5 Misteri Yang Tidak Dapat Dijelaskan Oleh Sains Sehingga Sekarang






Setiap penjelasan logik melalui sains berjaya membuatkan manusia lari dari tahyul dan kepercayaan pelik dengan menjelaskan kejadian dan fenomena alam yang sebelumnya membingungkan fikiran manusia. Fakta ini telah membuat kita tertanya pada setiap peristiwa dan kejadian yang aneh dan pelik dengan logik akal melalui sains. Tetapi ada beberapa perkara atau kejadian misteri tidak dapat dirungkai dengan akal dan terus membuatkan pakar sains dan penyelidik mati kutu. Inilah senarai 10 misteri yang tidak dapat dijelaskan oleh sains sehingga hari ini.


1. Digelar sebagai "Manusia Gabus" oleh peminat dan wartawan, Angelo Faticoni terkenal kerana kemampuannya yang misteri dengan terapung di atas air dalam posisi yang rawak selama berjam-jam, bahkan dengan pemberat yang membebani tubuhnya. Dengan kematiannya pada 1931, misteri kemampuannya itu terus kekal misteri sehingga sekarang.




Angelo Faticoni adalah artis pertunjukan aneh yang membuatkan orang ramai berasa pelik dengan kemampuan beliau terapung di air selama berjam-jam. Dia dapat melakukannya tanpa usaha. Dia bahkan boleh tertidur ketika melakukan persembahan.


Persembahannya pernah dilaporkan oleh seorang wartawan di New York Herald Tribune. Di sana, dia dijahit di dalam karung dan dibuang ke dalam air beku dengan bola meriam 20 paun yang diikat pada kakinya. Kepala Faticoni segera keluar dari karung dan dia terus melayang tanpa bergerak selama lapan jam.


Sudah jelas sejak awal bahawa pencapaiannya bukan ilusi. Pihak berkuasa perubatan menyimpulkan bahawa organ dalamannya berbeza dengan manusia lain, memberinya kuasa "supernatural" ini. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di Universiti Harvard gagal memberikan bukti sokongan untuk teori ini setelah memeriksanya.


Lelaki itu sendiri berjanji akan membongkar rahsia kemampuan misterinya nanti. Namun, kematiannya pada tahun 1931 menutup pintu selama-lamanya atas kemungkinan untuk menyelesaikan misteri tersebut.


2. "Upsweep" adalah bunyi aneh bermusim yang dirakam oleh hidrofon autonomi di Lautan Pasifik. Pertama kali ditemui oleh Makmal Alam Sekitar Laut Pasifik pada tahun 1991, sumber bunyi bawah air ini masih menjadi misteri.






Sejak tahun 1991, "Bunyi seakan-seakan sebuah keretapi panjang bergerak sayup kedengaran selama beberapa saat" telah dirakam di Lautan Pasifik. Tahap bunyi yang terkuat mencapai puncaknya pada musim luruh dan musim bunga dan cukup kuat untuk dikesan di seluruh Pasifik.


Walaupun dengan bantuan teknologi "Rangkaian pendengaran bawah air," oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara telah meneliti dan menyiasat untuk mengenal pasti punca sumber bunyi tersebut, tetapi ianya langsung tidak membuahkan hasil.


Para penyelidik telah menolak kemungkinan adanya sumber biologi seperti haiwan laut yang tidak ditemui kerana kurangnya variasi bunyi aneh tersebut.


Walaupun sumbernya terletak berhampiran aktiviti gunung berapi, para saintis belum menyimpulkan asal-usulnya berkaitan. Jadi, misteri itu masih belum dapat diselesaikan.


3. Di Turki, seekor kambing biri-biri terjatuh dari tebing, lalu diikuti 1,500 ekor kambing biri-biri yang lain secara sukarela melompat dari tebing yang sama.






Pada tahun 2005, pengembala dari Provinsi Van timur di Turki merasa ngeri ketika 400 ekor  dari 1500 ekor kambing biri-biri melompat dari tebing. Mereka seolah-olah mengikut secara membabi buta  seekor kambing biri-biri yang terjatuh itu. 400 ekor yang pertama melompat dari tebing setinggi 15 meter terus mati, tetapi 1100 ekor biri-biri yang menyusul kemudian terselamat kerana semuanya terjatuh diatas mayat 400 ekor biri-biri yang tadi.


Kes serupa dilaporkan berlaku di Turki pada tahun 2010. Sebanyak 52 ekor biri secara sukarela melompat dari tebing dan mati ketika penggembala Mejmet Gana dalam perjalanan ke pergunungan dengan biri-birinya.



Naluri semula jadibiri-biri untuk mengikuti satu sama lain boleh dikaitkan dengan dua kejadian aneh ini. Walau bagaimanapun, haiwan juga mempunyai naluri bertahan untuk hidup yang kuat. Oleh itu, menyalahkan naluri semula jadi biri-biri untuk mengikuti kawanan secara membuta tuli nampaknya tidak meyakinkan dan tidak memuaskan. Masih misteri sehingga sekarang.


4. "Bebola Petir" adalah fenomena misteri yang dijumpai semasa ribut petir berlaku selama berabad-abad lamanya. Orang yang telah melihat bebola petir menggambarkannya sebagai bola mengambang yang bersinar, mulai dari warna dari oren bertukar hingga biru dan dari biru bertukar hingga kuning.






Penampakan pertama bebola petir ini adalah pada tahun 1638. Ia digambarkan sebagai "bola api besar" yang memasuki sebuah gereja kecil di England. Akibatnya, gereja tersebut terbakar sehingga menyebabkan beberapa orang terkorban.


Bola Petir ini dilaporkan bertahan selama kira-kira 10 saat sebelum hilang dengan bunyi mendesis. Bola petir ini telah cuba direka semula di makmal, dan terus menjadi subjek kepada banyak kajian.


Teori-teori yang menjelaskan fenomena tersebut berbeza-beza daripada "cahaya yang terperangkap di dalam udara nipis" sehingga "unsur wap dari tanah yang bereaksi dengan oksigen yang mengakibatkan petir."



Walau bagaimanapun, hingga hari ini, saintis tidak dapat menjelaskan mengenai sifat sebenar bola ini. Oleh kerana perincian fenomena ini hanya berdasarkan pada laporan saksi, banyak laporan yang tidak konsisten.



5. Pada tahun 1994, hujan ribut telah berlaku di Oakville di Washington. Tidak lama kemudian, orang-orang di bandar menyedari bahawa hujan yang turun bukanlah titisan air, tetapi adalah gumpalan misteri yang lut sinar, lembik dan membuatkan orang sakit.






Pegawai David Lacey melihat sesuatu yang pelik ketika dia menghidupkan pengelap cermin kereta didepannya untuk membilas hujan yang turun pada pukul 3 pagi. Daripada cermin yang jelas, sehingga cermin depannya menjadi seperti dilumurkan dengan bahan seperti gel misteri yang menghalang pandangannya.


Gumpalan-gumpalan itu, yang berukuran setengah butir beras, dicurahkan seluas dua puluh batu persegi. Orang ramai juga dilaporkan jatuh sakit setelah bersentuhan dengan gumpalan tersebut.


Ibu kepada Sunny Barclift berasa pening dan mual sejurus selepas hujan dan dimasukkan ke hospital. Anak kucing Barclift juga mati, difahamkan kucing tersebut keletihan dan juga loya.


Walaupun ibu Barclift dan anak kucing itu sakit sebelum hujan lebat, dan kaitan langsung antara kedua-dua kejadian itu tidak dapat diselesaikan, doktor bersetuju untuk menguji bahan tersebut di makmal. Juruteknik makmal menyimpulkan bahawa gumpalan itu mengandungi sel darah putih manusia. Ujian kemudiannya menyimpulkan bahawa sel-sel tersebut mengandungi "Nukleus yang tidak dapat dipastikan" yang terdapat pada haiwan.


Penduduk bandar percaya bahawa sumber zat agar-agar itu adalah ubur-ubur. Tentera Udara A.S. menjatuhkan bom sekitar 10 hingga 20 batu di sekitar pantai Washington. Penduduk menyimpulkan bahawa sisa-sisa ubur-ubur pasti meletup dan terperangkap di awan, lalu bercampur dengan hujan.



Walau bagaimanapun, teori ini ditolak oleh banyak pihak kerana gagal dijelaskan mengapa gumpalan turun dengan hujan di Oakville enam kali dalam masa tiga minggu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogjohanharith.com/2020/12/5-misteri-yang-tidak-dapat-dijelaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilangkan Pijar Cili Petua Vs Sains

Hilangkan Pijar Cili Petua Vs Sains

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 271 hits
Oleh ChM Dr Fatimah Binti Salim Institut Atta ur Rahman UITM Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan Antara petua petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air merendam meramas tangan dalam beras ...
Sains Makanan Disebalik Pembuatan Dodol

Sains Makanan Disebalik Pembuatan Dodol

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 261 hits
Dodol merupakan sejenis makanan yang dikategorikan sebagai manisan Ia sangat terkenal di Melaka dan kawasan sekitar Muar Johor yang mana ia mudah didapati sepanjang tahun Ia juga antara makanan yang disajikan menjelang hari raya dan dipaket...
Sains Etimologi Air Dan Sumbangannya Kepada Istilah Penting Dalam Kehidupan Manusia

Sains Etimologi Air Dan Sumbangannya Kepada Istilah Penting Dalam Kehidupan Manusia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 347 hits
Oleh Prof Madya Dr Mohd Bakri Bin Adam1 Balqis Mohd Bakri2 Jabatan Matematik Universiti Putra Malaysia1 Aswara2 Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia sejagat Ianya merupakan sebatian kimia terhasil dari cantuman dua unsur iai...
Masyarakat Celik Sains Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Menentang Covid 19

Masyarakat Celik Sains Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Menentang Covid 19

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 232 hits
Oleh Prof Madya Dr Firdaus Raih Institut Biologi Sistem Universiti Kebangsaan Malaysia United Kingdom dan Bahrain telah meluluskan penggunaan vaksin COVID 19 yang dibangunkan bersama oleh syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat Pfiz...
Murid Malaysia Catat Skor Tertinggi Matematik Sains Global

Murid Malaysia Catat Skor Tertinggi Matematik Sains Global

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 235 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Malaysia melakar sejarah apabila buat julung kali meraih skor aras tertinggi dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study pada 2019 Kementerian Pendidikan berkata ia menunjukkan peningkatan m...
Mosti Lancar Dua Inisiatif Nasional Perkasa Sains Teknologi Dan Inovasi

Mosti Lancar Dua Inisiatif Nasional Perkasa Sains Teknologi Dan Inovasi

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Sains teknologi dan Alam Sekitar hari ini melancarkan dua inisiatif nasional sebagai usaha memperkasa peranan sains teknologi dan inovasi negara Klik untuk baca artikel penuh Sumber The post MOSTI lancar du
Kj Dasar Sains Teknologi Dan Inovasi 2021 2023 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Kj Dasar Sains Teknologi Dan Inovasi 2021 2023 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 250 hits
Khairy Jamaluddin Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia hari ini telah membuat ucaptama pada acara JomLaunch 2020 sekaligus berkongsi beberapa pandangan menarik berkaitan arena teknologi tempatan Menariknya pada acara tersebut juga b...
Anwar Ibrahim Perlu Terus Pimpin Ph Pengganti Dikenalpasti Sekarang

Anwar Ibrahim Perlu Terus Pimpin Ph Pengganti Dikenalpasti Sekarang

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 202 hits
1 GERAK98 menolak sebarang usaha menggantikan Dato Seri Anwar sebagai Ketua PH 2 GERAK98 percaya usaha ini dilakukan oleh musuh2 reformasi yang mahu melemahkan agenda reformasi dinegara ini 3 GERAK98 menyeru pimpinan dan ahli2 parti2 PH tid...
Program Latihan Industri Lhdnm 2021 Telah Dibuka Mohon Sekarang

Program Latihan Industri Lhdnm 2021 Telah Dibuka Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 252 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah membuka peluang kepada para siswazah untuk meningkatkan kemahiran masing masing dengan menjalani Latihan Industri bersama mereka Jadi siswazah diluar sana boleh mengambil peluang yang anda dengan me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi