5 Menu Diet Sihat Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur


Bagi yang berdiet dan penggemar sayur-sayuran.,Samada dicelur atau dimakan mentah dengan ‘dressing’ bersesuaian, kombinasi sayur yang lazat dan rangup pasti mengenyangkan anda.
Ni min kongsikan idea menu diet sihat buat mereka si pengamal diet. Cubalah nanti, kejap aje buatnya..
1. HO CHI MINH SPRING ROLL

BAHAN-BAHAN :
170 gm soo hoon (dicelur)6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)12 keping kulit popia (dicelur)BAHAN INTI :
1/2 kubis china (dihiris halus)200 gm lobak merah (dihiris halus)200 gm timun (dihiris halus)200 gm saderi (dihiris halus)200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)50 gm parsli Cina (dihiris halus)50 gm selasih Thai (sehelai-helai)50 gm daun ketumbar (dihiris halus)50 gm taugehBAHAN SOS :
1/2 sudu teh sos ikan1/4 sudu teh gula1 ulas bawang putih2 biji cili padiAir panas secukupnya (1-2 sudu makan)CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
2. KERABU DIY THE PEARL

BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda /dihiris1 batang lobak merah /dihiris1 batang timun /dihiris10 tangkai cili padi/ hiris halus1 biji bawang merah /dimayang nipis1 biji jus limau nipisGula secukup rasaGaram secukup rasa2 sudu makan sos ikan1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya10 gm suhu /direndam lembutSedikit udang keringSedikit kelapa parutCARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Gaul dan di saji mentah
Jenis masakan : Kerabu
Keistimewaan : Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
3. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM

BAHAN-BAHAN :
1 biji avocado | dihiris panjang½ sudu kecil lada hitam | hancur500 gm salad campur | dihiris panjang1 biji lada benggala | dihiris panjang1 biji bawang Holland | dihiris panjang2 keping ham ayam belanda| disiat½ sudu kecil minyak zaitunCARA MEMASAK :
1. Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
2. Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
3. Gaulkan pula dengan minyak zaitun
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja
Jenis masakan :Salad
Keistimewaan : Pembuka selera yang juga sesuai untuk mereka yang berdiet
Info Chef : Sajian yang mengandungi potassium yang tinggi dan kaya berserat dengan sayur-sayuran yang segar dan rangup.
4. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH

BAHAN-BAHAN:
1kg taugeh1kg daun pegaga | dihiris kasar1kg daun selom | dihiris kasar40 sudu makan udang kering | dikisar halus50sm cekur | dikisar halus100 biji bawang besar | dikisar halus40 biji bawang putih | dikisar halus100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar1kg kelapa parutGaram secukup rasaGula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
2. Sejukkan bahan tumis seketika.
3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi.
5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 20min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera
Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
5. ROJAK BETIK

BAHAN-BAHAN :
BAHAN ROJAK :
½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)½ biji nenas /dihiris nipis1 biji timun /dihiris nipisTaugeh (opsional)BAHAN KUAH:
6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar750 ml air3 sudu makan cuka2 ketul gula melaka5 ½ sudu makan cili boh5 sudu makan gula2.5 sm belacan6 biji cili padiGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.  
2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik. 
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. 
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Saiz hidangan : 12 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dengan keropok dan kuah rojak yang sejuk.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/5-menu-diet-sihat-sayuran-dimakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Sihat Dengan Amalkan 4 Tabiat Ini Dalam Diet 2019

Lebih Sihat Dengan Amalkan 4 Tabiat Ini Dalam Diet 2019

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 355 hits
Hello Doktor Apa pun azam tahun baru anda mengubah tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat pasti memberikan manfaat yang besar kepada diri sendiri Apa yang kita makan dan minum memberi kesan terhadap fungsi tubuh dalam melawan jangkit...
Menu Low Iodine Diet Day 2

Menu Low Iodine Diet Day 2

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 743 hits
MENU LOW IODINE DIET DAY 2 Semalam aku dah mula berpantang sempena nak menyambut kedatangan RAI yang tak berapa lama lagi Tapi hakikatnya pantang itu seakan tidak berpantang bila ada juga makanan yang aku terlajak makan Actually aku hanya p...
Kerabu Salad Kacang Botor Cara Saya Menu Diet Ni

Kerabu Salad Kacang Botor Cara Saya Menu Diet Ni

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 628 hits
Kerabu salad kacang botor cara saya Menu diet ni Assalamualaikum wbt Bagi cikla nak sediakan makanan ni kadang kadang kena kreatif juga kan Kalau asyik asyik cara sama je lama lama jemu juga Kalau kacang botor orang makan mentah je buat ula...
Jom Kurus Tanpa Ada Diet Khusus Hidup Sihat Hanya Kawal Makan Dan Senaman

Jom Kurus Tanpa Ada Diet Khusus Hidup Sihat Hanya Kawal Makan Dan Senaman

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 504 hits
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya dari zaman belajar memang aku malas senaman Sekadar sesekali jogging je tu pun kalau rajin Tapi zaman belajar makan banyak pun berat badan tak naik pun Tahun 2014 badan aku naik ketara cecah 110kg ...
Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 551 hits
Anak tak sihat mulalah susah nak makan Lagi lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan makanan yang bantu tambah selera makan tingkatkan imun dan sebagainya Ibu bole...
Pecat Waytha Atau Himpunan Raksasa Melayu Sekali Lagi

Pecat Waytha Atau Himpunan Raksasa Melayu Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 238 hits
Mohd Ali Baharom KUALA LUMPUR Pecat segera Waytha Moorthy atau satu lagi himpunan raksasa orang Melayu diadakan pada awal tahun depan Presiden Media Tentera Rakyat Mohd Ali Baharom berkata Perdana Menteri kena memecat menteri di Jabatan Per...
Jangan Biar Anak Gigit Atau Masuk Wayar Dalam Mulut Risiko Bibir Melecur Boleh Bawa Maut

Jangan Biar Anak Gigit Atau Masuk Wayar Dalam Mulut Risiko Bibir Melecur Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 551 hits
Hati hati mak ayah bila mengecas handphone sebab anak anak ni diorang bukan tahu pasal bahaya Bagi mereka semua benda boleh di gigit Itu yang wayar soket pun dia nak kunyah Sila ambil iktibar Pada 28 september 2017 satu kejadian buruk telah...
Apa Perlu Dilakukan Jika Menemui Harta Karun Atau Barang Temuan

Apa Perlu Dilakukan Jika Menemui Harta Karun Atau Barang Temuan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 268 hits
Menurut tafsiran dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 harta karun ialah wang syiling emas perak saduran barang kemas bulion batu berharga atau apa apa objek bernilai dijumpai tetapi tuan punya tidak diketahui atau tidak dijumpai namun ia tida...
Percaya Atau Tidak Bandar Ini Matahari Tidak Naik Selama 2 Bulan

Percaya Atau Tidak Bandar Ini Matahari Tidak Naik Selama 2 Bulan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 367 hits
Bagaimana rasanya jika hidup tanpa siang Ini yang sedang berlaku dalam bandar Alaska yang akan melihat matahari selepas 65 hari daripada tarikh 18 November 2018 Penduduk sekitar 4 400 orang di bandar ini sudah terbiasa dengan kehidupan tanp...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1