5 Kelebihan Bangun Awal Pagi Untuk Kesihatan


Pukul berapa selalunya anda akan bangkit dari tidur setiap hari? Secara kebiasaannya, jika hari-hari biasa, waktu bangkit dari tidur adalah lebih awal berbanding dengan hari minggu.
Namun, tidak semua orang gemar untuk bangun seawal pagi kerana waktu tidur adalah waktu yang paling menyeronokkan terutamanya pada hujung minggu.
Bagaimanapun, tahukah anda bahawa bangun seawal pagi merupakan antara aktiviti paling sihat yang boleh dilakukan.
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh seorang pakar Biologi dari Harvard menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal menunjukkan sikap yang lebih proaktif berbeza dengan mereka yang bangun lambat atau kerap tidur menunjukkan sikap-sikap yang pasif.
Maksud: “Adalah Rasulullah apabila selesai menunaikan solar Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.” (HR Tirmizi, no. 585)
Baginda SAW juga diriwayatkan sebagai seorang yang gemar bangun awal pagi dan tidak akan mensia-siakan waktu paginya kerana di situ terdapat keberkahan yang sangat besar.
Bahkan, dalam beberapa riwayat lain juga menyebut bahawa Baginda SAW adalah seorang yang gemar tidur awal (sesudah Isyak) dan akan bangkit awal (sebelum Subuh) untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah.
Terdapat banyak kelebihan bangun di awal pagi yang boleh kita lihat terutamanya dari sudut kesihatan, antaranya;
#1 – Lebih sihat kerana tidak meninggalkan sarapan
Sebuah kajian dari University Northwestern pada tahun 2011 menunjukkan bahawa orang yang bangun pada awal pagi cenderung untuk mengambil sarapan yang lebih sihat dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih menawan.
Hal ini kerana, orang yang tidur lewat malam cenderung untuk mengambil lebih daripada 248 kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi sebanyak 2 kali ganda berbanding dengan mereka yang tidur awal dan bangun pagi.
#2 – Boleh membantu meningkatkan produktiviti
Ada sebuah kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya cenderung untuk bangun di awal pagi.
Pada mereka, apabila bangun awal pagi membolehkan mereka mempunyai masa yang lebih panjang yang boleh dihabiskan untuk mengerah idea dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang lama.
Hal inilah yang boleh membantu meningkatkan produktiviti kepada seseorang kerana jangka masa yang mereka ada lebih lama dan tidak dihabiskan kepada tidur atau perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dan sebuah kajian daripada Christoph Randler juga menyebut bahawa orang yang bangun awal pagi merupakan seorang yang boleh merancang masa dengan baik.
Ini kerana mereka mempunyai lebih banyak masa yang sepi (bersendirian dengan diri mereka sendiri) untuk menetapkan matlamat hidup dan merancang jadual harian mereka.
#3 – Menjadikan badan lebih sihat
Ramai yang gemar melakukan senaman pagi seperti berjoging atau senaman ringan lain kerana waktu-waktu lain kebanyakannya dihabiskan untuk melakukan rutin harian.
Justeru, orang yang bangun pagi juga mempunyai lebih banyak masa untuk bersenam. Senaman ini bukan sahaja boleh memberi kesihatan kepada kecergasan badan, tetapi juga kepada mood dan juga tenaga.
#4 – Membantu menstabilkan mood dan menjadi lebih gembira
Mengambil kajian daripada Christoph Randler lagi menyebut bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal pagi cenderung untuk mempunyai mood yang lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur.
Berbeza dengan mereka yang sering tidur pada lewat malam dan bangun lewat pagi kerana golongan ini lebih mudah mendapat tekanan dan pesimis (berfikiran negatif).
#5 – Membantu meningkatkan hubungan kerohanian dengan tuhan
Buat umat Islam, antara amalan yang boleh dilakukan ketika bangun pada awal pagi terutamanya sebelum Subuh adalah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat.
Waktu ini dinamakan sebagai qiamullal (bangun malam) dengan melakukan beberapa amalan sunat seperti solat sunat dua rakaat, membaca Al-Quran dan juga berzikir.
Pada waktu inilah merupakan waktu yang sesuai untuk bersendirian dengan Allah dan muhasabah kembali kehidupan atau berdoa meminta perkara yang dihajati.
Kesimpulan
Kita melihat amalan sunnah Rasulullah SAW adalah rajin bangun di awal pagi untuk bermunajat kepada Allah.
Uniknya, amalan ini mampu mendatangkan banyak kelebihan kepada kesihatan diri sendiri.
Oleh itu, perlahan-lahan tatih diri anda untuk bangun pada awal pagi bagi membantu diri anda menjadi lebih produktif bukan sahaja kepada aspek jasmani namun juga rohani.
Wallahu a’alam
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 5 Kelebihan Bangun Awal Pagi Untuk Kesihatan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/5-kelebihan-bangun-awal-pagi-untuk-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Joging Dan Bersenam Awal Pagi

Kelebihan Joging Dan Bersenam Awal Pagi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum dan salam hari minggu semua Hari ini baru berkesempatan nak buat larian long run setelah beberapa hari tertangguh dan ditangguh Well memang dah bersedia tidur awal semalam untuk bangun awal pagi ni untukjoging tapi hujan ren...
Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 272 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Kuching Dilanda Banjir Kilat Awal Pagi

Kuching Dilanda Banjir Kilat Awal Pagi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 232 hits
Afiezul Samit21 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Betong Kenawit dipindahkan susulan banjir Astro AWANI KUCHING Hujan luar biasa melebihi 14 jam menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu dinaiki air awal pagi tadi Ia bertambah buruk...
Dahsyatnya Keutamaan Bangun Pagi Sebelum Fajar Menurut Rasulullah Saw

Dahsyatnya Keutamaan Bangun Pagi Sebelum Fajar Menurut Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 559 hits
image muslimmatters org Pagi hari merupakan waktu jernih dalam mendayagunakan pikiran dan hati untuk beribadah kepada Allah SWT Setiap umat Islam tentu memiliki kewajiban yang harus ditunaikan di waktu tersebut yaitu menjalankan sholat Subu...
Bocoran Jadwal 5 Orang Sukses Dalam Sehari Emang Iya Semuanya Kurang Tidur Dan Bangun Pagi

Bocoran Jadwal 5 Orang Sukses Dalam Sehari Emang Iya Semuanya Kurang Tidur Dan Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 323 hits
Kira kira orang orang sukses ini lebih banyak kerjanya atau justru keluarga yang jadi nomor 1
Apa Status Kesihatan Hamzah

Apa Status Kesihatan Hamzah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 375 hits
Politik tiga Abdul belum selesai APA status kesihatan Hamzah dengar APA perkhabaran lokmanPapa gomo dan Lokman siapa yg dah mula lowered Sumbangan bulanan Dengar dan buat analisa sendiri
Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 444 hits
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid 19 Setiap masa Nazratul Adawiah Abdullah 31 berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim 7 sehingga ...
Biden Rombak Dasar Penjagaan Kesihatan Trump

Biden Rombak Dasar Penjagaan Kesihatan Trump

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 263 hits
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden mengambil langkah pertamanya dengan merombak dasar penjagaan kesihatan pentadbiran bekas presiden Donald Trump Jelasnya beliau menandatangani dua perintah eksekutif sebagai langkah memperbaiki kerosakan p...
Total Lockdown Kerajaan Kaji Kesan Kesihatan Dan Ekonomi Ismail Sabri

Total Lockdown Kerajaan Kaji Kesan Kesihatan Dan Ekonomi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 282 hits
Suasana suram tanpa pengunjung di Keramat Mall Kuala Lumpur berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak foto AFIQ HAMBALI KUALA LUMPUR Sebarang keputusan sama ada kerajaan akan memperketat atau ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean