Untuk hari pertama Tahun Baru 2021 ini, cuba catat dan rekodkan beberapa perkara yang ingin dipantau dan ada nampak perubahan. Macam saya akan cuba rekodkan perbelanjaan harian (apa sahaja nilai yang melibatkan duit) supaya dapat pantau pengeluaran keluar-masuk duit. Lagi-lagi setiap tahun kena hantar untuk Cukai Pendapatan dan Zakat Pendapatan. Manalah tahu akan dapat rebat/ pengecualian cukai, Rekodkan juga berat & tinggi diri sendiri dan anak-anak, saya ada beli satu Jenis Penimbang yang boleh sambung kepada Aplikasi Android melalui Bluetooth, jadi boleh pantau BMI, Fat, Muscle, Water, Visceral fat, Bone Mass, Metabolism, Protein, Obesity, Body age. Saya juga ada beli Meter untuk pantau Kolestrol dan Asid Urik badan yang memang lebih dari Normal. Jadi, pemantauan pada awal tahun boleh dijadikan sebagai kayu ukur walaupun rasa dah terlambat untuk tahun 2020 tapi bak kata pepatah Inggeris "Better Late Than Never"
Rumah atau Pejabat, kedua-duanya perlu kemas sebab dua tempat ini sahaja kehidupan kita. Pejabat tempat mencari rezeki; rumah tempat memberi rezeki. Rezeki duit, rezeki anak, rezeki keluarga. Walaupun sentiasa bersepah, tapi jangan lupa kemas ya. Bak kata orang bertanya,"Kenapa perlu kemas kalau akan bersepah lagi?" Sama juga dengan soalan dijawab dengan soalan,"Kenapa Perlu flush toilet walaupun tahu akan 'membuang; lagi?"
Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang kena perlu berjimat-cermat Level Pandemik (maksudnya sangat berhati-hati jangan sampai ketagih membeli belah mengikut nafsu, kena bertanya beberapa kali pada akal juga). Untuk perkara berjimat, saya cadangkan untuk beli barang yang diingini secara
Insya-Allah boleh jadikan amalan bulanan kita. Seperti kata pujangga,"Dalam Harta kita, terselit harta orang lain.". Berzakat merupakan Rukun Islam yang ke-4. Cubalah berzakat dengan pendapatan yang kita perolehi, Cuma 2.5% sahaja dari pendapatan kita. Boleh cuba buat pengiraan Zakat pendapatan mengikut keperluan kita bagi orang Islam. Jika bukan Islam boleh cuba bersedekah/ derma kepada yang memerlukan. Apabila kita menderma, bersedekah atau berzakat, tak perlu kita pertikaikan ke mana hasil itu disalurkan kerana mungkin akan sedikit terguris keikhlasan kita.
Bagi seorang introvert yang kurang terdedah dengan dunia luar, kurang melepak di kedai-kedai tanpa tujuan dan di anggap anti-sosial, Sosial Media merupakan satu Dunia di hujung jari yang dengan mudah seorang Introvert mencipta Dunia. Bagi saya, Dunia Maya adalah satu tempat meninggalkan jejak dan boleh diakses selagi talian internet dan website berkenaan masih wujud. Dengan teknologi masa sekarang, internet hampir satu keperluan untuk banyak perkara dan meluaskan ilmu pengetahuan dan 'travel' secara dalam talian.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |