5 Great Malaysian Dishes And Where To Eat
Kengkadang teringin nak makan sesuatu tapi di masa yang tak menentu. Kadangkala teringin tu waktu rasa tak sihat atau tak sempat membeli barang dapur.Waktu itu pula hanya rasa nak lepak-lepak depan tv tengok filem atau rancangan kegemaran. Malas yang amat nak keluar menempuh jalan raya untuk ke tempat makan atau ke pasaraya. Keinginannya lepak dan bermalasan di rumah saja. Food delivery lah jawabnya... huhu
5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat
Apa nak kisah, Foodpanda kan ada @ https://www.foodpanda.my/ jer! Klik-klik di hujung jari lepas tu tunggu rider Foodpanda sampai di muka pintu. Boleh pilih daripada berpuluh dan beratus makanan terbaik Malaysia. Senang sangat nak membuat tempahan food delivery ni. Tanpa perlu bersusah payah. Hanya perlu pastikan duit ada di akaun bank dan data internet yang laju.... haihh
Apa saja makanan terbaik dan tersedap rakyat Malaysia boleh di tempah dengan food delivery oleh Foodpanda ini. Ada nasi lemak, roti canai, nasi kandar, nasi kerabu, satay, cendol, asam pedas, rojak, rendang dan bermacam-macam lagi variasi makanan Malaysia yang sedap-sedap belaka. Sebagai anak Malaysia, sudah tentu sangat mencintai makanan Malaysia juga, tekak dah sebati lah katakan....
Di sini di senaraikan 5 makanan terbaik Malaysia dan pastinya tersedap di tekak rakyat Malaysia yang boleh di pilih untuk membuat tempahan dengan Food delivery oleh Foodpanda ini. Di jamin rasanya lazat tak terkira dan servis yang sangat berbaloi dan puashati. Apatah lagi di tambah dengan pelbagai promosi yang di tawarkan oleh Foodpanda itu
5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat
- 1 - NASI LEMAK
Kalau tak kenal dan tak pernah makan nasi lemak, dia bukan orang Malaysia lah tu.. kan! Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Itulah yang di definisikan tentang nasi lemak
Gerai Nasi Lemak Buluh Abe
Gerai Nasi Lemak Abe
Alamat:G 01, Gerai Sementara Suk, Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40100 Shah Alam
Link Foodpanda delivery : https://www.foodpanda.my/restaurant/q5sl/gerai-nasi-lemak-buluh-abe
*Boleh buat pilihan samaada nak set nasi lemak ayam goreng rempah, nasi lemak daging rendang, nasi lemak paru sambal dan nasi lemak telur mata
- 2 - ROTI CANAI
Ia adalah makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia daro pelbagai kaum yang berbeza. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Roti canai di katakan berasal dari India tapi di sana ia lebih di kenali sebagai roti pratha.
Restoran Sri Shazz
Restoran Sri Shazz
Alamat:No. 3, Jalan Timun 24/C Seksyen 24,, 40300 Shah Alam
Link Foodpanda delivery; https://www.foodpanda.my/restaurant/o7cu/restoran-sri-shazz
*Pilihan yang ada untuk roti canai adalah roti canai biasa, roti telur, roti bawang, roti kaya, roti planta, roti salud, roti milo, roti cheese dan roti sardin.
- 3 - SATAY
Sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Di hidangkan bersama kuah kacang, ketupat atau nasi impit serta timun. Ia adalah makanan di seluruh kepulauan Melayu malah telah di kenali di seluruh dunia
Satay Nurul 17
Satay Nurul 17
Alamat:No G-13, Jalan Jenulung 17/21 , Seksyen 17, 40200 Shah Alam
Link Foodpanda delivery: https://www.foodpanda.my/restaurant/r6xl/satay-nurul-17
*Ada dua pilihan set iaitu satay ayam dan satay daging. Terdiri dari 10 cucuk satay, nasi impit, timun dan kuah kacang. Boleh juga buat pilihan 1 persatu. Selain itu food delivery ini di buka hanya di waktu malam dalam pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam saja
- 4 - KARI KEPALA IKAN
Kepala ikan yang besar dimasak dalam kari gaya Kerala dengan sayur-sayuran yang pelbagai seperti bendi dan terung. Ia biasanya dihidangkan dengan sama ada nasi atau roti, atau sebagai hidangan yang dikongsi bersama kawan atau keluarga. Makanan variasi hidangan India Selatan dan masyarakat majmuk Malaysia ini di terima dan di anggap makanan istimewa dengan harganya yang boleh tahan juga. Apapun yang penting rasanya yang sedap dan lazat
Don Kari Kepala Ikan Shah Alam
Don Kari Kepala Ikan Shah Alam
Alamat:Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam
Link Foodpanda delivery: https://www.foodpanda.my/restaurant/n2cc/don-kari-kepala-ikan-shah-alam
*Set pilihan ikan jenahak atau ikan kerapu untuk beberapa orang makan dan boleh beli juga hanya gulai ikan saja
- 5 - CENDOL
Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera yang di kehendaki. Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia
Salim Cendol
Salim Cendol
Alamat: Jalan Pinang B18/B, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam
Link Foodpanda delivery: https://www.foodpanda.my/restaurant/o8gz/salim-cendol
*Ada cendol biasa dan cendol pulut. Kalau nak order set family yang sesuai untuk makan satu family juga di sediakan.
Haaa, inilah 5 makanan terbaik Malaysia yang jadi pilihan aku dengan Foodpanda Malaysia delivery. Oleh kerana aku tinggal di kawasan Shah Alam jadi pilihan aku adalah restoran dan kedai makan berdekatan dengan rumah. Sebenarnya di mana jua korang tinggal di seluruh Malaysia ini, ada saja makanan yang sama dan serupa. Korang hanya perlu buat pilihan dan klik-klik saja di telefon bimbit masing-masing... gittew!
p/s: Laparlah belek-belek apps foodpanda ni... Jom order... hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/02/5-great-malaysian-dishes-and-where-to-eat.html