5 Lagi Negeri Fasa 3 Beralih Fasa Akhir Ppn


MALAYSIA NOW

Perlis, Perak, Penang, Sabah dan Kedah bakal beralih ke Fasa Empat sementara Sarawak dan Kelantan masih di Fasa Tiga PPN.

Beberapa pengunjung berehat di bawah pokok selepas beriadah bersama keluarga di Tasik Timah Tasoh. Penduduk Perlis bakal mendapat lebih banyak kelonggaran di bawah Fasa Empat PPN. Lima negeri berstatus Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk Perlis, Perak, Penang, Sabah dan Kedah bakal beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 8 November.
Pengumuman Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein tersebut adalah susulan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan mengambil kira penilaian risiko oleh kementerian kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Empat adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi mkn.gov.my,” kata Hishammuddin dalam sebuah kenyataan.
Sehubungan itu, hanya Kelantan dan Sarawak sahaja yang masih berstatus Fasa Tiga ketika ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata anak-anak kapal di bawah pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang dibenarkan untuk mengambil suntikan vaksin semasa persinggahan di Pelabuhan Klang tertakluk kepada kelulusan KKM, Jabatan Laut dan Jabatan Imigresen.
Katanya urusan penerimaan suntikan vaksin wajar dilaksanakan di atas kapal bagi mengelak pergerakan berskala besar anak-anak kapal ke klinik atau fasiliti perubatan.
Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Klang telah diminta mengemukakan keperluan maklumat lanjut seperti penganjur, bilangan anak kapal yang terlibat dan hal lain yang berkaitan bagi program vaksinasi untuk anak-anak kapal di Pelabuhan Klang.
Hishammuddin berkata berkuat kuasa 8 November ini juga, individu lengkap vaksin bagi semua peringkat umur dibenarkan memasuki stadium termasuk semua fasiliti sukan dan syarat ini dimasukkan dalam SOP.
Katanya kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang belum/tidak lengkap vaksin masih tidak dibenarkan memasuki stadium termasuk semua fasiliti sukan dan ketika ini, aktiviti makan serta minum di dalam stadium juga adalah tidak dibenarkan.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini turut meluluskan pelaksanaan peralihan pengurusan stesen kuarantin hotel kepada stesen kuarantin swasta bermula tujuh hari selepas kelulusan.
Menurut Hishammuddin, pengurusan stesen kuarantin adalah berdasarkan Garis Panduan Pembukaan, Pengoperasian dan Pemantauan Stesen Kuarantin Swasta yang telah disediakan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Kutipan kos operasi Covid-19 berjumlah RM2,600 bagi setiap pengembara bukan warganegara dimansuhkan manakala caj bagi stesen kuarantin masih berkuat kuasa dan caj yang dikenakan stesen kuarantin swasta adalah pada kadar yang sama (pakej standard) seperti sebelum ini yang berkuat kuasa pada 15 November 2021,” katanya.
Beliau berkata kos kuarantin bagi tujuh kumpulan warganegara Malaysia yang dikecualikan caj kuarantin ditanggung oleh kerajaan dan ujian ulangan saringan pengesanan Covid-19 diselaraskan oleh KKM menerusi jabatan kesihatan negeri/daerah yang berkaitan.
Hishammuddin turut menyeru agar semua kelonggaran yang diberikan dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta sentiasa menjaga kebersihan diri.
Katanya paling penting dalam membantu usaha kerajaan #ReopeningSafely, semua pihak amat digalakkan untuk mengamalkan TRIIS iaitu “test, report, isolate, inform and seek” atau ujian, lapor, kuarantin atau pengasingan kendiri, memaklumkan dan dapatkan rawatan segera dengan sebaik mungkin demi keselamatan diri, ahli keluarga dan orang sekeliling.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/5-lagi-negeri-fasa-3-beralih-fasa-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Beralih Kepad Fasa Kedua

Kedah Beralih Kepad Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 395 hits
Kredit Telegram MKN Assalamualaikum semua dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat semua Alhamduillah syukur kerana Negeri Kedah akan beralih kepada Fasa 2 pada 1 Oktober 2021 bersamaan Jumaat ini Bukan itu sahaja Negeri Melaka Selago...
Sekolah Johor Terengganu Dibuka Ikut Fasa 4 Ppn 7 November

Sekolah Johor Terengganu Dibuka Ikut Fasa 4 Ppn 7 November

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI PETALING JAYA Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan bagi Johor dan Terengganu mengikut ketetapan Fasa 4 Program Pemulihan Negara bermula 7 November ini Kementerian Pendidikan dalam s...
Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 215 hits
Akhir Zaman adalah masa terdekat dengan hari yang pasti iaitu hari akhirat Setiap permulaan pasti ada pengakhiran dan kita sebagai umat manusia perlu percaya akan berlaku kejadian ini sama ada kita masih hidup atau tidak ketika berlakunya k...
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 265 hits
Sebagai umat Nabi Muhammad kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal Tetapi kita masih berselisih faham Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menja...
Fasa 4 Tak Sama Dengan Suasana Pilihan Raya Kata Hishammuddin

Fasa 4 Tak Sama Dengan Suasana Pilihan Raya Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 248 hits
Kerajaan perlu imbangi aspek keselamatan dan kesihatan dengan tuntutan demokrasi SPR akan mengemukakan SOP pilihan raya yang bakal diadakan November depan di Melaka Gambar Bernama Suasana Fasa Empat di Melaka tidak boleh disamakan dengan su...
Pasangan Mata Wang Usd Chf Adakah Fasa Pembetulan Telah Berakhir

Pasangan Mata Wang Usd Chf Adakah Fasa Pembetulan Telah Berakhir

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 339 hits
Pasangan mata wang USD CHF melantun semula hari ini apabila Indeks Dolar telah keluar daripada corak saluran bawah yang memberi isyarat bahawa penurunan telah berakhir Seperti yang anda sedia maklum daripada analisis saya kami mempunyai hub...
Bayaran Fasa 2 Gkp 4 0 Rm500 Dijangka Masuk Pada Bulan November Ini Geran Khas Prihatin Pemulih

Bayaran Fasa 2 Gkp 4 0 Rm500 Dijangka Masuk Pada Bulan November Ini Geran Khas Prihatin Pemulih

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 278 hits
Menurut Perdana Menteri melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran GKP 4 0 akan dibayar dua kali sebanyak RM500 iaitu pada bulan September dan November 2021 ...
Dalam Fasa Endemik Sayangilah Paru Paru Seisi Keluarga

Dalam Fasa Endemik Sayangilah Paru Paru Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 167 hits
Di dalam fasa endemik sekarang kita seharusnya bersyukur kerana keadaan nampaknya semakin pulih Dapat menghela nafas panjang tanpa masalah juga adalah nikmat yang harus kita hargai Namun untuk bekas pesakit Covid 19 mereka mungkin mengalami...
Akhir Zaman

Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 317 hits
Kedatangan Nabi Isa as akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin kemudian kemun...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Dolla Mwa Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Is Upholding The Law A Low Point Now

Tmj It S Not About The Speed This Is Not A Sprint It S A Journey

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan