Risiko Alami Miokarditis Di Kalangan Remaja Terima Vaksin Amat Rendah



Risiko alami miokarditis di kalangan remaja terima vaksin amat rendah
Risiko kanak-kanak untuk mengalami miokarditis dan perikarditis selepas positif Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding ketika mereka mendapat vaksin wabak itu, menurut pakar Kementerian Kesihatan (KKM).
Justeru, Dr Nik Khairulddin Nik Yusoff, yang mengetuai Unit Paediatrik di Hosital Raja Perempuan Zainab 2 Kelantan, menggesa ibu bapa agar memastikan anak mereka divaksin kerana manfaat yang akan diperoleh adalah jauh melangkaui risikonya.
“Memang ada laporan mengenai kesan sampingan seperti miokarditis dan perikarditis selepas (menerima) vaksin MRNA seperti Pfizer atau Moderna di kalangan lelaki remaja dan bawah 30 tahun.
“Biasanya (kes ini) selepas seminggu pertama vaksinasi dos kedua. Tapi bilangan (kes seumpama itu) kecil. Hanya kira-kira 0.001 peratus daripada penerima.
“Sekarang ini banyak kajian menunjukkan risiko untuk dapat miokarditis selepas dijangkiti Covid-19 jauh lebih tinggi berbanding mendapatnya selepas vaksinasi. Jauh lebih tinggi,” katanya ketika sesi bersama media secara dalam talian hari ini.
Sesi itu dianjurkan KKM untuk memberi penerangan berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Pick) Remaja yang sedang berlangsung.
Miokarditis adalah keradangan pada otot jantung manakala perikarditis keradangan di kawasan membran yang membaluti jantung. Kedua-duanya boleh menjejaskan fungsi jantung.
“Setakat data yang kita terima dari seluruh dunia, kebanyakan kes yang dilaporkan (di kalangan remaja yang menerima vaksin mRNA) adalah (kesan sampingan) ringan dan sembuh dengan cepat selepas rawatan ringkas,” katanya.
Katanya lagi, vaksinasi Covid-19 penting untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada virus, terutama di saat kebanyakan golongan dewasa sudah menerimanya.
Menurut statistik KKM, bilangan kes positif melibatkan golongan berusia bawah 18 tahun meningkat daripada 12,620 kes tahun lalu kepada 410,762 antara Januari hingga 21 September tahun ini.
Bilangan kes kematian akibat Covid-19 melibatkan peringkat usia itu juga meningkat daripada enam kes untuk tahun lalu kepada 75 kes untuk tahun ini.
Pihak berkuasa kesihatan percaya punca peningkatan itu adalah penularan varian Delta yang mudah berjangkit.
Elak kegiatan fizikal berat
Walaupun kesan sampingan serius amat jarang berlaku, Nik Khairulddin berkata KKM masih memantau situasi itu.
Katanya, ibu bapa dan anak akan diberikan taklimat berhubung tanda yang perlu diperhatikan setelah mendapat vaksin, seperti sakit dada, kesukaran bernafas, peningkatan kadar denyut jantung dan rasa berdebar-debar.
“Ini tanda-tanda yang kita maklumkan supaya mereka tahu dan maklumkan kepada petugas kesihatan dan dapatkan rawatan,” katanya lagi.
KKM turut menasihatkan golongan remaja agar tidak melakukan kerja fizikal berat seperti kegiatan sukan selama antara dua hari hingga seminggu selepas menerima suntikan.
Pakar kardiologi kanak-kanak Dr Zulkifli Ismail berkata, banyak kes miokarditis yang dilaporkan di Amerika Syarikat dipercayai melibatkan kegiatan seperti itu selepas vaksinasi.
“Nasihat ini bukan untuk remaja sahaja tetapi sesiapa sahaja. Mereka patut elak kegiatan berat selama kira-kira seminggu.
“Untuk kanak-kanak, kita nasihatkan (rehat) antara dua hari hingga seminggu.”
Sementara itu, penerima vaksin juga dinasihatkan agar tidak mengambil ubat seperti paracetamol dan ibuprofen – untuk mengelakkan kesan seperti kesakitan dan demam – sebelum disuntik.
Dr Nik Khairulddin s berkata ubat-ubat itu hanya perlu diambil jika individu mengalami sakit atau demam selepas suntikan.
“Garis panduan untuk tak ambil (ubat) untuk elak sakit dan demam bukan untuk vaksin Covid-19 saja, tetapi semua vaksin.
“Sebab ia mungkin sebabkan vaksin tak beri kesan terbaik,” katanya lagi. Mk
Risiko alami miokarditis di kalangan remaja terima vaksin amat rendah
The post Risiko alami miokarditis di kalangan remaja terima vaksin amat rendah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/23/risiko-alami-miokarditis-di-kalangan-remaja-terima-vaksin-amat-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 341 hits
KUANTAN Pahang mensasarkan pemberian imunisasi Covid 19 kepada kumpulan remaja pertama berusia 16 hingga 17 tahun berjumlah 42 875 bagi seluruh negeri ini menerusi Program Imunisasi Covid 19 Remaja Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Nor Azi...
Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 338 hits
Sebelum ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mula menggerakkan kempen pemberian vaksin Covid 19 kepada remaja 12 hingga 17 tahun Disebabkan itu pelakon remaja Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel Shamsaini 16 t...
Vaksin Covid 19 Rindu Sekolah Dorong Remaja Orang Asli Terima Vaksin

Vaksin Covid 19 Rindu Sekolah Dorong Remaja Orang Asli Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 272 hits
Rindu untuk ke sekolah selepas sekian lama menjalani PdPR mendorong 75 pelajar remaja orang Asli suku kaum Semaq Beri dan Jakun memberanikan diri menerima vaksin COVID 19 jenis CanSino SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astro...
Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Di Lahad Datu Selepas Mendapatkan Vaksin Covid 19 Tidak Benar

Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Di Lahad Datu Selepas Mendapatkan Vaksin Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 362 hits
Seramai 410 489 remaja telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 sehingga semalam dan setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu Gambar fail BERNAMA Vi...
Remaja Meninggal Selepas Disuntik Vaksin Berita Palsu

Remaja Meninggal Selepas Disuntik Vaksin Berita Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 271 hits
suaramerdeka com29 9 2021 PENGARAH Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani MudinPENGARAH Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin menafikan dakwaan seorang remaja meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid 19 di Lahad Datu Penafian itu dibu...
Pm Singapura Terima Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

Pm Singapura Terima Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 221 hits
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos ketiga vaksin Covid 19 di Hospital Besar Singapura pada 17 September MCI Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mendapatkan suntikan booster iaitu dos ketiga vaksin Covid 19 di Hospital Besar Sing...
Hiburan Terpaksa Tangguh Vaksin Ieda Moin Alami Masalah Hypertension Dan Pendarahan Vagina

Hiburan Terpaksa Tangguh Vaksin Ieda Moin Alami Masalah Hypertension Dan Pendarahan Vagina

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 256 hits
Pelakon Ieda Moin menjelaskan bahawa dia terpaksa menangguhkan pengambilan vaksin kerana mengalami masalah kesihatan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIeda dalam pada itu berharap agar tidak wujud amalan berpuak puak dalam inustri kreatif hany...
Kocaknya Fenomena Remaja Jompo Di Kalangan Anak Muda Makanya Pada Sering Sering Olahraga

Kocaknya Fenomena Remaja Jompo Di Kalangan Anak Muda Makanya Pada Sering Sering Olahraga

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 507 hits
Kelihatannya sih masih anak muda banget tapi dalemnya udah berasa kayak lansia Pasti pada begini juga kan
Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 220 hits
Setakat ini sebanyak 81 7 atau kira kira 960 126 penduduk dewasa di Pahang sudah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin Covid 19 KUANTAN Pelajar Tingkatan 4 dan 5 di negeri ini akan menerima dos pertama suntikan vaksin Covid 19 bermula...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life