5 Gaya Hidup Orang Jepun Yang Sangat Teruk Untuk Dicontohi


Tidak dapat dinafikan, Jepun mempunyai banyak budaya dan adat yang unik, serta berupaya mendidik orang ramai dengan cara yang tidak formal malah boleh berlaku secara semulajadi namun, pernahkah anda terfikir selain daripada budaya positif, adakah budaya negatif masyarakat Jepun yang tidak sesuai untuk dijadikan panduan moral masyarakat kita? Ada.

Gambar hiasan

Ini 5 budaya dan gaya hidup yang kami rasakan sangat tidak sesuai namun diamalkan oleh masyarakat Jepun.

1. Layanan terhadap banduan hukuman mati

Dalam sistem Jepun, wujud perbezaan di antara banduan biasa dan banduan yang sudah disahkan bakal berdepan hukuman mati.

Mereka yang bakal dihukum, akan diasingkan dalam penjara-penjara khas di lokasi berbeza yang digelar pusat tahanan.

Segala hal ehwal kebajikan mereka di situ, hanya bergantung kepada budi bicara pengelola pusat tahanan. Semua tahanan tidak diberikan kebebasan seperti banduan biasa dan dilarang berbual sesama mereka.

Setiap banduan hukuman mati hanya dibenarkan keluar beriadah dua kali seminggu serta tidak dibenarkan bersenam dalam penjara sendiri. Tidak ada televisyen dibenarkan dan hanya 3 buku dibenarkan dalam simpanan mereka.

Apa yang menyedihkan, banduan hukuman mati tidak mengetahui tarikh akhir mereka. Selepas kelulusan hukuman dikeluarkan, hukuman wajib diselesaikan dalam tempoh 5 hari.

Setiap banduan hanya akan mengetahui bila mereka akan digantung pada awal pagi hari hukumannya dan diberikan makanan terakhir.

Selepas selesai hukuman, barulah waris akan diberitahu hukuman sudah dijalankan.

2. Pecat pekerja dengan cara menyeksa jiwa

Di Jepun, syarikat-syarikat yang menggajikan pekerja berhadapan kesukaran undang-undang untuk membuang pekerja yang bermasalah.

Mereka mungkin akan disiasat atas pemecatan pekerja tersebut atau perlu melangsaikan pampasan pada kadar yang tinggi.

Bagi memastikan pekerja itu berjaya dipecat, kebanyakan syarikat di Jepun mencipta sebuah bilik khas untuk menempatkan pekerja ini.

Jangan terkejut, syarikat gergasi seperti Hitachi, Sony dan Panasonic turut sama mengamalkan amalan ini!

Pekerja yang ingin dibuang akan ditempatkan dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah komputer beserta kerusi dan meja, dengan komputer tersebut biasanya mengandungi perisian ringkas.

Pekerja itu akan diberikan kerja-kerja leceh seperti perlu memeriksa video CCTV berjam-jam lamanya atau melakukan kemasukan data, sehinggalah mereka sendiri tidak tahan dan mohon berhenti.

Ada juga yang diwajibkan menonton skrin bagi mencari keganjilan dalam rancangan televisyen.

Panasonic misalnya, menubuhkan divisyen khas 'Business and Human Resources Development Center' bagi menempatkan golongan ini.

Daripada 450 orang yang diletakkan dalam divisyen tersebut, 35 orang berhenti selepas tidak tahan dan 29 lagi minta ditukarkan secara suka rela.

3. Gila pachinko

Pachinko adalah sebuah mesin di mana pemain perlu memasukkan bola ke dalam sasaran.

Siapa berjaya akan mendapat lebih banyak bola yang boleh ditukarkan kepada hadiah di pusat permainan.

Sekiranya pemain berjaya mendapat tiga simbol serupa pada mesin, 10,000 biji bola akan dihadiahkan kepada pemain.

Terdapat tiga tahap mesin pachinko, Hanemono, murah tetapi hadiahnya biasa-biasa saja. Deji-Pachi pula, mesin pachinko dalam versi elektronik yang lebih moden dan bagi mereka yang benar-benar serius bermain pachinko, mereka biasanya bermain di mesin yang digelar Kenrimono, yang mempunyai peraturan tertentu untuk menang.

Walaupun begitu, ramai orang sebenarnya bermain pachinko untuk berjudi walaupun realitinya, judi merupakan satu jenayah di Jepun.

Selepas mengumpulkan bola-bola yang dimenangi dengan hadiah, pemain kebiasaannya akan menukarkan hadiah itu kepada duit di kaunter-kaunter tersembunyi yang dibuka di bahagian belakang kedai pachinko.

4. Hikikomori

Golongan anak muda gemar mengasingkan diri mereka di dalam bilik, kerap berlaku di mana-mana.

Bagaimanapun, di Jepun tabiat itu menjadi satu fenomena yang membimbangkan.

Hikikomori membawa maksud 'memencilkan diri' sering menjadi pilihan anak muda Jepun, dengan anggaran lebih 700 ribu orang anak muda Jepun menyembunyikan diri mereka dalam bilik. Purata umur mereka 31 tahun.

Kes-kes yang diklasifikasikan sebagai hikikomori memerlukan seseorang memencilkan diri selama sekurang-sekurangnya 6 bulan dan tempoh tersebut bukanlah sesuatu yang jarang didengari.

Ada yang senyap bertahun-tahun lamanya, duduk seorang diri jauh daripada hidup bermasyarakat.

Kebanyakan kes hikikomori berpunca daripada masalah yang dihadapi individu itu, menyalahkan diri sendiri atas sesuatu kejadian yang berlaku.

Masalah tekanan pendidikan di Jepun yang terlalu mementingkan kedudukan dan persaingan juga menjadi antara penyebab masalah ini terus berleluasa.

5. Kodokushi

Sekiranya hikikomori memilih untuk memencilkan diri, kodokushi pula adalah fenomena mati sendirian yang kerap berlaku di Jepun, tak kiralah melibatkan orang tua ataupun anak muda.

Statistiknya juga semakin meningkat, dengan jumlah kes menaik melibatkan semakin banyak golongan tahun ke tahun.

Dalam tahun 2005, dianggarkan hampir 5 peratus pengebumian jenazah melibatkan individu kodokushi.

Fenomena ini dikatakan berlaku disebabkan oleh perubahan sistem hidup masyarakat Jepun yang kini tidak lagi hidup bersama, walaupun tinggal satu keluarga.

Warga tua yang ditinggalkan anak-anak sendirian terpaksa berseorangan menempuh hidup dan akhirnya meninggal dunia sendiri tanpa diketahui.

Dalam satu kes pada tahun 2000, seorang warga tua telah meninggal dunia, hanya ditemui selepas 3 tahun.

Itupun kerana baki wang dalam akaunnya tidak lagi mencukupi dan pemotongan khidmat utiliti air dan elektrik perlu dijalankan.

Yang menjadi isu sekarang, fenomena ini mula melibatkan orang muda dan pada tahun 2017, dilaporkan bahawa jumlah kes kodokushi melibatkan orang muda semakin tinggi, dengan 238 kes dilaporkan pada tahun 2015 melibatkan individu berusia 20-an dan 30-an. 80 peratus daripadanya melibatkan individu lelaki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang JepunHafu, Golongan Darah Campur Yang Dianggap Hina Di Jepun
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/gaya-hidup-orang-jepun-yang-teruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bidan Setan Jepun Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang Hidup Susah

Bidan Setan Jepun Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang Hidup Susah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 466 hits
Harini admin nak cerita pasal Miyuki Ishikawa juga dikenali sebagai bidan setan yang membunuh sekurang kurangnya 103 bayi baru lahir dengan alasan untuk selamatkan dorang daripada kesengsaraan dan kemiskinan Zaman kesusahan Jepun Pada tahun...
Pegawai Honorer Samsat Gelapkan Uang Rp 2 1 M Demi Gaya Hidup Suami Jadi Korban

Pegawai Honorer Samsat Gelapkan Uang Rp 2 1 M Demi Gaya Hidup Suami Jadi Korban

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 166 hits
Seoraang pegawai honorer Samsat menggelapkan uang Rp 2 1 miliar bahkan suami ikut menjadi korban Sekilas tak ada yang menyangka jika wanita yang sehari hari berprofesi sebagai pegawai honorer Samsat ini bisa menggelapkan uang Rp 2 1 miliar ...
Kenapa Jepun Sayang Sangat Pada Dr Mahathir

Kenapa Jepun Sayang Sangat Pada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 320 hits
Yang pinjam dengan Jepun dulu PM 4 Selepas 1998 Jepun juga meminjamkan yang berikut kepada kerajaan Dr Mahathir 2002Projek Pemindahan Air Mentah Pahang Selangor82 bilion Yen bersamaan RM3 32 bilion 1999Projek Loji Kuasa Hidroelektrik Kenyir...
Blog Yang Sangat Lama Tak Di Update

Blog Yang Sangat Lama Tak Di Update

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 286 hits
Harini 24 Ogos 2019 Lama dah tak menulis di sini sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana aduhai ini lah blog pertama yang masih kekal wujud di alam maya ini Walaupun tidak banyak kisah kehidupan di sini sebab objektif asal adalah u...
Kisah Lucu Bergambar Dengan Awek Jepun

Kisah Lucu Bergambar Dengan Awek Jepun

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 906 hits
Bergambar dengan awek Jepun Hai Minggu ni dua kali aku masuk ke Singapore sampaikan member aku tertanya tanya aku mintak kerja ke apa kat sana HahaOK Dipendekkkan cerita semalam semasa dalam perjalanan pulang nak pergi ke stesen monorel kit...
Kalau Hebat Sangat Pergilah Berniaga Di Afghanistan Mat Sabu

Kalau Hebat Sangat Pergilah Berniaga Di Afghanistan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 304 hits
23 Ogos 2019 9 59 PM SUNGAI PETANI Menteri Pertahanan Mohamad Sabu secara sinis mencabar ahli ahli perniagaan Malaysia yang berasa diri mereka hebat agar berniaga di Afghanistan untu
Beza Sangat Sofea Jane Yang Dulu Sangat Cantik Tapi Sekarang

Beza Sangat Sofea Jane Yang Dulu Sangat Cantik Tapi Sekarang

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 862 hits
Datin Sofia Jane ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London United Kingdom Beza sangat Sofea Jane Yang Dulu Sangat Cantik Tapi Sekarang
Kajian Projek Terowong Dasar Laut Sangat Perlahan Najib Persoal Kerajaan Pulau Pinang

Kajian Projek Terowong Dasar Laut Sangat Perlahan Najib Persoal Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 494 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow membabitkan isu kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut yang menurutnya kini di peringkat 90 siap Najib berkata kajian k...
Sangat Membimbangkan Ini Yang Bakal Terjadi Sekiranya Hutan Hujan Amazon Musnah Sepenuhnya

Sangat Membimbangkan Ini Yang Bakal Terjadi Sekiranya Hutan Hujan Amazon Musnah Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 377 hits
Seperti sedia maklum Hutan Hujan Amazon yang terletak di benua Amerika Selatan sedang nazak berikutan kebakaran yang berlaku dipercayai sejak 15 Ogos yang lalu Pelbagai usaha sedang giat diperjalankan dalam misi menyelamatkan hutan hujan tr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut