4 Warga Filipina Dipenjara Miliki Dokumen Palsu
4 Warga Filipina Dipenjara Miliki Dokumen Palsu
KOTA KINABALU: Empat warga Filipina, salah seorang adalah wanita, dipenjara oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana memiliki dokumen palsu dan bersubahat untuk mendapatkan dokumen palsu.Mereka ialah Nordin Alusin, 37, Julbin Jimlani, 76, Sulki Guri, 49 dan Darwina Jimi, 20.
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Dana Arabi Wazani, yang duduk sebagai Hakim.
Prosiding itu dijalankan di Pusat Tahanan Sementara Imigresen Papar.
Darwina dipenjara enam bulan kerana memiliki permit masuk palsu pada jam 3.30 petang, pada 6 Jun tahun ini di sebuah rumah sewa di Taman Elok, Jalan Tangkong, Penampang.
Nordin dipenjara 18 bulan kerana memiliki pas lawatan sosial IMM13 palsu dengan nombor siri IP-12011-2497 di bawah namanya pada jam 10.45 malam pada 5 Jun tahun ini di sebuah rumah di Jalan Kionsom Lama, Inanam.
Sulki juga dipenjara 18 bulan kerana memiliki pas lawatan sosial IMM13 palsu dengan nombor siri IP-1209-54100 atas nama Ainijal Tantong.
Kesalahan tu berlaku pada jam 5.20 petang, 5 Jun lalu di hadapan sebuah kedai gunting di Jalan Haiwan Kg Likas, di sini.
Julbin juga dipenjara 18 bulan kerana bersubahat dengan Sulki untuk mendapatkan pas lawatan sosial IMM13 palsu pada jam 6.05 petang pada hari sama dengan Sulki di Taman Chong Thien Vun, Jalan Kolam Air, Kg Air, here.
Semua mereka diperintah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap dan selepas menjalani hukuman, mahkamah memerintahkan mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Difahami bahawa rakyat Filipina itu ditangkap dalam Ops Serkap yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen pada Jun tahun ini.
Pegawai Pendakwa Zaifee Zaimin mewakili pendakwaan. – Harian Ekspres
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/4-warga-filipina-dipenjara-miliki.html