46 Artis Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia Ramadan


Ramadan tanpa hidangan nostalgia kala berbuka dan sahur memang tidak lengkap rasanya.Waktu inilah kita mula terkenang keenakan masakan ibu atau terbayang-bayang deretan menu yang selalu disajikan buat sajian berbuka satu keluarga. Satu persatu nostalgia waktu memasak di dapur muncul. Sudah semestinya macam-macam lauk yang mahu kita masak. Belum lagi kuih muih, bubur dan pencuci mulut yang panas dan sejuk mahu dimakan juga. Keseronokan  waktu membuat persiapan berbuka mula terbayang-bayang.  Kecoh dari dapur hingga ke meja makan.
Kalau anak-anak ramai, pasti macam-macam menu yang diminta. Namun yang pastinya tentu ada dua tiga menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Paling dikenang-kenang bila sudah dewasa dan berumahtangga. Lalu menu itulah yang akan dimasak Kembali sambil mengutip semua kenangan waktu kecil bersama ibu, bapa dan adik beradik. Kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan semua kita ternanti-nanti hadirnya Ramadan.

Mengembalikan nostalgia ini dalam suasana penuh ceria, Rasa Kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN yang akan ditayangkan bermula 12 April 2021 , jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat  di Astro Prima.
Program memasak Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa kerana menampilkan lebih 23 selebriti  yang memasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat  serta tetamu mereka memasak makanan kegemaran yang menjadi nostalgia mereka.  Sambil menyediakan hidangan mereka bakal berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini!

Penuh Gelagat Lucu Dan CeriaSaksikan pelbagai celoteh mereka di dapur sambil  berkongsi cerita suka duka, ketawa gembira yang menjadi kenangan yang ingin diulang setiap kali datangnya Ramadan. Dengan begitu banyak keseronokan dan warna dalam perbualan, Rasa Nostalgia Ramadan kali ini  menggali lebih banyak makanan nostalgia selebriti dan mendedahkan pelbagai aspek kisah dan perjalanan hidup mereka.

Bayangkan bila dua beradik mencuba resipi nostalgia ibu mereka seperti Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah .  Bagaimana pula agaknya  bila pasangan suami isteri seperti Azad dan Eira Syazira serta Lana Nordin dan suami, Ain Edruce dan Amirul mahu masak cara sendiri.  Siapa bakal mengalah. Bagaimana pula agaknya  bila ibu dan anak bergabung di dapur. Ayah dan anak. Tentu ada sahaja yang tak kena ya. Ada ke yang tak kenal bahan. Siapa pula lebih hebat. Siapa cepat dan siapa yang lambat buat keje. Tak sabar nak tengok Rosyam Noor memasak dengan anaknya dan Killa Fairy bersama ibunya Rohana Jalil.

Itu belum lagi dua sahabat baik bergabung di dapur. Didi Alias dan Enot, pasti pasti akan bawa macam-macam cerita. Eh CikB dan Dato Sri Vida pun ada. Peh memang meriah dapur dibuatnya. Dan paling best kita akan dapat idea untuk memasak kerana 46 resipi bakal dikongsikan oleh mereka.


Barisan Selebriti HebatInilah barisan artis dan selebriti yang akan menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah
Sh Shahirah & Sh Sakinah, Waris & Ara Johari , Rita Rudaini & Cik Ala , Eira Syazira & Azad Jazmin, Didie Alias & Enot , Ain Edruce & Amirul Hafiz, Lana Nodin & Daud Mckienzie , Mas Idayu & Daini , Ifa Raziah & Aqili , Bella Astillah & Alif Aziz , Norman Hakim & Memey Suhaiza  ,Fikry Ibrahim & Cousin, Fizo & Puan Hasnah , Adam Corrie & isteri , Zara Zya & Ibunya,  Rahim & isteri,  Syafiq Farhain & ibu , Jaafar Onn & Salwa  Rosham Nor & Anis, Kilafairy & Rohana Jalil, Atu & Sharif Zero , Cik B & DSV dan  DIVA AA

LG PuriCare™️ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur SelebritiKemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™️; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD

Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4 WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah. Perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat malah ia tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/46-artis-selebriti-meriahkan-rancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sharifah Shahirah Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1

Sharifah Shahirah Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 418 hits
Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula esok umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa Bila datangnya waktu ini pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau Ada suka ada yang kurang gembira ...
Bufet Ramadan Dengan Cita Rasa Orang Lama Di Restoran Rasa Lama

Bufet Ramadan Dengan Cita Rasa Orang Lama Di Restoran Rasa Lama

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 468 hits
Jika ingin mengubah kelainan rasa dan menu santapan untuk berbuka puasa nanti bolehlah berkunjung ke Rasa Lama di SS15 Subang Jaya Restoran ini menawarkan hidangan bufet dengan pelbagai juadah lazat dan menyelerakan khususnya bagi para peng...
Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan Yang Mudah Dan Lebih Berkhasiat

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan Yang Mudah Dan Lebih Berkhasiat

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 490 hits
Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan Ayam Brand memahami kesukaran rak...
Jom Berbuka Puasa Di Nostalgia Ramadan Bufet Ramadan Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang Johor

Jom Berbuka Puasa Di Nostalgia Ramadan Bufet Ramadan Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang Johor

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 757 hits
Jom Berbuka Puasa di Nostalgia Ramadan Bufet Ramadan Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang Johor Tanjung Puteri Golf Resort mengeluarkan tema Nostalgia Ramadan untuk buffet Ramadan 2021 kalini Ada beberapa menu yang disediakan bertujuan m...
Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 317 hits
Ada yang kesiangan ada pula yang habiskan waktu sahur di lokasi syuting Puasa hari pertama tetap penuh berkah
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah

Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 760 hits
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah Assalammualaikum semua Waaahh lagi beberapa hari Ramadan akan tiba Teruja sangat Ramadan kali ini InsyaAllah lebih baik dari tahun lepas Kenangan tahun lepa...
30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1351 hits
Assalamualaikum Tiap kali masuk bulan Ramasan mesti anda pening kepala nak fikir menu apa nak dihidangkan untuk keluarga masa berbuka puasa nanti kan Ayue sendiri pun pening ye memikirkan menu untuk 30 hari berbuka ni Ada yang suka menu men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi