Cara Hilangkan Ketuat
Mesti ramai malu kan nak tanya orang pasal ketuat ni kan? Nak pergi klinik pun mesti malu. Ketuat memang sesuatu yang menggelikan dan rasa macam eh kotor nya sampai naik ketuat.. ketuat ni boleh naik dimana saja dia nak okay. Aku ada jumpa orang share ketuat ditangan.. kalau di tangan tak kan nak cakap dia kotor tak pernah cuci tangan. Betul?
So buang rasa segan dan malu tu. Lebih baik cari cara untuk merawat dan menghilangkan terus ketuat. Kalau tengok dalam facebook macam-macam cara orang buat. Ketip sikit dan sapu getah betik muda la sapu itu ini. Itu tak salah sebab kira ikhtiar. Dari tak cuba langsung dan makin merebak. Ye ketuat boleh merebak ye kawan-kawan.
Info tambahan ketuat di -http://drzubaidi.com/blog/rawatan-ketuat-foot-warts-pada-kaki/
Aku share antara cara yang berjaya hilangkan ketuat ni. Maaf kalau gambar agak mengelikan tapi kena tunjuk proses buang ketuat ni. Ketuat ni hidup dan berakar. Kalau tak buang terasa sakit berdenyut. Mula nya aku ingat kulit mati yang start mengeras tapi lama-lama keras macam batu dan sakit bila tertekan. Warna pun dari asal warna kulit bertukar hitam yang buat aku rasa geli bila tengok. Memang stress la bila fikir. So aku mula la search cara nak hilangkan ni. Pernah juga aku guna duofilm tapi tak menjadi. Rasa pedih je tapi tak hilangkan sikit pun.
Dari asal satu lepas tu mula membiak ke 2 terus aku dah risau weh. Siap dah pernah tanya klinik kulit kena buat minor surgery kata nya dan of course la lagi risau kan. Tapi sebelum proceed dengan surgery tu aku cuba la ikhtiar guna Corn Caps ni. Boleh beli dekat farmasi je ni.
Dan aku berjaya guna ni je. Ini pun aku jumpa ramai review bagus untuk masalah yang sama. Disarankan guna 1 plaster selama 2hari. Tapi kita kan nak solat so setiap kali nak ambil wuduk buka dan pakai balik. Kalau macam nampak tak okay tu aku tukar je baru. So kena beli ni lebih. Bentuk macam plaster biasa je. Macam kes aku ritu aku guna masa tak boleh solat senang sebab tak payah buka pakai kerap.
Masa mula pakai akan rasa berdenyut dan sakit sikit tapi bagi aku rasa puas la bagi mati kan ketuat tu. Plaster ni merawat sampai kedalam. Gambar atas tu contoh gambar berbeza ikut hari sepanjang aku pakai tu. Sebenar aku dah risau juga sebab takut salah cara ke kan. Terkopek macam tu sekali ha kulit kaki sampai kedalam. Memang aku rasa sakit sikit proses ni atau aku yang tak sabar asyik buka tengok kan mana tak sakit nya. Proses untuk matikan ketuat ni dalam 10 hari juga la dan selepas tu clear sampai sekarang Alhamdulilah. Siapa yang ada masalah yang sama boleh la cuba guna corn caps ni.
Moga membantu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2021/12/cara-hilangkan-ketuat.html