40 Tahun Bn Kuasai Nenggiri Tanpa Selesai Masalah Rakyat
harakatdaily.com
August 12, 2024
GUA MUSANG: Selepas seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri berjalan ada isyarat menunjukkan rakyat akan memberi kemenangan kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN)
Pengarah Operasi PN Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, sepanjang kempen memperkenalkan calon PN sambutan rakyat begitu hebat kepada Mohd Rizwadi Ismail.
Katanya itu belum lagi diambil kira tawaran yang dikemukakan calon PN seperti diumumkan malam tadi.
“Lebih spesifik lagi kita yakin akan tambah sokongan terutama golongan atas pagar. Tahniah kepada calon kerana kemukakan tawaran ‘free size’ yang menggambarkan kesediaan untuk selesaikan masalah berikutan kegagalan wakil rakyat BN lebih 40 tahun di Nenggiri.
“Dan tindakan bekas ADUN Nenggiri (Mohd Azizi) menyebabkan rakyat mengalami kekecewaan berlanjutan. Jadi peluang PRK inilah rakyat Nenggiri dan Gua Musang akan perubahan sebenar,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Gua Musang hari ini. (Foto atas)
Hadir sama, Pengerusi PN PRK Nenggiri, Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ketua Penerangan PAS neger,i Mohd Asri Mat Daud dan Mohd Rizwadi.
Annuar juga berkata, rakyat Nenggiri tidak perlu mengulangi dengan memberi mandat kepada BN kerana kegagalan mereka lebih 40 tahun menguasai Nenggiri sebelum ini.
Menurutnya juga tawaran yang dikemuka calon PN dianggap sebagai rentas parti bagi menyelesaikan masalah dihadapi generasi kedua Felda dan Kesedar, masalah geran tanah tidak selesai dan impian peneroka memiliki ladang belum tercapai.
Begitu juga katanya kes di kampung tradisi berlaku pertindihan lot dan masalah masyarakat Orang Asli di bawah JAKOA tidak selesai sehingga sekarang.
– HARAKAHDAILY 12/8/2024View Synonyms and Definitions
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/40-tahun-bn-kuasai-nenggiri-tanpa.html