kurangkan Rasa Sakit Kontraksi Boleh Cuba Mandi Air Suam Baca Bismillah Syifa

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 264 hits
Ramai tak tahu yang ketika contraction ibu boleh cuba relaks kan otot yang tegang dengan mandi air suam Masa anda mandi anda boleh cuba teknik deep breathing agar lebih tenang dan selesa Mulakan dengan membasuh dari bahagian bawah naik ke a...
Hiburan Kasihnya Bapa Madammu Dedah Suami Sanggup Beli Berbotol Air Mineral Tak Mahu Anak Mandi Air Paip

Hiburan Kasihnya Bapa Madammu Dedah Suami Sanggup Beli Berbotol Air Mineral Tak Mahu Anak Mandi Air Paip

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 223 hits
Baru baru ini di laman TikTok usahawan kosmetik Eriyca Baiduri atau mesra dikenali sebagai Madammu dia ada berkongsi video memberitahu suaminya Muhammad Azri Che Noh terlalu memanjakan bayi mereka Madammu berkata suaminya tidak mahu anak me...
Tak Bagi Mandi Air Paip Madammu Seronok Tengok Gelagat Suami Manjakan Anak

Tak Bagi Mandi Air Paip Madammu Seronok Tengok Gelagat Suami Manjakan Anak

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 268 hits
Siapa yang tak sayang anakkan Apa lagi cahaya mata yang ditunggu tunggu sekian lama Usahawan berjaya Eryca Baiduri atau Madammu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya berkongsi kisah bayinya Menerusi perkongsian videonya di Tik T...
Nak Pergi Keja Tapi Teringat Anak Uyaina Arshad Luah Dilema Ibu Bekerjaya

Nak Pergi Keja Tapi Teringat Anak Uyaina Arshad Luah Dilema Ibu Bekerjaya

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 352 hits
Benar inilah dilema seorang ibu bekerjaya Luahan pelakon Uyaina Arshad seakan mewakili perasaan mak mak yang terpaksa meninggalkan anak demi menggalas tugas hakiki Akui Uyaina menerusi Instagramnya rasa serba salah selalu menghantui dirinya...
Apabila Anak Nak Jadi Influencer Apa Kata Papa Ummi

Apabila Anak Nak Jadi Influencer Apa Kata Papa Ummi

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 353 hits
Anak saya Masykur berumur 6 tahun hadiahkan saya lukisan ni yang dia lukis sendiri Suatu hari ada pameran lukisan dekat KL saya dan isteri sempat tunjukkan lukisan ni pada seorang Artist di sana Katanya sekali pandang dia dah tahu yang Masy...
Ini Cara Betul Masuk Gear Kereta Auto Waktu Parking Ramai Tersalah Buat

Ini Cara Betul Masuk Gear Kereta Auto Waktu Parking Ramai Tersalah Buat

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 461 hits
Ini cara betul masuk gear kereta auto waktu parking ramai tersalah buat Pandu kereta automatik memang senang tak perlu tukar gear tekan klac ketika memandu Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sew...
Jangan Paksa Marah Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stres

Jangan Paksa Marah Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stres

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 273 hits
Potty training adalah salah satu proses aspek perkembangan sosial kanak kanak yang berlaku secara perlahan lahan Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak kanak itu sendiri Menurut perkongsian Dr Ong Sik ...
Kena Atasi Dari Kecil Kalau Anak Anak Yang Suka Bergaduh Risau Bila Besar Pentingkan Diri

Kena Atasi Dari Kecil Kalau Anak Anak Yang Suka Bergaduh Risau Bila Besar Pentingkan Diri

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 350 hits
Adik bak sini Abang punya tu Abang minta dari adik Tak boleh Ni adik punya juga Wekk Adik menjelir lidah Bak la sini Kalau tak tumbuk adik Abang berang Tumbukla kalau berani Adik mencabar sambil melarikan diri Bingitla rumah tu kejap bila s...
Cara Nak Qada Solat Ustaz Jafri

Cara Nak Qada Solat Ustaz Jafri

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 206 hits
terutamanya SOLATZIKIR HARIAN mengisi masa sepanjang hari usaha pertingkat amalan Zikir Ya Ghaniy Ya Mughniy 100x Zikir Ya Fattah Ya Razzaq 100x Selawat 100x Istighfar 100x Dan Banyak lagi amalan tambahan boleh kita lakukan untuk mengisi ma...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv