5 Band Underground 90 An Yang Wajib Dikenali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Amacam? Sihat? Input kali ini adalah tentang apa yang korang dah tahu pun sebenarnya, tapi jangan terkejut lah ada sahaja lagi yang masih tak tahu tentang perkara ni, termasuklah aku. Bukannya aku otai dalam scene lokal ni. Kan? Tahu gitu-gitu je bro, so aku pun cuba lah mengkaji sikit berbekalkan kemahiran melayari internet. He he he. Kali ini aku cuba kongsikan kepada korang semua band-band underground yang wajib korang tahu, sepatutnya. Kalau tak tahu, ambil tahu sekarang juga okay! 

So silakan! 

Scene muzik underground di Malaysia dikatakan sudah bermula lewat tahun 70-an. Pada ketika itu, penggemar muzik underground lebih terpengaruh dengan muzik bergenre punk kerana banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga kerana pengaruh band punk yang sangat popular pada ketika itu iaitu The Sex Pistols.
Pada era 80-an, muzik underground sedang membangun dan berkembang. Pada ketika ini, band-band underground semakin dikenali sedikit demi sedikit. Joe Kidd adalah orang pertama yang memulakan scene punk di Kuala Terengganu dan scene muzik underground ini menjadi semakin hangat pada penghujung tahun 80-an

Diawal kemunculan scene muzik underground ini, hanya muzik bergenre metal yang banyak menguasai carta muzik underground. Namun begitu, apabila masuk ke era 90-an, scene muzik underground semakin meletup dengan kemunculan band-band underground yang menampilkan muzik bergenre alternatif, punk, skin, grunge, brit pop, hardcore dan juga indie.
Kehadiran mereka di dalam scene underground ini adalah kerana mereka sudah bosan dengan industri muzik tempatan yang hanya lebih tertumpu pada nilai-nilai komersial yang langsung tiada kelainan. Oleh kerana itu, tertubuhlah band-band underground era 90-an yang cukup popular dikalangan remaja ketika itu

Untuk artikel ini, kami akan menceritakan 5 band yang telah membantu dalam menaikkan scene underground dalam era 90-an sahaja. Band-band ini telah memberi impak yang sangat hebat kepada para remaja sehingga banyak penganjuran gig dibuat untuk memenuhi kehendak para peminat

Jom kita lihat 5 band yang telah mewarnai scene underground dalam era 90-an ini

Kredit Foto: carburetordung.kerbau.com       Carburetor Dung
Band yang membawa genre muzik punk rock ini telah ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini telah ditubuhkan oleh Fendi, iaitu pemain bassist band ini. Namun begitu, nama asal band ini ialah Stormfish. Tetapi, setelah kemasukan Joe Kidd sebagai gitaris, band ini bertukar nama menjadi Carburetor Dung
Album pertama Carburetor Dung yang berjudul ‘Song For Friends’ telah dilancarkan pada tahun 1993. Pada ketika, bandmates band ini terdiri daripada Fendi, Joe Kidd, Lan Bear, Pari ‘rasta’ Fari dan juga Shahlan. Lagu dalam album ini yang cukup popular sehingga kini dan telah menaikkan nama Carburetor Dung ialah ‘Boo Hoo Clapping Song’

Carburetor Dung masih lagi aktif bermain muzik sehingga kini dan masih kekal bergerak secara underground. Menurut Joe Kidd, mereka masih mahu berpegang kepada prinsip DIY di mana segala-galanya dibuat oleh mereka sendiri dan tidak terikat dengan peraturan sesiapa. Dengan itu, dapatlah mereka menghasilkan muzik yang benar-benar datang dari isi hati mereka.



Kredit Foto: chedinsphere.blogspot.my       A.C.A.B
Band yang membawa muzik bergenre Oi! ni telah memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1994. A.C.A.B diasaskan oleh dua anak muda dari Kuala Lumpur bernama Magskin dan juga Eddie. Dari dua orang ini, mereka telah mengambil ahli-ahli lain untuk melengkapkan barisan band ini iaitu Sham, Anas dan juga Black.

Demo pertama A.C.A.B ini telah dilancarkan pada tahun 1995. Demo yang berjudul ‘A.C.A.B’ ini telah dimuatkan dengan 7 buah lagu dan antaranya ialah lagu seperti ‘Unfairground’, ‘A.C.A.B’ dan juga ‘Fight For Your Right’. Demo ini telah dikeluarkan di bawah label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records.

Band A.C.A.B ini boleh dikatakan sebagai band yang telah menaikkan scene skinhead dalam Malaysia. Lagu-lagu band ini juga kebanyakannya tentang perjuangan hidup golongan pertengahan. Namun begitu, pada tahun 2006, band ini telah membawa genre muzik yang baru. Dari Oi!, band ini beralih ke genre indie rock dan seterusnya mengubah nama band ini menjadi The A.C.A.B.


        
      Butterfingers
Dua ahli terawal dalam band ini ialah Loque dan juga Kadak. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1993, Loque telah bertemu Emmet di mana pertemuan itu menyebabkan Emmet bersetuju beraksi bersama Loque. Line-up terawal Butterfingers pada masa itu ialah Loque, Kadak, Emmet dan juga Kalai di mana Emmet menjadi vokalis utama band ini.

Butterfingers adalah sebuah band yang membawa muzik bergenre grunge memandangkan mereka mendapat pengaruh band grunge yang cukup terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nirvana. Dua lagu terawal yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Girl Friday’ dan juga ‘Nic O’ Tynne’. Semasa mempersembahkan lagu-lagu ini di Cobra Club House, Petaling jaya, di mana ini adalah persembahan pertama mereka, para penonton telah memberi sambutan gemuruh dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam industri muzik.

Butterfingers telah mengeluarkan 6 album setakat ini dan antara lagu-lagunya yang masih diingati adalah seperti ‘Chemistry’, ‘Chrome’ dan terdapat juga lagu-lagu berbahasa Melayu seperti ‘Kabus Ribut’ dan ‘Merpati Sejoli’. Kini Butterfingers boleh dikatakan telah mengundur diri dalam industri muzik tempatan dan Loque akhirnya memutuskan menubuhkan band baru bernama Monoloque.

Namun begitu, Butterfingers akan membuat kemunculan semula dalam acara ‘Rockaway 2016’ yang akan bermula pada 29 Oktober 2016. Inilah peluang kepada para peminat Butterfingers untuk melepaskan rindu mereka.



Kredit Foto: thestar.com.my       OAG
Band OAG ataupun nama panjangnya ‘Old Automatic Garbage’ dan kemudiannya ditukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ adalah band underground yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini ditubuhkan selepas menonton Konsert ‘Ikhlas’ pada tahun yang sama. Ahli asal band ini ialah Radhi, Lam dan Chi. Memandangkan zodiak mereka bertiga ialah Leo, maka lambang singa digunakan untuk menjadi logo OAG.

OAG adalah band yang membawa muzik bergenre rock alternatif dan pada asalnya band ini cuma bergerak dalam scene underground. Tetapi, selepas OAG menghantar demo mereka kepada Positive Tone dan telah menarik perhatian Paul Moss (penerbit) dan beliau terus mendaftarkan OAG di bawah Positive Tone.

OAG boleh dikatakan sebagai band yang berjaya mencipta nama di arus perdana walaupun bermula di scene underground. Antara pencapaian membanggakan OAG ialah apabila band ini dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Name of The Game’ untuk Piala Dunia Belia 1997.



             Kredit Foto: www.discogs.com

      The Pilgrims
Band ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Pada asalnya, nama band ini ialah Hijrah. Tetapi, apabila mereka mendapat tahu ada band di Sarawak yang menggunakan nama yang sama, band ini mengubah nama mereka menjadi The Pilgrims.
Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda dan line-up asal band ini ialah Kombat, Bob Magnus, Hashim Semirin dan Bain. Band ini membawa muzik bergenre metal, tetapi ada yang mengatakan bahawa band ini membawa muzik bergenre punk rock. Album pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 dan berjudul ‘Perfume Garden’.

The Pilgrims telah menghasilkan 5 buah album di mana album terakhir mereka yang berjudul ‘Achtung. This Is Not A Metal Band’ telah dikeluarkan pada tahun 2000. Band ini juga sebenarnya turut mendapat sentuhan bandmate Carburetor Dung iaitu Joe Kidd. Antara lagu-lagu popular yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Churaliya’ dan juga ‘Sua Sui Good Morning’.

Kehadiran 5 band ini dalam scene muzik underground Malaysia sememangnya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Selain itu, para pendengar muzik pada ketika itu mempunyai lebih banyak pilihan berbanding mendengar muzik-muzik tempatan yang hanya mempunyai nilai-nilai komersial. - MENSIVE

Andainya anda mempunyai pendapat dan pandangan tentang scene muzik underground Malaysia ini, kami berharap agar anda dapat tinggalkan pendapat anda dalam ruangan di bawah. Kami berminat untuk berkongsi dan juga bertukar-tukar pandangan dengan anda. Jangan lupa komen ya.

Seperti biasa aku akan bantu korang untuk menjenguk sebentar ke dalam kegemilangan muzik underground, atau lebih khusus band-band di atas. Seperti biasa jugak, guna Youtube lah. Thanks Chad, Steve and Karim. 

Carburetor Dung


A.C.A.B.


Butterfingers


O.A.G


The Pilgrim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kappasm.blogspot.com/2017/04/5-band-underground-90-wajib-kenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Tahu Cara Tunggangan Motorsikal Dalam Bandar

Wajib Tahu Cara Tunggangan Motorsikal Dalam Bandar

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 199 hits
Terpaksa menunggang motorsikal berulang alik ke pejabat setiap hari Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi beralih daripada kereta kepada motorsikal merupakan antara langkah yang popular Tetapi dalam masa yang sama bakal meningkatkan ris...
Tempat Makan Wajib Singgah Di Terengganu Kbbsteak

Tempat Makan Wajib Singgah Di Terengganu Kbbsteak

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 179 hits
Tempat Makan Wajib Singgah di Terengganu KBBSteak l Assalamualaikum Kalau tanya Ana negeri mana paling best untuk jalan jalan cari makan Ana akan vote Terengganu Darul Iman Sebab tu hampir setiap tahun Ana wajib ke Terengganu Lagi lagi bila...
Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 226 hits
Hey Korang Lately ni banyak tempat makan I explore dan kalini port baru wajib Korang terjah dan cuba Siapa kat sini suka makan nasidaun pisang Hah makanan sajian dari negara South Indian Semestinya tasty dan semestinya kemewahan rempah ratu...
Perkara Wajib Tahu Sebelum Mula Bisnes Secara Francais

Perkara Wajib Tahu Sebelum Mula Bisnes Secara Francais

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 180 hits
Bila sebut sahaja francais ramai beranggapan ianya cara termudah untuk memulakan perniagaan pasti untung sudah ada jenama kita akan mendapat latihan mantap dari francaisor dan sebagainya Tapi apa yang kita dengar tak seindah mereka yg sudah...
Tengah Mengandung Ni Sensitif Dia Lain Sikit Ayda Jebat Luah Rasa Tak Selesa Perut Disentuh Individu Tak Dikenali

Tengah Mengandung Ni Sensitif Dia Lain Sikit Ayda Jebat Luah Rasa Tak Selesa Perut Disentuh Individu Tak Dikenali

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 86 hits
Tak Selesa Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila perutnya yang semakin sarat disentuh oleh segelintir individu ketika bertemu dan bergambar Menerusi sebuah hantaran di Instagram Ayda ...
5 Resep Makanan Pedas Favorit Yang Wajib Dicoba

5 Resep Makanan Pedas Favorit Yang Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 140 hits
Jangan lupa tisu dan air putih kalau mau menyantap makanan makanan pedas ini
Video Biar Tak Gampang Kambuh Penderita Gerd Wajib Lakukan Ini

Video Biar Tak Gampang Kambuh Penderita Gerd Wajib Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 120 hits
Penyakit GERD tak bisa dianggap remeh Salah kelola bisa berakibat fatal Tak jarang penderita yang meninggal dunia
Minat Muzik Underground Apa Sejarahnya Di Malaysia

Minat Muzik Underground Apa Sejarahnya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 163 hits
Aku pertama kali ke gig pada 11 Mac 2017 haritu dengan dua orang kawan aku Aku pergi Hyper Noise Tune dengan niat nak tengok Massacre Conspiracy dan Dead Mushroom juga Sekumpulan Orang Gila Ada rasa macam noob jugalah sebab orang lain dah l...
Band Om Om Kisah Kasih Om Om Chord

Band Om Om Kisah Kasih Om Om Chord

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 150 hits
D Bm Em A F m Bm Em A D Bm aku suka wanita Em A tapi masih SMA F m Bm Em A berbeda usia jauh sama kita D Bm malu sama bapaknya Em A D F m Fm Em A beda 32 tahun D Bm diajak kerumahnya Em A disitu masalahnya F m Bm ternyata bapaknya Em A jauh...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats