5 Alternatif Iphone Se Untuk Pengguna Android
Salah satu aspek penting yang sering diambil kira ketika memilih peranti adalah dari segi penawaran harga. Menariknya, tahun ini kita juga banyak menyaksikan beberapa pengeluar yang menghasilkan peranti mampu milik dengan spesifikasi terbaik sejajar perkembangan teknologi semasa.
Apple juga tidak mahu ketinggalan apabila muncul dengan model iPhone SE (2020). Sejak kemunculan model ini, ramai mula membuat andaian bahawa ia bakal menjadi pencabar hebat kepada beberapa jenama terkemuka seperti Samsung, OnePlus dan Huawei yang menawarkan peranti dalam lingkungan harga setanding. Mana tidaknya, penawaran pada model kali ini dilihat cukup membuatkan ramai teruja dan Apple dilihat membuat langkah yang bijak.
Dengan tanda harga bermula RM1,999 sahaja, anda boleh mendapatkan cip pemproses terbaru, Apple A13 Bionic yang sama dengan adik – beradiknya iPhone 11 yang jauh lebih mahal. Ia juga mempunyai sejumlah penawaran lain lebih baik menjadikannya sebuah pilihan yang sangat menarik. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud iPhone SE (2020) adalah satu – satunya model yang harus anda pertimbangkan untuk masa ini. Berikut kami kongsikan beberapa alternatif lain kepada iPhone SE (2020) untuk pengguna Android :
1.Samsung Galaxy S10 Lite
Dilancarkan pada 2019, peranti ini adalah versi yang lebih murah untuk siri Samsung Galaxy S10. Salah satu perkara menarik pada peranti ini adalah rekaannya yang padat , ringkas dan elegan serta mampu menarik perhatian ramai. Penawaran skrin juga adalah besar dengan resolusi yang tinggi sekali gus mampu menghasilkan kualiti gamba seakan realiti. Ia mempunyai paparan Super AMOLED yang cantik dengan penghasilan tona warna yang lebih jelas bagi memberi pengalaman menonton, membaca dan melayari Internet terasa lebih menyeronokkan.
Galaxy S10 Lite dibina dengan Snapdragon 855 dengan Octa-core (1 x 2.84 GHz Kryo 485 & 3 x 2.42 GHz Kryo 485 & 4 x 1.78 GHz Kryo 485). Persediaan kapasiti RAM dan storan yang lebih besar pada Galaxy S10 Lite juga adalah kelebihan ketara berbanding iPhone. Ini bermakna lebih banyak fail yang dapat disimpan dan aplikasi dapat dijalankan pada masa sama. Ia juga mempunyai slot untuk kad memori yang memberikan lebih ruangan simpanan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sokongan kamera pelbagai guna dalam usaha meningkatkan kesan dalam keadaan tertentu seperti sudut lebar, keupayaan zum dan sebagainya
Peranti ini memiliki bateri 4,500mAh yang mana menewaskan iPhone SE (2020). Bateri ini boleh bertahan untuk tempoh masa yang lama bergantung kepada cara penggunaan. Samsung Pay juga turut tersedia bagi membolehkan anda membuat pembayaran melalui NFC. Paling penting, peranti ini memiliki sokongan bicu audio 3.5mm.
Harga : RM2699 (8GB +128GB)
Kelebihan
Skrin 6.7″ SAMOLED lebih besar dengan kepadatan pixel lebih tinggi.Tri-Kamera dengan kemampuan fotografi yang lebih pelbagai.Bateri jauh lebih besar dengan pengecasan berwayar lebih pantas 45W.Kekurangan
Snapdragon 855 kurang berkuasa berbanding Apple A13 Bionic.Kemas kini versi Android sehingga dua tahun sahaja.Tiada pengecasan nirwayar.2. OnePlus 7T
OnePlus 7T juga adalah salah satu alternatif terbaik untuk iPhone SE (2020). Peranti ini memiliki tarikan tersendiri dengan reka bentuknya yang cantik. Binaan kaca belakang dengan kemasan pusam yang hebat menjadikannya berasa dalam kelas dan keistimewaan tersendiri. Di samping itu, ia juga menyertakan paparan AMOLED yang besar dengan kadar segar semula skrin 90Hz untuk pengalaman terbaik. Ini menjadikan paparan pada peranti ini memberikan pengalaman animasi dan menatal yang lebih lancar.
Peranti ini juga hadir dengan sejumlah spesifikasi mewah yang hampir memenuhi keperluan ramai seperti dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855+ Octa-core (1 x 2.96 GHz Kryo 485 & 3 x 2.42 GHz Kryo 485 & 4 x 1.78 GHz Kryo 485), RAM sehingga 8GB RAM, dan storan dalaman 256GB. Sokongan memori yang besar ini juga merupakan kelebihan pada OnePlus 7T berbanding iPhone SE (2020). Seperti Samsung Galaxy S10 Lite, peranti ini juga mempunyai sokongan kamera dengan pelbagai kegunaan seperti fungsi bokeh, keupayaan zum dan sudut lebar. Bateri pula adalah sebesar 3,800mAh dengan pengecasan pantas 30W secara terus daripada kotak.
Harga : RM2299 (8GB +128GB)
Kelebihan
Skrin 6.55″ Fluid OLED lebih besar dengan kadar segar semula 90Hz.Kamera dengan kemampuan zum yang lebih baik.Bateri jauh lebih besar dengan pengecasan berwayar lebih pantas 30W.Kekurangan
Snapdragon 855+ kurang berkuasa berbanding Apple A13 Bionic.Tiada kemampuan kalis air secara rasmi.Tiada pengecasan nirwayar.3. Xiaomi Mi 9T Pro
Sekiranya anda bukan peminat Samsung dan OnePlus, maka Xiaomi Mi 9T mungkin menarik minat anda. Perkara paling menarik perhatian mengenainya adalah rekaan. Xiaomi menggunakan rekaan skrin menyeluruh pada Mi 9T ini, dimana ia menyembunyikan penggunaan takuk melalui penyertaan kamera swafoto pop-naik. Penawaran paparan skrin juga adalah besar. Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan pengalaman yang mengasyikkan tidak kira apa jenis aktiviti yang anda lakukan seperti menonton video, melayari internet dan sebagainya.
Spesifikasi pada Xiaomi Mi 9T juga kelihatan hebat dengan spesifikasi tinggi seperti penggunaan cip pemproses Snapdragon 855 Octa – Core (1 X 2.84 GHz Kryo 485 & 3 X 2.42 GHz Kryo 485 & 4 X 1.8 GHz Kryo 485). Kapasiti memori juga memiliki kelebihan dengan sokongan 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Kemampuan kamera pada peranti ini juga menarik dengan sokongan pelbagai guna seperti sudut lebar, zum dan sebagainya.Selain itu, peranti ini juga dibekalkan dengan bateri besar 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas. Pengecasan dilakukan menerusi port USB-C.
Harga : RM1599 (6GB +128GB)
Kelebihan
Skrin 6.39″ SAMOLED lebih besar dengan kepadatan pixel lebih tinggi.Kamera dengan kemampuan zum yang lebih baik.Bateri jauh lebih besar dengan pengecasan berwayar lebih pantas 27WKekurangan
Snapdragon 855 kurang berkuasa berbanding Apple A13 BionicTiada kemampuan kalis air.Tiada pengecasan nirwayar,4.Realme X2 Pro
Seterusnya adalah Realme X2 Pro iaitu sebuah peranti mercu daripada Realme. Realme X2 Pro menawarkan paparan yang baik dengan sokongan kadar semula yang tinggi. Padanya, ia menyokong sehingga 90Hz melalui panel Super AMOLED. Kualiti paparan juga memuaskan dengan kemasan warna hitam cukup gelap, kecerahan memuaskan dan pengalaman tontonan yang baik.
Realme X2 Pro dibina dengan Snapdragon 855+ dengan Octa – Core (1 x 2.96 GHz Kryo 485 & 3 x 2.42 GHz Kryo 485 & 4 x 1.8 GHz Kryo 485). Dalam kumpulan peranti yang tersenarai di atas, Realme X2 Pro memiliki sokongan RAM yang sangat besar iaitu 12GB dengan storan dalaman 256GB UFS 3.0. Padanan ini sememangnya sangat sempurna.
Untuk kamera, ia juga menyertakan sokongan lensa yang agak hebat untuk hasil memuaskan. Ia dibekalkan dengan lensa pelbagai guna termasuk sudut ultra lebar, zum dan sebagainya. Bateri adalah sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 50W menerusi port USB-C. Tidak ketinggalan, Realme X2 Pro turut mengekalkan sokongan port bicu audio 3.5mm dan disertakan fungsi NFC.
Harga : RM2399 (12GB + 256GB)
Kelebihan
Skrin 6.5″ SAMOLED lebih besar dengan kepadatan pixel lebih tinggi.Kamera dengan kemampuan zum yang lebih baik.Bateri jauh lebih besar dengan pengecasan berwayar lebih pantas 50WKekurangan
Snapdragon 855+ kurang berkuasa berbanding Apple A13 BionicTiada kemampuan kalis air.Tiada pengecasan nirwayar.Huawei Nova 5T
Huawei Nova 5T juga antara salah satu yang boleh dipertimbangkan. Ia memiliki sejumlah ciri inovatif menarik di samping reka bentuk yang anggun. Melaluinya, anda akan dapat rekaan skrin berlubang pada paparan hadapan dan penggunaan empat kamera di belakang. Bersama dengan sokongan kamera yang hebat, peranti ini juga mempunyai pakej perisian dalaman yang luar biasa. Ia menggunakan cip pemprosesan 7nm HiSilicon Kirin 980 dan tersedia dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS2.1.
Sokongan bateri juga boleh tahan dengan kapasiti 3,750mAh melalui USB-C. Selain daripada ini, ia juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W dan mempunyai sensor infra merah untuk menjadikannya sebagai alat kawalan jauh.
Harga : RM1399 (8GB + 128GB)
Kelebihan
Skrin 6.26″ LCD lebih besar dengan kepadatan pixel lebih tinggi.Kuad-kamera dengan kemampuan fotografi lebih pelbagai.Bateri lebih besar dengan pengecasan berwayar lebih pantas 22.5WKekurangan
Cip Kirin 980 sudah agak berusia berbanding Apple A13 BionicTiada kemampuan kalis air.Pengimbas cap jari pada bahagian sisi.Sebenarnya banyak lagi pilihan alternatif lain untuk iPhone SE (2020). Kami berpendapat Apple mengambil langkah bijak dengan melancarkan iPhone SE (2020) pada harga mampu milik. Namun, masih banyak lagi peranti yang lebih relevan untuk dimiliki. Bagaimanapun, setiap orang mempunyai hak untuk memilih yang terbaik. Pilih yang terbaik!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2020/04/5-alternatif-iphone-se-2020-untuk.html