5 Jenis Tempat Di Negeri Selangor Yang Digemari Seluruh Rakyat Malaysia


Tinjau Seleksi Tempat Pilihan Rakyat Berbilang Kaum di Negeri Ini bersempena Sambutan Hari Malaysia Ke-58

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, dan keharmonian dan keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap tanggungjawab dan toleransi yang telah lama dipraktikkan oleh semua kaum di Malaysia. Pada kali ini, untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ke-58 yang jatuh pada 16 September ini, Tourism Selangor bawakan jenis-jenis tempat di Negeri Selangor yang digemari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bagi meraikan kemuafakatan yang kita miliki!



1)    Tempat Pemandangan Cantik

Siapa sahaja yang tidak suka akan pemandangan yang indah dan cantik, bukan? Negeri Selangor juga mempunyai banyak tempat yang menawarkan pemandangan indah untuk anda nikmati. Pemandangan indah ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat penggambaran atau tempat untuk beristirahat bersama keluarga dan kenalan. Tempat yang mempunyai pemandangan indah di sekitar Negeri Selangor adalah berkonsepkan semula jadi, mahupun buatan manusia. Tempat-tempat yang anda boleh lawati adalah sepertiSky Mirror Kuala Selangor, i-City Shah Alam, Pekan Sekinchan, Sabak Bernam dan juga Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.

 


2)    Tempat Makan

Sudah tentu ketika waktu begini, kita tidak boleh tinggalkan kategori aktiviti yang paling digemari ramai iaitu, makan! Selain daripada bersantai bersama keluarga dan kenalan sambil menikmati makanan yang terhidang, anda juga boleh menyaksikan kemakmuran masyarakat apabila pelanggan yang berbeza kaum dan bangsa duduk bersama di satu meja makan.  Antara tempat makan yang terkenal dalam kalangan semua bangsa adalah  Kopitiam seperti Chong Kok Kopitiam dan Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam, serta tempat makan durian seperti Durian SS2 dan Durianity. Anda juga boleh singgah ke SS15, Subang Jaya yang merupakan salah satu syurga makanan di Negeri Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan tempat makan seperti Nomms, Jibrildan Gold Chili.



3)    Pantai dan Taman

Anda juga boleh menyambut Hari Malaysia bersama keluarga tersayang dengan mengadakan aktiviti perkelahan atau riadah. Taman riadah di Negeri Selangor kebanyakannya dilengkapi dengan pemandangan indah dan kemudahan yang mencukupi. Selain daripada taman, pantai juga merupakan lokasi yang sesuai yang boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat, dan pada masa yang sama, mengukuhkan semangat perpaduan. Pantai dan taman yang boleh dilawati di Negeri Selangor termasuk Pantai Remis, Pantai Morib, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Tasik Cyberjaya.



4)    Tempat Pendakian

Aktiviti mendaki juga merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan kaum. Mendaki merupakan salah satu aktiviti yang mampu membantu anda mendapatkan fizikal dan mental yang sihat kerana aktiviti ini memerlukan kecekalan minda dan badan. Negeri Selangor juga mempunyai beberapa bukit yang bukan sahaja mempunyai trek mendaki yang agak mencabar malah juga menawarkan pemandangan yang mampu memikat hati anda. Antara bukit yang anda boleh daki termasuk Bukit Broga dan Bukit Kutu.Namun, harus diingatkan, terdapat beberapa lokasi pendakian di Negeri Selangor yang memerlukan anda memohon permit sebelum memulakan aktiviti pendakian.

 


5)    Tempat Bersukan

Selain daripada aktiviti mendaki, ada juga aktiviti lain yang lebih mencabar. Melalui aktiviti sukan, anda bukan sahaja dapat meraikan Hari Malaysia, malah anda juga boleh meningkatkan semangat toleransi dan kerjasama bersama peserta-peserta lain yang datang dari berbilang kaum dan bangsa. Antara tempat-tempat yang menawarkan aktiviti sukan yang luar biasa adalah penyedia perkhidmatan White Water Rafting di Sungai Selangor, Skytrex Adventure Sg Congkak, dan District21.

 

Bukan sahaja menyambut Hari Malaysia, anda juga boleh menambah kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat dengan melakukan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas. Hormat-menghormati dan sikap toleransi adalah amat penting dalam memastikan kemakmuran sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa dan kaum seperti Malaysia.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangordalam senuah kenyataan berkata, “Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 kepada semua rakyat Malaysia. Penghasilan artikelkhas sempena Hari Malaysia inimerupakan salah satu inisiatif Kempen Hari Kebangsaan - Tourism Selangor Prihatin yang telah bermula dari 13 Ogos lalu sehingga 16September untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64, dan seterusnya, Hari Malaysia ke-58”.
“Kempen ini bergerak aktif melalui hantaran atau posting dilaman media sosial rasmi Tourism Selangor, di laman Instagram, Facebook, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube. Kempen yang dijalankan ini memfokuskan kepada perkongsian kandunganyang berkaitan dengan tempat-tempat menarik sekitar Negeri Selangor yang kaya dengan nilai sejarah, mahupun yang digemari pelbagai bangsa. Orang awam juga dapat menyaksikan rakyat dari pelbagai latar-belakang meluangkan masa beraktiviti di satu tempat yang sama di Negeri Selangor”, tambah Tuan Azrul Shah.

Namun, harus diingatkan, teruslah mengikuti dan mematuhi langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk terus membendung penularan wabak Covid-19. Ikuti SOP seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mempraktikkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.

Untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, sila ikuti segala kemaskini dari akaun rasmi media sosial Tourism Selangor termasuk di Instagram Twitter, Facebook, TikTok dan juga Saluran YouTube, atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : 5 Kedai Kopitiam Sekitar Negeri Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/09/5-jenis-tempat-di-negeri-selangor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
80 Rakyat Malaysia Telah Lengkap Vaksinasi

80 Rakyat Malaysia Telah Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 241 hits
kredit https twitter com JKJAVMY status 1440507167086309378 photo 1Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua sihat belaka dan sentiasa di dalam lindunga Ilahi Alhamduillah kelmarin rakyat Malays...
Hiburan Sangat Prihatin Rakyat Malaysia Didakwa Bersukan Ketika Berpantang Ini Balas Ozlynn Wati

Hiburan Sangat Prihatin Rakyat Malaysia Didakwa Bersukan Ketika Berpantang Ini Balas Ozlynn Wati

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 333 hits
Pelakon Ozlyn Waty memperjelaskan sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti riadah berbasikal di Instagram Stories ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementVideo terbabit telah mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang menda...
Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 343 hits
Peruntukan Sebanyak RM 1 Juta Disalurkan menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 untuk Industri Pelancongan Negeri SelangorKerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 yang telah diumumkan oleh Y A B Dato Seri Amirudin Shari Dato Ment...
Tiba Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia Dah Buang Tebiat Agaknya

Tiba Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia Dah Buang Tebiat Agaknya

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 205 hits
FITRAH MANUSIA HANYA MAMPU TERKENANG DAN SESAL TATKALA IANYA SUDAH TIDAK LAGI BERADA DI HADAPAN KITA DALAM GENGGAMAN KITA Tuai padi antara masak Esok jangan layu layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan Tulisan Nak masuk in...
Mukhayyam Arabiy Sekolah Sekolah Kpm Negeri Selangor 2021

Mukhayyam Arabiy Sekolah Sekolah Kpm Negeri Selangor 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum Alhamdulilah wa thumma alhamdulilah Ucapan lafaz kesyukuran saya panjatkan kepadaNYA atas peluang dan kesempatan yang telah di berikan kepada saya dan team BA SKI dalam melaksanakan program Mukhayyam Arabiy 2021 Bermula deng...
Waspada Dan Patuhi Sop Elak Tempat Sesak Kata Kumpulan Pelancongan Selangor

Waspada Dan Patuhi Sop Elak Tempat Sesak Kata Kumpulan Pelancongan Selangor

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 189 hits
MALAYSIA NOW Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor beri amaran untuk tidak alpa supaya kluster baru tidak tercetus Warga Selangor mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak Hulu Langat sele...
Tak Pentingkan Diri Suka Bantu Orang Lain Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini

Tak Pentingkan Diri Suka Bantu Orang Lain Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 305 hits
Baru baru ini Mead Johnson Nutrition telah menamatkan kempen Rakyat Lebih Sihat Malaysia Kukuh Bersemangat dengan memberi penghormatan kepada enam Wira Tempatan dalam satu acara maya Kempen ini dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dew...
Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 402 hits
BH ONLINE Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu menghias balai mereka dengan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke 58 di Balai Bomba Kuala Terengganu Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 hari ini de...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih