5 Laman Beli Belah Menjimatkan Masa Tenaga Dan Wang Anda


Kredit: as.com Cuba bayangkan situasi ini.
Anda sibuk bekerja di pejabat. Timbunan dokumen yang perlu diberi perhatian semakin meninggi. Anda semakin tertekan. Anda cuba menyiapkan kerja sebanyak yang boleh secepat mungkin. Anda lihat jam. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Anda terus bersiap untuk balik ke rumah. Teringat pula anak teringin nak makan tomyam. Lari pula membeli barang. Dalam kereta pula, terperangkap dalam kesesakan. Anda tiba di rumah pada pukul 8 malam. Anda pandang barang basah yang anda beli 3 jam yang lalu. Anak dah lapar, jadi, anda terus capai telefon dan membuat pesanan. Makan luar lagilah nampaknya…
Pasti anda sedang mengangguk lemah kerana anda tahu situasi ini pernah dilalui oleh anda sebelum ini. Bukannya anda tak nak masak tetapi kadang kala, memang tak sempat. Jadi, adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini? Takkan sampai bila-bila pun anda nak makan luar sahaja? Artikel ini ada segala jawapan masalah anda.
 
Pesan, Bayar & Hantar Pada zaman ini, isu kesuntukan masa ini sepatutnya tidak timbul lagi. Segala-galanya ada di hujung jari anda sahaja. Untuk anda guna atau tidak kelebihan ini, itu terpulang pada diri anda. Namun begitu, mungkin anda tidak tahu cara untuk memudahkan lagi hidup anda khususnya apabila melibatkan urusan pembelian barangan dapur dan memasak.
Oleh itu, saya sediakan artikel ini khas bagi anda yang sudah penat dan jemu asyik terkejar-kejar masa tetapi tidak dapat siapkan walau satupun kerja dapur seperti yang dirancang. Saya menyenaraikan 5 laman barangan dapur yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.
 
5 Kriteria Penting Sebelum kita terus melihat lima laman tersebut, kita mestilah tahu ciri-ciri yang ingin kita teliti supaya anda dapat membuat pilihan terbaik untuk diri anda.
Lima kriteria tersebut adalah seperti berikut:
Kepelbagaian Produk
Perkara pertama yang kebanyakan individu lihat sebelum membeli dari laman beli-belah ialah kepelbagaian produk yang boleh didapati di laman tersebut.Tujuan utama anda membeli-belah di alam maya adalah untuk memudahkan diri anda. Kalau laman yang dipilih tak menyediakan barang yang anda mahu, memang sia-sia sahaja. Julat Harga
Selain daripada kepelbagaian, faktor penentu seorang pembeli kerap menggunakan suatu laman beli-belah ialah harga.Siapa yang nak membeli-belah secara maya jika barang dijual mahal? Anda lebih rela keluar dan beli sendiri di pasar raya, jika begitu. Penghantaran
Walaupun laman beli-belah menawarkan harga yang berpatutan dan mempunyai pilihan barangan yang pelbagai, tetapi jika upah penghantaran mahal dan masa yang diambil untuk menghantar barangan yang dipesan terlalu lama, sia-sia sahaja.Iyalah, sebab utama anda memilih untuk beli-belah secara maya adalah untuk menjimatkan masa anda. Betul tak? Susun Letak Laman Sesawang
Sekarang, anda sudah semak kriteria 1 hingga 3 dan anda dapati laman beli-belah pilihan anda menepati kesemua kriteria tersebut. Tetapi, tunggu dulu! Jangan mula membeli belah lagi.Satu lagi kriteria yang anda perlu beri perhatian ialah susun letak laman tersebut. Susun letak hendaklah ringkas dan mesra pengguna agar anda tidak terlalu pening kepala.Bayangkan, nak beli bawang sebungkus pun perlu tekan bermacam-macam butang. Lebih baik anda ke kedai sahaja! Kualiti
Kriteria terakhir anda perlu titik beratkan sebelum mula membeli-belah secara maya ialah kualiti. Kualiti di sini merujuk pada tiga perkara; perkhidmatan yang disediakan, penghantaran dan barang yang dibeli.Barangan yang murah seringkali menjadi pilihan ramai kerana siapa yang tak nak berjimat? Tetapi, jika barangan yang anda beli itu tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di laman beli-belah tersebut, apa gunanya anda membeli barangan tersebut? 5 Laman Beli-Belah Terbaik Untuk Anda Adakah anda sudah bersedia untuk membeli-belah secara maya? Jangan risau, dengan panduan 5 kriteria yang saya sudah terangkan di atas, pengalaman beli-belah secara maya anda yang pertama pasti membuatkan anda terus kekal menggunakan perkhidmatan laman beli-belah tempatan.
Namun begitu, bagaimana anda nak mula membeli-belah? Anda tak tahu laman beli-belah mana yang boleh dipercayai. 5 laman beli-belah di bawah menepati kesemua kriteria yang saya senaraikan di atas. Anda boleh cuba mana-mana yang kena dengan bajet anda dan berada berdekatan dengan kawasan perumahan anda.
Ayuh kita lihat senarai tersebut!
 
1. Happy Fresh Kredit: happyfresh.com Happy Fresh merupakan laman beli-belah yang  menghubungkan anda dengan semua pasar raya  berdekatan anda. Pilihan barangan yang pelbagai, dari produk tenusu, produk segar hinggalah ke barangan keperluan harian, boleh didapati di Happy Fresh pada harga yang berpatutan.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang harga, waktu penghantaran dan maklumat lain tentang perkhidmatan Happy Fresh, klik di sini.
 
2. MyMarket Bermula sebagai sebuah pasar segar di Kangar Perlis pada Julai 2014, MyMarket mengembangkan operasi mereka secara dalam talian sebelum diluaskan ke kawasan Lembah Klang pada September 2016. Perkhidmatan mereka tertumpu pada jualan barangan basah seperti daging lembu, ayam dan makanan laut selain daripada barang keperluan asas lain seperti sayur-sayuran dan bawang.
Perkara menarik tentang MyMarket ialah mereka menawarkan pakej penghantaran dalam julat harga sekitar RM 45 hingga RM 115 yang dapat membantu anda menjimatkan wang selain daripada memudahkan proses pemilihan barang untuk anda. Untuk mula membeli-belah dengan MyMarket, klik di sini.
 
3. MyFishMan Kredit: happygokl.com Untuk mendapat makanan laut dan daging segar, khususnya di kawasan bandar, memang susah. Satu-satunya tempat anda boleh harap untuk mendapatkan makanan segar ialah pasar. Namun begitu, jika anda terlambat, banyak barang yang akan habis.
Oleh sebab terdapat kekurangan dalam lokasi untuk penduduk bandar seperti anda untuk mendapatkan barangan basah segar, MyFishMan ditubuhkan dengan hasrat untuk membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan makanan laut segar terus dari laut.
Seperti MyMarket, MyFishMan juga menawarkan pakej barangan untuk memudahkan anda membuat jadual menu disamping mengelakkan pembaziran. Pakej ini adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM 300 dan mereka juga menyediakan pakej makanan laut yang sesuai bagi anak kecil, ibu mengandung dan ibu berpantang.
Jika anda peminat makanan steambot, MyFishMan juga menawarkan pakej steambot bermula pada harga RM150. MyFishMan sememangnya laman beli-belah makanan laut yang holistik dan memenuhi keperluan setiap individu.
 
4. Tesco Online Kredit: Vulcan Post Tesco Online merupakan pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Kebanyakan daripada penduduk bandar pasti sudah menggunakan perkhidmatan penghantaran Tesco ini. Namun begitu, bagi yang tidak pernah, saya sediakan 3 sebab anda perlu cuba perkhidmatan penghantaran Tesco ini.
Sebab pertama ialah kemudahan. Lingkungan kawasan yang dibuka untuk penghantaran adalah cukup luas. Hal ini demikian kerana cawangan Tesco di sekitar Lembah Klang, malah di seluruh Malaysia adalah banyak. Jadi, tiada kawasan yang tidak dapat dihantar oleh Tesco.
Sebab kedua ialah promosi dan harga. Tesco dikenali sebagai pasar raya murah kerana kebanyakan barangan yang dijual adalah pada julat harga yang lebih rendah berbanding pasar raya lain. Selain itu, promosi musim yang ditawarkan memberikan lebih banyak penjimatan kepada pelanggan mereka.
Sebab ketiga dan terakhir ialah kepelbagaian produk. Seperti Happy Fresh, Tesco menawarkan pelbagai jenis barangan daripada barangan dapur, barangan basah hinggalah ke kelengkapan rumah yang lain. Namun begitu, barangan yang ditawar oleh Tesco merupakan barangan yang dijual khas di Tesco sahaja. Tidak seperti Happy Fresh yang menghubungkan anda dengan pasar raya lain.
 
5. MarketMarket Kredit: marketmarketmalaysia Laman beli-belah terakhir yang disenaraikan dalam artikel ini ialah MarketMarket.
MarketMarket boleh diibaratkan seperti kedai runcit maya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dapur di sini. Berbanding Happy Fresh, MarketMarket bertindak sebagai landasan untuk pembekal-pembekal barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan laut, khususnya peniaga skala kecil untuk menjual produk mereka pada volum yang lebih besar.
Oleh itu, mereka cukup menitikberatkan kualiti dan kredibiliti pembekal mereka agar para pengguna akan mendapat yang terbaik pada harga yang berbaloi.
 
