5 Harta Karun Yang Belum Ditemui
Alangkah bertuahnya jika anda dapat menemui harta karun yang banyak. Sebenarnya istilah harta karun ini bukannya baru. Ada antara kisah penemuan harta karun di filemkan dan ada juga dibukukan dalam bentuk buku cerita.
Semuanya menarik minat pencari harta karun dan orang kebanyakan. Pada entri ini ingin admin kongkikan 5 harta karun yang belum di temui.
1. Harta tamadun Inca di Lima
Semasa penjajah Sepanyol menggulingkan tamadun Inca mereka telah menawan pusat pemerintahan Inca.
Semua barang berharga kepunyaan maharajanya telah di rampas dan harta rampasanya telah disimpan di Sepanyol sehingga tahun 1820.
Gerakan revolusi di Lima memaksa penjajah sepanyol mengundur diri dan pegawai British ditugaskan untuk mejaga harta kaarun tersebut
Sebaliknya pegawai British tersebut telah membunuh pegawai sepanyol dan menanam harta tersebut di pulau Cocos.
Harta karun ini dianggarkan bernilai kira-kira USD 200 juta dan lokasi sebenar harta ini tidak diketauhi sehingga hari ini.
2. Kapal yang penuh dengan emas dari San Miquel
Pada tahun 1712, Sepanyol berjaya mendapatkan 11 kapal yang penuh dengan emas perak dan permata dari San Miguel.
Harta karun itu bernilai kira-kira USD 2 Billion. Untuk mengelakkan ribut, kapal-kapal itu diarahkan berlayar meninggalkan Cuba secepat yang mungkin.
Namun kesemua kapal itu tenggelam dipukul ombak besar semasa menuju ke Sepanyol. Ada para penyelidik telah menemui 7 daripada 11 kapal tersebut. Apa yang ditemui hanya sedikit harta sahaja.
3. Harta karun Black beard
Black beard merupakan lanun yang terkenal dan selama bertahun-tahun telah merompak kapal-kapal pedagang.
Salah satu daripada rompakanya Blackbeard telah menemui sejumlah syiling emas yang banyak.
Blackbeard mati apabila kapalnya karam di Beaufort ,North Carolina, Amerika Syarikat.
Bingkai kapalnya telah ditemui namun tidak ditemui sebarang pun harta karun di bangkai kapal lanun tersebut.
Ramai yang percaya harta karun tersebut masih ada diluar sana.
4. Emas Leon Trabuco
Seorang Jutawan Mexico yakin yang dia akan dapat mengaut keuntungan berlipat ganda daripada keadaan ekonomi yang merundum di Amerika Syarikat pada tahun 1930.
Trabaco telah membeli 16 tan emas untuk diseludup ke Amerika Syarikat. Yang Malangnya Akta baru tahun 1934 yang mengharamkan pemilikan persendirian emas telah digubal.
Ini telah mengecewakan Trabuco dan lokasi emas itu menjadi rahsia walaupun selepas kematianya
5. Pungguk emas di Perancis
Kejadian ini Berlaku pada 1993. Pereka pencarian harta karun terkenal Regis Hauser telah menyembunyikan pungguk emas tersebut di sekitar rumah agam yang terletak di desa Perancis.
Dia menawarkan hadiah 1 juta francs kepada yang berjaya menemuinya. 11 petunjuk telah diberi kepada pencari burung pungguk emas tersebut.
Hauser telah mati pada 2009 dan lokasi sebenar pungguk tersebut masih menjadi rahsia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaokofee.blogspot.com/2018/09/5-harta-karun-yang-belum-ditemui.html