5 Cara Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Sihat
Susah tak nak mendapatkan kulit yang bersih. Tak susah pun. Kata kuncinya kena konsisten sahaja. Dari hasil carian di Mr Google & info dari pinterest , k.fiezz terjumpa 5 tips cara mendapatkan kulit yang bersih ni. Simple sangat tips nya. Cuma ikut je tips ni. Insyaallah kita boleh mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.
Nak tahu ke idak tips nya. Jom check it out.
Untuk yang ada masalah kulit kering, sila elakkan produk penjagaan muka yang mengandungi alkohol. Seperti yang kita sedia maklum banyak produk yang ada di pasaran sekarang mengandungi alkohol dalam produk kecantikan sebab fungsi & keistimewaannya yang tersendiri. Alkohol ni pun banyak jenis & ada antara alkohol ni ada kesan sampingan yang boleh mengeringkan kulit. Jenis alkohol yang boleh mengeringkan kulit ni adalah Denatured Alcohol (SD). SD ni boleh menyebabkan kekeringan, keradangan & pertumbuhan jerawat. Bila ni terjadi kulit tak berkesan untuk untuk kekalkan kelembapannya sendiri & ia merangsang pengeluaran minyak berlebihan sekaligus menyebabkan liang-liang pori terbuka luas & menggalakkan pertumbuhan jerawat di muka.
Bagi yang tak tahu fungsi Vitamin E hilangkan parut & jeragat di muka. Ia membantu hasilkan sel baru yang lebih sihat & boleh melawan pigmentasi serta jadikan tona kulit lebih sekata. Bagi yang ada masalah parut, boleh cuba amalkan vitamin E sebab dia boleh pudarkan & hilangkan parut kesan luka, melecur, pembedahan & bekas jerawat. Vitamin E akan membantu menghasilkan kolagen, melindungi & melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut
Wajib gunakan face mask sekurang-kurangnya seminggu sekali sebab fungsinya yang boleh menyegar & melembapkan kulit wajah.
Bagi yang ada masalah kulit sensitif, kena berhati-hati dalam memilih rangkaian produk penjagaan muka. Tersilap pilih boleh menyebabkan keadaan kulit lagi jadi teruk. Untuk itu cari produk yang berlabel Hypoallergenic. Bagi yang tak tahu maksud Hypoallergenic ni, maksudnya adalah - kandungan dalam produk tersebut telah diuji & tidak menyebabkan alergik dan sesuai dipakai semua termasuk yang ada masalah kulit sensitif. Pencuci muka yang Hypoallergenic juga tidak mengandungi sebarang wangian & sesuai untuk yang berkulit sensitif
Bagi yang suka bermekap, kena rajin cuci segala peralatan mekap seperti berus untuk membersihkan bulu-bulu berus dari sebarang bakteria & kuman yang boleh menyebabkan masalah pada muka bila kita guna. Lagipun dengan menjaga berus mekap ni, jangka hayatnya juga lebih bertahan lama.
Simple kan tips atas ni. Untuk k.fiezz very da simple sangat cara mendapatkan kulit yang bersih ni. Tak susah pun benornya. Antara kita rajin dengan tidak je.
SELAMAT MENCUBA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/5-Cara-Mendapatkan-Kulit-Yang-Bersih-Dan-Sihat.html