5 Keburukan Guna Air Fryer
Kegunaan air fryer yang paling best adalah goreng nugget, ayam, fries, dan masak burnt cheese cake. Mana tidaknya, anda boleh menggoreng tanpa menggunakan minyak. Hasilnya, makanan lebih berkhasiat. Malah ia amat mudah untuk digunakan.
Walau bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya apakah keburukan guna air fryer? Adakah ia menjejaskan rasa makanan atau membahayakan kesihatan?
Pertama sekali anda harus tahu yang air fryer memasak makanan menggunakan udara panas. Kipas mekanikal mengalirkan udara panas ke sekitar makanan. Jadi, hasilnya sama seperti makanan yang digoreng menggunakan minyak.
Jika bercakap soal keburukan, setakat ini tiada bukti saintifik yang menunjukkan yang air fryer tu tidak selamat. Tetapi ia lebih terarah kepada kekurangan.
1. Perlu dipanaskan terlebih dahulu
Sama seperti minyak masak dan ketuhar, air fryer juga harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika tidak makanan tak dapat dimasak mengikut suhu dan masa yang ditetapkan.
Artikel berkaitan:
+ 8 Jenama Air Fryer Terbaik Malaysia 2021
+ Pengalaman Beli Barang di Hermo
+ Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap
+ Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap
2. Perlu terbalikkan makanan
Ini adalah salah satu kelemahan / keburukan air fryer yang paling ketara. Makanan bergoreng haruslan diterbalikkan atau flip supaya makanan masak dengan sekata.
Tidak kiralah berapa ketinggian suhu atau masa yang ditetapkan.
3. Tidak boleh masak dengan kuantiti banyak dalam satu masa
Ini adalah kesilapan yang sering dilakukan. Biarpun kapasiti air fryer anda sebesar 3.5 liter, jangan masukkan makanan terlalu banyak. Harus diingat yang air fryer hanya menggunakan udara panas sahaja.
Udara tida dapat bergerak dengan sempurna sekiranya makanan terlalu padat. Ini membuatkan makanan tidak masak dengan sekata. Melalui pengalaman saya guna air fryer, masak dengan kuantiti yang banyak makan masa sekitar 30 minit!
4. Tidak sesuai untuk jamuan / keluarga besar
Memandangkan kapasiti makanan yang boleh di masak dengan air fryer amat terhad, maka ia tidak sesuai digunakan untuk jamuan atau makan besar.
Anda perlu memasak beberapa kali dan bakal memakan masa yang lama. Oleh itu, menggoreng dengan dapur gas dan minyak lebih efisyen.
5. Tidak semua makanan boleh dimasak dengan air fryer
Biarpun ia dapat mengurangkan kolestrol dan mudah digunakan, harus diingat yang tidak semua makanan boleh dimasak menggunakan air fryer.
There are few things you SHOULD NEVER COOK WITH AIR FRYER. Sayuran berdaun seperti bayam dan sawi bukan sahaja tidak dapat masak dengan sekata malah bakal hangus dengan udara panas.
Seekor ayam panggang/roast chicken tidak digalakkan dimasak dengan air fryer kerana khuatir ia tidak dapat dimasak dengan sekata. Bahkan ia bakal memakan masa yang lama. Masak dengan over lebih efisyen. Nah, itulah perbezaan air fryer dan oven.
Jenama air fryer terbaik
Russell Taylors Air Fryer
Airfryer paling popular di Shopee dengan lebih 24 ribu unit telah terjual. Jenama Russell Taylors ni pun tidak kurang hebatnya, cukup sinonim dalam kategori perkakasan dapur. Boleh set masa dan anda juga diberi guideline tentang cara dan tempoh masakan. Model ini mendapat kelulusan dari Sirim.
Harga: RM249
Beli di sini: https://invol.co/cl5k15g
Khind ARF26 Air Fryer 3.5L
Amat berkualiti dan menjalankan tugasan memanaskan masakan dengan baik. Makanan masak sempurna mengikut masa yang ditetapkan. Air fryer ini jimat elektrik tau. Ia dimatikan secara automatik selepas 60 minit.
Harga: RM176
Beli di sini: https://invol.co/cl5k0sf
Semoga artikel keburukan guna air fryer ni dapat memberi panduan kepada anda sebelum beli air fryer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nikkhazami.com/2021/09/keburukan-guna-air-fryer.html