43 Rakyat Malaysia Tidak Lagi Pergi Ke Bank
Visa, pemimpin dunia dalam pembayaran digital menerbitkan hasil penemuan baharu daripada Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang menunjukkan lebih tujuh dalam 10 rakyat Malaysia (74 peratus) mengetahui perkhidmatan itu dan 65 peratus berminat untuk menggunakannya
Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, kajian berkenaan mendapati 43 peratus daripada rakyat Malaysia kini tidak mengunjungi mana-mana cawangan bank dan mengambil keputusan menggunakan khidmat perbankan dalam talian
"Kajian juga menunjukkan rakyat Malaysia terdorong untuk beralih kepada bank digital dengan minat paling tinggi ditunjukkan menggunakan perkhidmatan perbankan digital bagi pembayaran bil (78 peratus) bagi melakukan pemindahan dana kepada rakan dan keluarga (69 peratus), membuat pembayaran di lokasi runcit (62 peratus) serta deposit dan pengeluaran (61 peratus)," katanya
Pada pendapat Abam Kie la...memang pada zaman PKP ni kita perlu lebih kerap menggunakan perkhidmatan bank digital atau perbankan internet. Abam Kie pun pergi ke bank sebab nak cucuk ATM untuk ambil duit tunai je. Jika nak pindahkan dana ke akaun orang lain, abam kie lebih suka guna apps seperti Maybank2U dan CIMBClicks aje. Lagi mudah. Sekarang ni pindahan dana ke bank2 yang berbeza pun dah gratis. Jadi abam kie rasa tak ada keperluan nak beratur panjang semata2 nak bubuh duit ke dalam CDM! Segalanya dihujung jari anda! Mungkin mereka yg masih guna CDM tu belum celik IT. Harap mereka belajar guna kemudahan perbankan digital ini pada masa hadapan.
Selain daripada itu, abam kie lebih suka guna kad kredit utk bayar pembelian di pasaraya. Pay wave kan ada? Mudah je. Mata ganjaran pun boleh! Kalau guna tunai cuma dapat barang je la. Kadang2 abam kie juga guna e-wallet spt Touch n Go. Ada gak dapat cashback dan voucher diskaun. Berbaloi kan? Cuma jika kedai tu x terima kad kredit atau e-wallet maka terpaksalah bayar tunai. Contohnya jika beli sayur di pasar tu penjual cuma terima tunai je.
Jadi apa pendapat kawan2? Masih pergi ke bank dengan kerap ke sekarang? Zaman sudah berubah jadi kita kena ikut peredaran zaman yang lebih canggih, moden dan pantas!
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2021/08/43-rakyat-malaysia-tidak-lagi-pergi-ke.html