5 Kek Gebu Dari Adriana Cakes House Kek Lobak Merahnya Memang Legend


Kepelbagaian bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek. Tak payah tunggu raya pun boleh aje buat kek ni. Kalau terlebih boleh aje simpan dalam peti sejuk. Jadi kalau ada tetamu tetiba datang ke rumah , bolehlah jamu kek sedap gebu ni.

Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House sudi berkongsi resipi kepada ‘followers’ RASA.
1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)240 gm gula halus180 gm minyak jagung2 biji telur saiz ABahan krim keju :
150 gm krim keju30 gm mentega tanpa garam60 gm gula aising10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasanCARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
5 biji telur gred A160 gm gula125 gm tepung gandum*1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)75 gm minyak jagung15 gm ovalet2 sudu makan susu segarBahan kastad :
1050 ml santan (200ml santan kotak + air)225 gm gula castor10 gm serbuk agar agarSedikit pewarna kuning100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)75 ml airSecubit garam400 gm ( 1tin jagung krim)CARA MEMASAK :
Kek :
1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
3. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad:
1. Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan whisk.
3. Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .
Cara buat lapisan kek jagung
1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
4. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
5. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
4 biji telur gred A180 gm gula kastor170 gm tepung kek | diayak2 sudu makan serbuk kacang pecan1 sudu teh serbuk penaik | diayak1 sudu makan ovalet50 ml minyak jagung1 sudu teh perisa badamBahan krim:
200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)Bahan Choc Ganache :
100 gm coklat masakan100 gm non dairy whipping cream1 sudu makan mentegaCARA MEMASAK :
Kek :
1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.
Coklat Ganache :
1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Menghias kek:
1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
2. Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)
Waktu memasak: 40 – 45 minit
Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
4. KEK TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
150gm tepung superfine | diayak150 gm gula kastor5 biji telur gred A1 sudu besar ovalet1 sudu teh serbuk penaik80 ml susu segar80 ml minyak jagung1 sudu teh perasa kopiBahan sirap kopi:
1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)¼ cawan air panas
* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopiBahan krim keju:
250 gm krim keju120 gm gula aising200 gm whipping cream150gm yogurt perasa asli20 gm gelatin80ml air panasCara membuat:
Kek :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
6. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Krim keju :
1. Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
2. Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.
Menghias kek:
1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi yang harum
INFO :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
5.KEK KEJU OREO
Bahan-bahan :
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya50 gm mentega | yang dicairkanBahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese200 gm non dairy whipping cream150 gm yogurt biasa50gm gula kastor15 gm gelatin 60 ml air panas 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasanCARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOU SE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/5-kek-gebu-dari-adriana-cakes-house-kek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut 6 Tips Mudah Ini Untuk Kek Marble Cantik Gebu Lembut Dan Sedap

Ikut 6 Tips Mudah Ini Untuk Kek Marble Cantik Gebu Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1146 hits
Ikut 6 Tips Mudah Ini Untuk Kek Marble Cantik Gebu Lembut Dan Sedap Salam semua entri ini dah kena edit balik sebab view pun agak tinggi juga Kalau view tinggi tu maknanya ada yang cari tips dan teknik dalam membuat kek marble Mungkin merek...
Memang Patut Ramai Yang Pilih Qistina Homestay Baling Sampai Artis Pun Datang

Memang Patut Ramai Yang Pilih Qistina Homestay Baling Sampai Artis Pun Datang

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 354 hits
QISTINA HOMESTAY BALING Village classic house with entire big Master bedrooms fully furnished Second rooms with single bed Air conditioner at Master bedroom n second bedroom HOMESTAY FACILITIES King Bed and double Dec at master room Single ...
Kuih Lapis Coklat Pandan Memang Layan

Kuih Lapis Coklat Pandan Memang Layan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 476 hits
Bila petang macam gini pasti mulut rasa nak mengunyah yang manis Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka Boleh layan makan gabungan pandan dan coklat memang harum jer Bolehlah cuba nanti KUIH LAPIS COKLAT P...
Pelik Dia Memang Suka Memanjat Kelibat Lembaga Hitam Atas Pokok Terbongkar Quot Satu Malaysia Kena Tipu Quot

Pelik Dia Memang Suka Memanjat Kelibat Lembaga Hitam Atas Pokok Terbongkar Quot Satu Malaysia Kena Tipu Quot

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 750 hits
MISTERI rakaman video entiti menyerupai seorang wanita berambut panjang melakukan beberapa pergerakan berdiri di puncak rimbunan pokok akhirnya terjawab Lembaga hitam dalam video berdurasi 30 saat yang menggemparkan itu sebenarnya bukanlah ...
Mahfud Didesak Mundur Jika Tak Bisa Urus Perppu Kpk Memang Icw Itu Siapa

Mahfud Didesak Mundur Jika Tak Bisa Urus Perppu Kpk Memang Icw Itu Siapa

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 142 hits
Mahfud juga menanggapi desakan mundur dari ICW jika tidak bisa mendesak Presiden menerbitkan Perppu KPK Mahfud kembali membalas dengan guyonan
7 Bukti Bahwa Kamu Memang Terlalu Nyaman Sendiri Sebuah Alasan Mengapa Status Jomblomu Tak Segera Berganti

7 Bukti Bahwa Kamu Memang Terlalu Nyaman Sendiri Sebuah Alasan Mengapa Status Jomblomu Tak Segera Berganti

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 180 hits
Kamu tetap bahagia meski masih sendiri Kalaupun sekarang belum punya pasangan mungkin kamu memang belum benar benar membutuhkan
Teluk Sengat Memang Menyengat

Teluk Sengat Memang Menyengat

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 539 hits
Sebuah pekan kecil tetapi amat mempesona dan indah Pekan Teluk Sengat terletak di daerah Kota Tinggi lokasinya lebih kurang 70 km dari bandaraya Johor Bahru dan 40 km dari bandar Kota Tinggi Kedudukannya yang strategik terletak di muara Sun...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih