5 Cara Untuk Menjadi Instafamous
Memandangkan sekarang ni social media bukan saja menjadi platform untuk kita berhubung dengan orang lain tapi kita juga boleh jana pendapatan melalui social media. Tak perlu jual barang promote sana sini, hanya perlu post saja aktiviti harian kita dah boleh dapat 30 ribu sebulan! Wow sangat kan, siapa je yang tak nak, up gambar atau video tak sampai 1 minit setiap hari dah boleh beribu. Memang ramai lah anak muda sekarang berebut nak jadi instafamous. Jadi kat sini kita bagi 5 cara yang boleh anda lakukan untuk menjadi instafamous.
1) Share Bakat Anda Di Instagram
Kalau anda ada bakat tersembunyi boleh la rebut peluang ni untuk share bakat anda di Instagram. Tak kisah lah bakat apa pun sebab kita tak tahu sekecil bakat yang kita ada tu boleh membuatkan kita jadi instafamous. Cover lagu yang tengah hot, menyanyi ikut kumpulan K-pop, melukis komik, boleh cakap bahasa ketiga, reti memasak atau makeup, pandai membuat origami dan mahir dalam dunia photography dan videography juga antara bakat yang boleh membuatkan anda menjadi instafamous.
2) Share Gambar Dan Itinerary Travel
Trend zaman sekarang ni, kalau pergi travel bukan saja mesti share gambar dan video yang cantik-cantik, tapi anda juga boleh share tips dan itinerary sepanjang anda travel. Tak kisah sama ada dalam negara atau luar negara, orang pasti akan follow. Lebih-lebih lagi sekarang ramai yang buat itinerary travel bajet jadi siapa yang suka melancong secara bajet, boleh juga share benda ni di Instagram. Paling mudah, share gambar dan itinerary di Facebook group travel dan jangan lupa link kan dengan Instagram anda. Bila gambar, video, tips dan itinerary anda menarik, orang akan berminat untuk follow anda di Instagram.
3) Share Video Unik Atau Comel
Zaman sekarang ni mak ayah memang suka ambil gambar video anak-anak mereka. Tak kisah lah anak tu ketawa ke menangis ke atau apa saja kerenah yang nakal, comel, kelakar dan unik tentang mereka, jangan lepaskan peluang untuk share di Instagram. Ramai perempuan yang suka follow kalau ada video yang comel-comel ni. Buktinya, instagram kucing (@cats_of_instagram) pun boleh dapat 10.5 million followers... Perempuan atau lelaki semua follow.
4) Share Video Mukbang Anda
Yang mana suka makan, ini peluang anda untuk makan sepuas hati di hadapan camera. Record video then post! Makan je dah boleh jadi instafamous. Sekarang ni memang ramai yang buat mukbang, challenge dan review apa saja makanan sebab orang suka tengok. Percaya atau tak, ada yang record video mukbang tengah makan biskut raya pun dah dapat beribu viewers. Jadi, ini peluang untuk anda yang suka untuk mencuba makanan atau anda yang suka makan... hanya perlu makan di hadapan camera kemudian share di Instagram. Semudah A-B-C dah boleh jadi instafamous.
5) Share Benda Yang Paling Gila Anda Pernah Lakukan
Orang kata publisiti murahan tapi publisiti murahan ini yang menjadikan anda instafamous. Anda yang hati kental, muka tebal dan tahan caci maki boleh cuba post video atau gambar perkara yang paling gila dan tak masuk akal anda lakukan, confirm sekejap je dah sampai kat siakapkeli, penmerah dan ohbulan. Benda viral, walau orang caci maki orang follow. Dari situ dah boleh jadi instafamous dan dapat beribu duit dari Instagram.
(CARA KE-5 INI TIDAK DIGALAKKAN DEMI MENGELAKKAN MASALAH DEPRESSION DAN MALU KEPADA KELUARGA)
Memang ada banyak lagi cara yang membolehkan anda menjadi Instafamous. Kadang benda tu kita rasa biasa saja pun dah boleh jadi viral, esok lusa followers Instagram pun naik dah jadi instafamous. Cuma kita kena selalu beringat jangan terlalu taksub untuk menjadi terkenal sampai melanggar syarat dan hukum hakam apatah lagi sampai memalukan maruah diri dan keluarga!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nikainaa.blogspot.com/2019/07/5-cara-untuk-menjadi-instafamous.html