5 Cara Pilih Sayur Sayuran Yang Elok Dan Segar
Korang suka makan sayur-sayuran tak? Kalau suka, okay kita boleh geng! Haahaha…
Pengambilan sayur-sayuran penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Banyak kebaikan, antaranya membantu menguatkan daya pertahanan tubuh, menyihatkan mata, kulit cantik, meremajakan sel kulit mati, mengurangkan risiko penyakit jantung dan banyak lagi.
Semua jenis sayur-sayuran mempunyai kebaikan nutrisi dan vitamin tersendiri. Ada yang rendah kalori, berserat tinggi, mengandungi protein dan sebagainya yang sememangnya bagus untuk kesihatan.Secara tak langsung, tubuh kita akan terhindar daripada penyakit. Jadi, korang yang tak suka makan sayur, 2022 nie kenalah belajar-belajar rajin makin sayur ya!
Sungguh pun begitu untuk mendapatkan khasiat yang sempurna adalah lebih baik jika kita memilih sayur-sayuran yang segar dan bebas daripada bahan-bahan kimia.
Berikut beberapa cara atau tips yang boleh korang jadikan panduan untuk memilih sayur-sayuran yang elok.
1. Pastikan Ia Tidak Layu
Kalau tanya sis, perkara pertama sekali yang akan sis lihat adalah kesegaran sayur-sayuran tersebut.
Kalau nampak daun atau tangkainya dah macam terlentok layu atau lebam, memang sahih la sayuran tersebut dah tak segar
2. Perhatikan Warnanya
Selain itu, kita boleh tengok pada warna sayur-sayuran tersebut.Kalau warnanya masih kekal dan tidak berubah warna, maknanya ia masih elok lagi.Masih segar dan sihat gitewww…
Baca Juga: Jom Buat Jus Timun Yang Kaya Dengan 1001 Kebaikan
3. Masih Kenyal
Masa memilih tu kita kena tengok atau belek-belek juga bentuknya. Kalau bila pegang masih kenyal, tidak lembik atau lebam sana sini tu tandanya ia masih lagi segar dan elok.
Sis kalau beli ubi kentang, bawang ataupun lobak merah memang beria-ia sikit. Sis tak lebih suka beli yang boleh kita pilih sendiri daripada yang dah siap-siap dalam bunjut tu. Sebabnya bukan semua kat dalam tu yang elok dan segar kan…Lagi satu, time pilih tu sis memang suka beli yang kecil dan muda. Bila masak tu, rasa lebih sedap
4. Cuba Bau
Kita boleh juga tahu sayur-sayuran tu masih segar ataupun tidak melalui baunya. Jika ia lembik, berbau semcam dan teksturnya juga lain macam, jelas la ianya dah tak elok. So, tak yah beli ok
Baca Juga: Tips Turunkan Beat Badan Dengan Sayur Taugeh
5. Beli Pada Waktu Pagi
Kalau nak yang fresh, memang elok kalau kita pergi ke pasar pada sebelah pagi. Time masih pagi nie, semua jenis sayur masih lagi segar bugar giteww. Menikmati sayur yang sihat dan segar nie memang nikmat tau. Betul… sayur yang dah fresh bagi sis la kan boleh mempengaruhi rasa bila dimasak. Kurang ‘crunchy’ he he he…
6. Beli Terus Daripada Pekebun Sayur
Kalau ada kesempatan, sis suka juga beli sayur-sayuran nie direct daripada pekebun sayur.
Memang fresh kerana ia masih baru dipetik dari kebun sayur. Kadang-kadang sayur tu masih lagi berakar dan dikotori lumpur atau tanah.Lagipun ia bebas bahan-bahan kimia
Baca Juga: 5 Tips Mudah Tanam Sayur Kat Rumah
Okay, sekian dulu perkongsian sis tentang cara atau tips memilih sayur-sayuran yang segar. Semoga bermanfaatlah ya.
Bye!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Credit Images: pexels.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/01/5-cara-pilih-sayur-sayuran-yang-elok.html