42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang


 

KUANTAN - Pahang mensasarkan pemberian imunisasi Covid-19 kepada kumpulan remaja pertama berusia 16 hingga 17 tahun berjumlah 42,875 bagi seluruh negeri ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Remaja.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pemberian imunisasi bagi kumpulan tersebut dijangka selesai 30 September ini sebelum pembukaan sesi persekolahan bagi membolehkan sekolah dibuka dan beroperasi dengan selamat.
Menurutnya, program tersebut dilaksanakan di 22 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, 44 buah PPV Institusi Pendidikan, dua PPV jangkauan luar dan empat PPV Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan di peringkat daerah masing-masing dengan penglibatan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat seluruh negeri.
“Kalau ikutkan, seramai 173,000 remaja di negeri ini berusia 12 hingga 17 tahun layak dan dianggarkan 136,000 orang merupakan pelajar sekolah, tetapi hari ini, hanya mereka yang berusia 16 dan 17 tahun diberi keutamaan menerima suntikan vaksinasi.
“Mereka yang terdiri daripada pelajar ini datang dari sekolah atau institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Maahad Tahfiz Negeri Pahang serta institusi swasta termasuklah institusi tahfiz, pondok dan madrasah persendirian.
“Dalam pada itu, pihak kami masih lagi cuba mengenal pasti dan mengumpul data pelajar yang datang daripada sekolah tidak rasmi atau yang belum berdaftar dengan kementerian untuk dimasukkan dalam program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau perlaksanaan vaksinasi kepada remaja di Wisma Belia Indera Mahkota, di sini hari ini.
Seramai 1,003 pelajar berusia 16 tahun hingga 17 tahun menerima suntikan imunisasi Covid-19 di Wisma Belia Indera Mahkota hari ini, manakala keseluruhannya pula membabitkan 7,015 pelajar bagi seluruh Pahang.
Dalam pada itu, Nor Azimi berkata, bagi mereka yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun yang mempunyai masalah kesihatan atau komorbid telah mula diberikan suntikan bermula 15 September lalu.
“Mereka ini menerima suntikan di lima buah PPV hospital di negeri ini membabitkan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas), Hospital Pekan, Hospital Kuala Lipis dan Hospital Bentong.
“Setakat kini, seramai 183 remaja yang ada masalah kesihatan atau komorbid telah diberi suntikan di hospital dengan pengawasan doktor pakar. Hospital Pekan memberi suntikan kepada 165 remaja manakala Hoshas pula seramai 18 remaja,” katanya.
Sementara itu, katanya, kerajaan negeri menetapkan sasaran sebanyak 80 peratus populasi remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun lengkap dengan dos pertama dan kedua vaksin, Disember depan.
“Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa dan penjaga amat penting, iaitu dengan membenarkan anak-anak mereka khususnya yang bersekolah menerima suntikan vaksin Covid-19.
“Dengan bertambahnya bilangan kumpulan remaja ini mendapat imunisasi tersebut maka liputan vaksinasi Covid-19 dalam populasi negeri ini dapat dipertingkatkan sekaligus membantu mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut.
“Bagi pelajar yang menolak untuk menerima vaksinasi, kami di pihak kementerian sedia  memujuk dan memberi pandangan untuk mereka menyertai program ini manakala kaunseling pula akan turut diberikan kepada ibu bapa terlibat,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/sebanyak-42875-remaja-14-16-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Teruja Terima Hadiah Vaksin Covid 19 Pada Hari Jadi

Remaja Teruja Terima Hadiah Vaksin Covid 19 Pada Hari Jadi

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 239 hits
Ibarat hadiah hari jadi bagi seorang remaja lelaki apabila secara kebetulan menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID 19 pada hari kelahirannya yang ke 18 hari ini Ahmad Airoul Firhan Mohd Rosdi berkata dia mendaftar untuk menerima s...
Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 220 hits
Setakat ini sebanyak 81 7 atau kira kira 960 126 penduduk dewasa di Pahang sudah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin Covid 19 KUANTAN Pelajar Tingkatan 4 dan 5 di negeri ini akan menerima dos pertama suntikan vaksin Covid 19 bermula...
Risiko Alami Miokarditis Di Kalangan Remaja Terima Vaksin Amat Rendah

Risiko Alami Miokarditis Di Kalangan Remaja Terima Vaksin Amat Rendah

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 244 hits
Risiko alami miokarditis di kalangan remaja terima vaksin amat rendah Risiko kanak kanak untuk mengalami miokarditis dan perikarditis selepas positif Covid 19 adalah lebih tinggi berbanding ketika mereka mendapat vaksin wabak itu menurut pa...
Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 338 hits
Sebelum ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mula menggerakkan kempen pemberian vaksin Covid 19 kepada remaja 12 hingga 17 tahun Disebabkan itu pelakon remaja Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel Shamsaini 16 t...
Kutipan Sisa Pepejal Domestik Seluruh Negeri Pahang Meningkat 7 Sejak Awal Bulan Lalu

Kutipan Sisa Pepejal Domestik Seluruh Negeri Pahang Meningkat 7 Sejak Awal Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 243 hits
KUANTAN Kutipan sisa pepejal domestik di seluruh Pahang meningkat sebanyak tujuh peratus tahun ini susulan pembukaan lokasi peranginan dan kawasan riadah sejak awal bulan lalu Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pahang Sha...
Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Pusat pelancongan pulau berserta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa
Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Video

Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Video

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 334 hits
Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun VIDEO CARSON CITY Nevada Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat mengahwini seorang lelaki berusia 42 tahun lebih tua daripadanya lapor akhbar kelmarin Anggota polis te...
Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Audrey berkenalan dengan Kevin melalui satu aplikasi pacaran dan menyifatkan hubungan itu sebagai cinta pandang pertama Jam Press 19 tahun berkahwin dengan lelaki 42 tahun lebih tua walaupun ibu bapanya pada mulanya memanggil polis ke atas ...
Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 367 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Pasukan Petugas Tioman yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan bagi tujuan pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard apabila sektor pelancongan Pulau Tioman kembali dibuka 1 Okt ini Pen...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life