 
Beli-Belah di Hujung Jari Pada era teknologi yang serba canggih dan maju, tiada istilah ‘mustahil’. Segala-galanya yang anda mahu boleh ditunaikan. Segala masalah boleh diselesaikan jika anda tahu apa yang nak dicari.
Sebelum ini, bolehlah anda memberi pelbagai alasan; sibuklah, trafiklah, beli pun tak masaklah tetapi kalau semua alasan itu ada penyelesaiannya, apa lagi yang nak dikata lagi?
The post 5 Laman Beli-Belah Menjimatkan Masa, Tenaga dan Wang Anda appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/how-to-guides/5-laman-beli-belah-menjimatkan-masa-tenaga-dan-wang-anda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Kaki Gara Gara Pakai Kasut Tumit Tinggi Suami Dukung Ummi Nazeera Di Pusat Beli Belah

Sakit Kaki Gara Gara Pakai Kasut Tumit Tinggi Suami Dukung Ummi Nazeera Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 279 hits
Sejak mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu kehidupan pelakon cantik Ummi Nazeera dilihat semakin sempurna lebih lebih lagi setelah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel pada 22 Ogos yang lalu Beberapa jam yang lalu usahawan tud...
Gedung Beli Belah Pamer Patung Beruang Aksi Tidak Sopan Jadi Tular

Gedung Beli Belah Pamer Patung Beruang Aksi Tidak Sopan Jadi Tular

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 547 hits
Rata ratanya menganggap kedudukan patung tersebut seperti sedang beraksi lucah menurut Asia News Network Sembang Pacak Sudah terasa kemeriahan Hari Krismas yang bakal disambut tak lama lagi bila pusat membeli belah sudah mula memasang perhi...
Bagus Bagus Bagus Tapi Jangan Sampai Buat Kerja Retorik Buang Masa Dan Tenaga

Bagus Bagus Bagus Tapi Jangan Sampai Buat Kerja Retorik Buang Masa Dan Tenaga

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 377 hits
Lebai dah nak merge Hadi saran PH buat kerja bodoh seperti PAS dan UMNO sebuah kerajaan hanya perlu nyatakan tidak selaras dengan perlembagaan negara
Pengembara Masa Dari Tahun 2030 Dakwa Jumpa Dirinya Tahun 2070 Mereka Berbual Bersama

Pengembara Masa Dari Tahun 2030 Dakwa Jumpa Dirinya Tahun 2070 Mereka Berbual Bersama

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 278 hits
Pengembara masa dari tahun 2030 dakwa jumpa dirinya tahun 2070 mereka berbual bersama
Masa Ni Dah Pandang Jodoh Saya Tapi Dia Tak Pandang Pun

Masa Ni Dah Pandang Jodoh Saya Tapi Dia Tak Pandang Pun

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 285 hits
Benar kata pepatah kalau dah jodoh tak kemana Baru baru ini Fattah Amin ada memuat naik sekeping foto lamanya yang dirakamkan pada tahun The post appeared first on
First Time Boleh Jalan Masa Tu Umur 8 Bulan Nukilan Menyentuh Hati Hairul Azreen Buat Anaknya

First Time Boleh Jalan Masa Tu Umur 8 Bulan Nukilan Menyentuh Hati Hairul Azreen Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 528 hits
Hiburan Pelakon filem PASKAL Hairul Azreen telah berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak sulungnya Yusuf Iskandar Nukilan tersebut dimuat naik oleh Hairul beserta dengan video pendek Yusuf di akaun Instagramnya semalam Menerusi...
Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia Tun M

Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia Tun M

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 327 hits
TOKYO Ini adalah masa yang paling sesuai untuk golongan pelabur dan peniaga asing mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata walaupun dasar Malaysia sejak dahulu lagi memang mesra...
Masalah Pengurusan Ram Pixel 3 Akan Diselesaikan Menerusi Kemaskini Dalam Masa Beberapa Minggu

Masalah Pengurusan Ram Pixel 3 Akan Diselesaikan Menerusi Kemaskini Dalam Masa Beberapa Minggu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 246 hits
Google Pixel 3 dan 3XL tidak mengikut trend semasa kerana hanya disertakan dengan RAM sebesar 4GB Menurut Google ini sudah mencukupi dan sama seperti yang ditemui pada iPhone Pengguna awal Pixel 3 dan 3XL walau bagaimanapun melaporkan masal...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja