5 Nasihat Jibril Kepada Rasulullah Saw



Kebiasaannya apabila Malaikat Jibril ingin menyampaikan pesanan daripada Allah, kepada Nabi SAW, panggilan yang akan digunakan ialah ‘Ya Nabiyallah” atau “Ya Rasulullah”.
Namun pada suatu hari, Jibril datang kepada Nabi SAW untuk menyampaikan pesanan dan panggilan yang digunakan ialah “Ya Muhammad”. Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa panggilan itu digunakan untuk memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan itu khusus pesanan istimewa daripada JIbril sendiri kepada Rasulullah.
Malaikat Jibril menyampaikan pesanan ini ketika Islam sudah tersebar dan dakwah sudah boleh diterima oleh umum. Hadis ini disampaikan sewaktu hayat Rasulullah SAW semakin sampai ke penghujungnya.
Sabda Rasulullah SAW:
عن سهل بن سعد قال جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ
Dari Sahl bin Sa’ad ra, berkata: Jibril datang kepada Nabi saw, lalu berkata: “Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kereana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.”
Kemudian dia berkata:” Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.”
Lima nasihat dalam hadis di atas boleh diringkaskan seperti berikut:
#1- Hiduplah Sesukamu Kerana Kamu Akan Mati
Malaikat Jibril mengingatkan bahawa manusia akan mati. Dan ingatan kepada kematian akan menghilangkan kelazatan dan rasa cinta kepada dunia. Bagaimana pun seseorang itu mengharungi hidupnya, di akhirnya dia akan tetap kembali kepada Allah.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu…” – (Surah Ali Imran 3: 185)

#2- Cintailah Siapa Yang Kamu Suka Kerana Kamu Akan Berpisah Darinya
Setiap orang pasti ada orang yang disayangi dan dicintainya. Maka ruang diberikan kepada kita untuk menyayangi mereka. Namun seberapa kuat rasa sayang yang ada, kita akan tetap berpisah dengan orang yang paling kita cinta di dunia. Maka, Jibril mengingatkan bahawa janganlah mereka menjadi penghalang kepada tujuan kita yang sebenarnya iaitu akhirat yang lebih kekal abadi.
#3- Buatlah Sesuka Hati Namun Kamu Akan Diminta Bertanggungjawab Atasnya
Antara kebebasan yang paling besar diberikan kepada manusia ialah kebebasan untuk memilih. Mengapa? Kerana sekalipun beribu ayat yang diturunkan daripada Allah, seberapa banyak pun peringatan yang diberikan daripada Rasulullah SAW, akhirnya yang akan memilih untuk melakukannya ialah manusia itu sendiri. Tidak ada siapa pun yang dapat memaksa. Cuma, setiap pilihan yang dibuat tidak akan sesekali terlepas daripada pandangan Allah. Setiap apa yang dilakukan akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak.
#4- Kemulian Mukmin Dilihat Apabila Dia Bangun Solat Malam
Mengapa penekanan diberikan kepada orang yang bangun malam? Kerana pada waktu ini adalah waktu yang paling sunyi dan tiada orang. Mereka bangun semata-mata kerana ingin beribadah kepada Allah. Mereka hanya ingin membuat Allah sayang dan cinta kepada mereka. Waktu ini, tempat tumpuan dan perhatian bukan lagi kepada manusia lain tetapi Allah sahaja.
#5- Tidak Bergantung Kepada Manusia
Akhir sekali, Jibril mengingatkan bahawa kekuatan seorang manusia itu adalah apabila dia tidak bergantung kepada manusia. Dalam erti kata lain, bantuan dari manusia itu perlu namun tempat bergantung yang sebenarnya hanyalah kepada Allah. Hati yang kuat hanya terikat kepada Allah dan bukan pada makhluknya.
Lima pesanan ini ialah perkara yang sangat dekat dengan manusia. Manusia sangat cinta kepada apa yang mereka ada (orang dan harta), tentang perbuatan seharian dan tentang ibadah yang paling sukar dilakukan (tahajud). Hakikatnya lima perkara ini perlu sentiasa diingati. Kemampuan kita untuk menguruskan lima perkara ini dengan baik akan menentukan pula kebaikan yang akan kita terima di akhirat sana.
Nota:
(HR. At-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no 4278, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyaa, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7921) – Hadis ini dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis As-Sahihah 2/483
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post 5 Nasihat Jibril Kepada Rasulullah SAW appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/5-nasihat-jibril-kepada-rasulullah-saw/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Etika Makan Cara Rasulullah Saw

14 Etika Makan Cara Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 2225 hits
Punya lah lengkapnya Islam sampai cara makan pun diajar dengan cara yang betul Kalau nak ikut makan semua orang boleh makan ikut cara yang disukai Tapi binatang juga makan Tak kan kita sebagai manusia nak ikut macam binatang kan Jadi Nabi s...
Inilah Adab Minum Rasulullah S A W Untuk Mengelakkan Pelbagai P3nyakit Amalkan Rileks Media

Inilah Adab Minum Rasulullah S A W Untuk Mengelakkan Pelbagai P3nyakit Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 373 hits
Rasululullah S A W telah menunujukkan contoh yang terbaik dalam 24 jam kehidupan baginda Hari ini admin aakan berkongsikan Adab Dan Cara Minum Rasulullah SAW yang boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi me...
Keluarga Bahagia Cara Rasulullah

Keluarga Bahagia Cara Rasulullah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 599 hits
Keperibadian Rasulullah terhadap isteri anak wajar dicontohi pasangan zaman ini Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan dan bimbingan ibu bapanya Apab...
Dakwah Pertama Rasulullah Di Bukit Shafa

Dakwah Pertama Rasulullah Di Bukit Shafa

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 303 hits
Rasulullah Saw melakukan berbagai startegi dalam menarik simpatik para penduduk Makkah untuk mengikuti ajaran yang diperintahkan Allah SWT Di mulai dari mengumpulkan penduduk di bukit Shafa yang pada akhirnya Rasulullah Saw mendapat penghin...
Rasulullah Mungkir Janji Wirid Munafiq

Rasulullah Mungkir Janji Wirid Munafiq

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 275 hits
ALANG IBN SHUKRIMUNMUNAFIQ menurut maksud yang umum adalah golongan yang memusuhi Islam tetapi pura pura beriman Mengaku Islam tetapi banyak mengeluarkan kata kata yang meragukan orang orang beriman Perang Ahzab Janji kekalahan Parsi dan Ro...
Pengalaman Berkunjung Ke Pameran Artifak Rasulullah Dan Para Sahabat

Pengalaman Berkunjung Ke Pameran Artifak Rasulullah Dan Para Sahabat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 688 hits
Assalamualaikum Semalam hati terpanggil untuk mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah dan barangan para sahabat yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kuantan Alhamdulillah akhirnya sempat melawat juga ke pameran tersebut iaitu pada hari ...
Analogi Khalid Samad Mengenai Janji Rasulullah Tak Tepat

Analogi Khalid Samad Mengenai Janji Rasulullah Tak Tepat

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 322 hits
ISMA WEB Usah letak beban kesalahan sendiri kepada Rasulullah MUIS BANGI Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad diingatkan supaya tidak meletakkan bebanan kesalahan yang dilakukan parti politik itu kepada Rasulullah Ahli Majli...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi