5 Kepentingan Hibah Takaful No 5 Paling Penting


 


5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini tiba-tiba tergerak hati nak cari info dan kemudiannya kongsikan dengan semua betapa pentingnya kita semua kena ada hibah takaful. Alkisahnya terbaca kisah keluarga mertua yang berebut harta apabila berlaku kematian pasangan. Banyak yang kongsikan pentingnya untuk ada insuran nyawa kan, kali ini aku nak kongsikan pentingnya untuk ada hibah takaful!

Baik, sebelum apa-apa, aku nak beritahu dahulu yang aku bukanlah ejen insuran. Yelah, takut juga nanti ada yang kata aku ni nak jual insuran dengan pembaca blog mrejoy.com ini. Tidak sama sekali ya! Aku bukannya apa, yelah, sekarang ini, bila sebut ejen insuran saja, belum cakap apa-apa, ramai yang angkat kaki jalan.

Nampak ejen insuran, macam nampak hantu kan? Rasa macam mereka yang jual insuran nyawa ini macam nak mintak kita duit sahaja. Hakikatnya bukan ya! Dari aspek lain, mungkin benar cara pendekatan ejen insurance ini nampak macam “mendesak” (ini pada mata aku), namun, dari segi positifnya, insurance nyawa memang sangat penting!

Tapi, aku bukan nak kongsikan story pasal insurance nyawa, sebaliknya betapa pentingnya untuk kita ada hibah takaful.

Apa itu hibah takaful? Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”

(Surah al-Baqarah ayat 177)

5 kepentingan hibah takaful Baik. Sekarang aku kongsikan dengan semua, apakah kepentingan atau kenapa pentingnya untuk kita semua ambil hibah takaful.

#1. Penyelesaian hutang.

Hutang adalah satu benda yang amat berat. Hinggakan jika seseorang mati syahid sekalipun, tidak akan selesai hutangnya dengan manusia. Nampak tak betapa besarnya makna hutang tersebut? Jadinya, dengan adanya hibah takaful, ianya dapat menyelesaikan hutang-hutang si mati.

Cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia dan tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali hutang. Si isteri pula tidak bekerja, sekadar suri rumah dan ada anak yang perlu di jaga. Ini sudah tentu akan membebankan kehidupan si isteri kelak.

Itu belum campur dengan keluarga mertua yang tiba-tiba datang menuntut pelbagai benda (tidak semua macam ini tapi kebanyakkan).

Jadinya, dengan adanya hibah ini, ianya pasti akan mengurangkan beban kelak.

#2. Belanja sementara semuanya selesai.

Aku suka part ini. Dengan adanya hibah takaful, pasangan dapat meneruskan kehidupan tanpa ada rasa tertekan. Kematian pastinya sesuatu yang menyedihkan. Ianya pasti akan lebih sedih jika mereka terpaksa hidup dalam keadaan tertekan.

Harta yang ditinggalkan suami belum tentu menjadi hak mutlak si isteri. Bayangkan duit kwsp juga bukan hak mutlak isteri. Jika suami ada letak nama isteri, itu hanyalah sebagai penama sahaja. Ianya akan dibahagikan sama rata. Ini termasuklah dengan harta-harta yang lain.

Jadi dengan adanya hibah takaful, ianya menjadi hak mutlak si isteri tanpa ada “ganguan” lain.

#3. Sumber pendapatan berterusan.

Jika sebelum ini, segala belanja diberikan suami kepada isteri. Namun, selepas kematian suami, si isteri yang hanya suri rumah tiada lagi belanja. Ini sememangnya menjadi tekanan yang besar buat seisi rumah.

Dengan adanya hibah takaful ini, ianya dapat menyelamatkan isteri serta anak-anak. Kita kira kasar, katakan belanja sebulan adalah RM3000. Dan suami ambil hibah sebanyak RM300,000. Dan selepas kematian, isteri dapat duit tersebut.

Isteri dapat bertahan lebih kurang 5 ke 6 tahun (malah lebih) jika dikira belanja bulanan. Inilah pentingnya untuk ambil hibah takaful!

#4. Simpanan pembelajaran anak-anak.

Sebagai contoh, jika isteri terima pampasan hibah takaful ini, isteri dapat asingkan belanja untuk pembelajaran anak-anak kelak. Belanja sekolah/kolej/university. Dan jika simpanan ini sudah ada, isteri pastinya dapat menarik nafas lega kerana kurang tekanan di situ.

Pembelanjaan pelajaran sering kali menjadi punca anak-anak tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka.

#5. Tidak dapat di lawan di mana-mana mahkamah.

Dan dalam banyak-banyak point yang aku kongsikan, ini yang aku paling suka nak kongsikan. Hibah takaful adalah hak mutlak isteri. Seringkali terjadi, bila berlaku kematian, keluarga akan datang tuntut macam-macam. Itu belum cerita yang tiba-tiba mengaku keluarga.

Dan bila ini terjadi, kehidupan isteri serta anak-anak akan jadi huru hara. Kalau rumah yang mereka tinggal sebelum ini pun di ambil (kerana mahukan pembahagian harta) mana lagi mereka nak pergi?

Dan dengan hibah takaful ini, ianya menjadi hak mutlak isteri. Tak siapa boleh kacau atau minta. Bawalah kemana pun, ianya tidak boleh di lawan!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/05/5-kepentingan-hibah-takaful-no-5-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punya Arsitektur Unik Nan Indah Berikut Ini 9 Istana Negara Paling Megah Di Dunia

Punya Arsitektur Unik Nan Indah Berikut Ini 9 Istana Negara Paling Megah Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 334 hits
Di samping megah dan indah bangunan bangunan ini punya sejarah yang panjang yang menarik untuk dipelajari
Pizza Hut Cipta Rekod Dunia Penghantaran Pizza Paling Tinggi Atas Daratan

Pizza Hut Cipta Rekod Dunia Penghantaran Pizza Paling Tinggi Atas Daratan

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 224 hits
Pizza Hut telah mencipta rekod Penghantaran pizza atas darat pada altitud paling tinggi dalam Guinness World Record apabila berjaya menghantar pizza pada ketinggian 19341 kaki di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania Pizza Hut cipta rekod h...
Pkp Wanita Paling Teruk Terkesan Mental Fizikal Kajian Unicef Unfpa

Pkp Wanita Paling Teruk Terkesan Mental Fizikal Kajian Unicef Unfpa

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 214 hits
Ramai wanita terkesan dari segi fizikal dan emosi dalam tempoh setahun yang lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19 Itu antara dapatan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak kanak P...
Resipi Kari Kambing Original Inilah Paling Dinanti Masa Hari Raya Nanti

Resipi Kari Kambing Original Inilah Paling Dinanti Masa Hari Raya Nanti

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 388 hits
Raya tahun ini cipta kelainan sedikit orang lain sibuk buat rendang berjam lamanya diatas kuali juliamasak seperiuk besar gulai kambing utara atau orang KL sebut kari kambing Dua hari sebelum raya julia masak dah lauk diatas Senang cuma pan...
5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 316 hits
gambar hiasan Assalamualaikum acik cukup tertarik dengan perkongsiaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan acik kongiskan kembali 5 tahun pertama di alam perkahwinan orang tua pesan ini fasa yang paling susah sekali kalau kita mampu ha...
Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 479 hits
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya Kalau nak tahu resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate Hirisan daging dalam kuah menaikkan la...
Song Joongki Pilih Vincenzo Sebagai Drama Paling Seronok Dibintanginya

Song Joongki Pilih Vincenzo Sebagai Drama Paling Seronok Dibintanginya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 402 hits
Vincenzo ternyata bukan sahaja drama yang berjaya menyentuh perasaan penonton namun ianya turut meninggalkan kesan kepada pelakonnya Menerusi sebuah temubual baru baru ini Song Joong ki menyatakan bahawa Vincenzo ialah drama pertama yang me...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan