Sangat Membimbangkan Ini Yang Bakal Terjadi Sekiranya Hutan Hujan Amazon Musnah Sepenuhnya


Seperti sedia maklum, Hutan Hujan Amazon  yang terletak di benua Amerika Selatan sedang ‘nazak’ berikutan kebakaran yang berlaku dipercayai sejak 15 Ogos yang lalu. Pelbagai usaha sedang giat diperjalankan dalam misi menyelamatkan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia itu.
Walau bagaimanapun, kebakaran Hutan Hujan Amazon ini sangat membimbangkan komuniti dunia berikutan terdapat pelbagai kepentingannya terhadap semua kehidupan di atas muka Bumi ini. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana dengan kehidupan di dunia sekiranya Hutan Hujan Amazon musnah sepenuhnya akibat kebakaran tersebut?
Taburan hujan
Menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2012, Amazon dikatakan bertanggungjawab untuk membawa hujan kepada kawasan sekitarnya. Namun begitu, disebabkan penebangan di hutan tersebut semakin berleluasa, ianya dapat mengurangkan taburan hujan di rantau yang luas. Situasi ini pastinya menjadi lebih parah berikutan Hutan Hujan Amazon sedang terbakar dan memusnahkan banyak pokok di situ.
Gambar: JPL-NASA Peningkatan Kemarau
Berikutan kekurangan hujan, sudah pastinya kemarau akan melanda sehingga boleh menjejaskan semua kehidupan di atas muka Bumi ini. Kemarau yang melanda boleh menyebabkan kekurangan air untuk diminum dan urusan seharian. Tambahan lagi, sektor pertanian juga pastinya akan terjejas kerana sumber air yang terbatas. Situasi ini akan menjadi lebih parah apabila semakin banyak pokok-pokok yang mati sehingga boleh menyebabkan bekalan makanan dan minuman terjejas.
Lebih banyak gas rumah hijau
Kemusnahan pokok-pokok terutamanya di Hutan Hujan Amazon ini juga akan meningkat jumlah gas rumah hijau. Kesan daripada itu, suhu sekitar akan meningkat dan menyebabkan situasi pemanasan yang agak teruk. Kemusnahan yang di alami oleh hutan tersebut akan menyebabkan pelepasan karbon dioksida meningkat dan secara tidak langsung akan membuatkan lebih ramai orang menderita. Kualiti udara akan menjadi lebih buruk dan suhu global yang meningkat sehingga boleh menyebabkan kepanasan yang melampau.
Gambar: Sky News Lebih banyak banjir
Walaupun sedia maklum bahawa kemusnahan Hutan Hujan Amazon boleh menyebabkan pengurangan hujan, namun ianya lebih parah sekiranya hujan lebat turun. Perkara ini kerana hujan yang turun boleh menyebabkan bencana banjir dan secara tidak langsung akan menjejaskan komuniti manusia dan ekosistem sekitar. Lambakan pokok-pokok yang telah musnah pula akan lebih merumitkan situasi ini kerana air hujan boleh mengalir dengan laju sehingga menyebabkan banjir.
Kehilangan biodiversiti
Seperti sedia maklum, hutan tersebut didiami oleh pelbagai jenis kehidupan seperti tumbuhan dan juga haiwan. Kemusnahan hutan berkenaan sudah pastinya menjejaskan kehidupan ini dan secara tidak langsung memberi kesan kepada komuniti manusia. Perkara ini lebih rumit kerana hutan ini turut didiami oleh haiwan terancam dan hampir pupus. Kemusnahan hutan ini pastinya akan turut melenyapkan kewujudan haiwan yang hampir pupus di atas Bumi ini.
Gambar: Chimu Adventures Jejaskan bidang perubatan
Kehidupan lain seperti tumbuhan dan haiwan ternyata turut memberi manfaat kepada komuniti manusia terutamanya di dalam bidang perubatan. Perkara ini kerana dikatakan 90% daripada penyakit manusia boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang berasal dari elemen-elemen alam. Antaranya ialah pokok-pokok yang mempunyai khasiat dan bisa ular dan kebanyakannya terdapat di dalam Hutan Hujan Amazon. Namun, sekiranya hutan ini musnah, pastinya terdapat pelbagai penawar kepada penyakit tidak dapat ditemukan lagi.
Menambahkan kebakaran
Disebabkan kemusnahan pokok yang menyebabkan pengurangan hujan, kemarau yang melanda berpotensi untuk menyebabkan peningkatan kebakaran yang lebih besar dari sebelumnya. Kebakaran tersebut juga boleh berlaku dengan lebih lama kerana keadaan suhu yang tinggi. Implikasi dari kebakaran tersebut, lebih banyak karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi suhu.
Gambar: Daily Express Tempat tinggal musnah
Hutan Hujan Amazon bukan sahaja didiami oleh tumbuhan dan haiwan, namun turut dihuni oleh golongan orang Asli. Kehidupan mereka di dalam hutan ini bergantung sepenuhnya terhadap hasil hutan terutamanya di dalam sumber makanan. Kemusnahan hutan ini sudah pastinya akan menyekat bekalan makanan mereka dan lebih teruk bakal menjejaskan  penempatan mereka.
Sumber: Reader’s Digest


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/27/sangat-membimbangkan-ini-yang-bakal-terjadi-sekiranya-hutan-hujan-amazon-musnah-sepenuhnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Hutan Hujan Amazon Beri Kesan Buruk Pada Iklim Bumi

Kebakaran Hutan Hujan Amazon Beri Kesan Buruk Pada Iklim Bumi

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 352 hits
Saintis memberi amaran kebakaran hutan hujan Amazon di Brazil menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim Ini kerana hutan hujan Amazon yang dianggap paru paru bumi memainkan peranan sangat penting dalam melambatkan pem...
Sedang Nazak Ini 7 Fakta Menarik Kenapa Hutan Hujan Amazon Amat Penting Kepada Manusia

Sedang Nazak Ini 7 Fakta Menarik Kenapa Hutan Hujan Amazon Amat Penting Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 303 hits
Dunia ketika ini sudahpun sedia maklum bahawa Hutan Hujan Amazon yang terletak di benua Amerika Selatan sedang menghadapi krisis dimana ia sedang terbakar dipercayai sejak 15 Ogos lagi Menurut laporan media antarabangsa kebakaran yang sedan...
Viral Gambar Air Hujan Bertukar Hitam Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar

Viral Gambar Air Hujan Bertukar Hitam Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 645 hits
Kebakaran Amazon merupakan tragedi besar pada bumi Digelar Paru paru Bumi hutan hujan tropika terbesar di dunia ini membekalkan 20 peratus oksigen kepada atmosfera untuk melambatkan perubahan iklim dunia Menurut Institut Penyelidikan Angkas...
Amazon Disebut Bakal Tanamkan Modal Di Go Jek

Amazon Disebut Bakal Tanamkan Modal Di Go Jek

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 213 hits
Perusahaan elektronik asal Amerika Serikat Amazon com Inc berencana untuk menanamkan modal di salah satu startup besar di Indonesia yakni Go Jek Investasi ini tengah dalam pembicaraan sehingga belum diketahui jumlah investasi yang akan dita...
Anggota Dpr Kerugian Akibat Kebakaran Hutan Sangat Besar Perlu Cepat Ditangani

Anggota Dpr Kerugian Akibat Kebakaran Hutan Sangat Besar Perlu Cepat Ditangani

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 218 hits
Berdasarkan data dari AirVisual Air Quality Index Jakarta berada di 246 alias kategori sangat tidak sehat Mestinya pemerintah melakukan langkah antisipasi dengan Smooth potential indicators Air quality indicators dan humidity detector
Kebakaran Hutan Amazon Tahun Ini Disebut Terparah Dalam Sejarah

Kebakaran Hutan Amazon Tahun Ini Disebut Terparah Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 290 hits
Kebakaran yang terjadi di hutan hujan Amazon Brasil tahun ini disebut yang terparah sejak 2013 Para ilmuwan memperingatkan hal ini bisa menjadi pukulan telak dalam bagi upaya melawan perubahan iklim
Hutan Amazon Alami Kebakaran Besar Asap Boleh Dilihat Hingga Ke Ruang Angkasa

Hutan Amazon Alami Kebakaran Besar Asap Boleh Dilihat Hingga Ke Ruang Angkasa

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 513 hits
Dikatakan bahawa lebih dari 21 000 batu persegi hutan telah musnah dijilat api di bulan ini Insiden tersebut justeru menjadikan Rusia sebagai pemegang rekod terburuk untuk kebakaran hutan Asap dari kebakaran ini menyelubungi sebahagian besa...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn