Apa Dah Jadi Kes Covid Malaysia Lepasi Indon Filipina



Kes harian Covid 19 Malaysia yang melepasi kes harian di Indonesia dan Filipina, negara tetangga ASEAN, menyebabkan Malaysia mencatat rekod terburuk baharu hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah.
Supremo DAP, Lim Kit Siang berkata demikian dalam satu kenyataan dan mendesak Ismail menyegerakan langkah menangani Covid serta keperluan beliau melepasi 4 ujian penting dalam menghadapi pandemik berkenaan.
“Kerajaan Ismail Sabri berdepan ujian sama ada ia mampu untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 dan mengawal penyebaran wabak tersebut, memandangkan penularannya masih terus meningkat
“Semalam, kita melepasi paras 1.6 juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19.
“Hari ini, kita bakal melepasi paras 15,000 untuk jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19.
“Mampukah kita mengurangkan kes kematian akibat Covid untuk mengelakkan negara mengumpulkan lebih 16,000 kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64?
“Rakyat Malaysia perlu tahu untuk dua hari berturut-turut, kita telah menjadi negara nombor satu di ASEAN yang mempunyai kes harian baharu Covid-19 tertinggi, menewaskan Indonesia dan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, perbandingan dengan Indonesia yang mempunyai 271 juta penduduk dan Filipina 106 juta jiwa dilihat kurang masuk akal namun, katanya, apabila negara berkenaan mengalami jumlah jangkitan lebih rnedah daripada Malaysia maka kelemahan negara dilihat berkali-kali ganda lebih buruk.
“Kita mempunyai 20,839 kes baharu Covid pada 24 Ogos dan 22,642 kes baharu pada 25 Ogos, berbanding Indonesia yang mempunyai 19,100 dan 18,671 kes baharu untuk kedua-dua hari tersebut, dan Filipina yang mempunyai 11,891 dan 13,573 kes baharu untuk kedua-dua hari yang sama.
“Malah, kita mempunyai kes harian baharu Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia untuk 10 hari berturut-turut. Itulah sebabnya faktor masa memainkan peranan penting dalam mengawal penularan wabak ini.
“Sejak Mahiaddin Yassin melepaskan jawatan sebagai PM pada 16 Ogos, terdapat 212,345 kes Covid-19 dan 2,308 kes kematian akibat wabak itu.
“Sekarang waktu genting yang memerlukan tindakan pantas, dan Ismail harus segera berusaha untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19,” katanya.
Bagaimanapun, Kit Siang menyandarkan harapan beliau kepada satu permulaan baik yang akan berlaku selepas pertemuan PM dan pemimpin tertinggi PH kelmarin.
Katanya, tiba masa pembangkang saling membantu kerajaan agar rakat tidak terjerumus ke lembah kemusnahan akibat Covid yang lebih parah.
“Kita mungkin berada di kerusi pembangkang, namun apabila negara berdepan krisis, semua rakyat Malaysia harus bersatu supaya negara dapat mengharungi cabaran ini.
“Saya teringat seruan saya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-30 pada 1987, di mana saya menyeru pemimpin tertinggi politik mengadakan perbincangan untuk menurunkan suhu perkauman di negara ini supaya tumpuan lebih boleh diberikan memulihkan ekonomi negara.
“Ini adalah masanya semua parti-parti politik menunjukkan apa pun perbezaan politik yang ada, mereka tetap bersedia untuk mengetepikan semua itu demi memastikan matlamat bersama tercapai, iaitu memenangi perang melawan wabak Covid-19 supaya Malaysia boleh beralih ke fasa pemulihan negara dan ekonomi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32928

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 194 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19

Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 217 hits
Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19 BANGKOK Jumlah kes COVID 19 di Thailand sudah melepasi angka satu juta pada Jumaat ketika negara ini berusaha meningkatkan kadar vaksinasi untuk membendung peningkatan kes baharu akibat penularan...
Bezanya Kisah Romantika Pemimpin Baru Naik Bukan Nak Kurangkan Kes Covid

Bezanya Kisah Romantika Pemimpin Baru Naik Bukan Nak Kurangkan Kes Covid

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 212 hits
Tolong hentikan romanticize pemimpin macam ini kita perlukan pemimpin bukan pencarian pelakon utama untuk drama pukul 7 People are dying everyday kes masih tinggi varian delta dalam komuniti anak anak PdPR hampir 2 tahun pertumbuhan ekonomi...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 310 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 210 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Jumlah kes positif Covid 19 mencatatkan penurunan kepada 19 807 kes pada Ahad berbanding 22 262 kes pada Sabtu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berka...
27 Kes Kematian Direkodkan Akibat Covid 19

27 Kes Kematian Direkodkan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 194 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun TUARAN Sebanyak 27 kes kematian dilaporkan pada 21 Ogos 2021 disebabkan wabak COVID 19 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kematian itu me...
Lewat Daftar Punca Kes Covid 19 Terus Meningkat Di Sabah

Lewat Daftar Punca Kes Covid 19 Terus Meningkat Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 156 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes harian Covid 19 di Sabah terus meningkat daripada 2 583 kes kelmarin kepada 2 738 kes semalam berikutan masih terdapat kes positif yang lewat didaftarkan Me...
Malaysia Chosen To Test Three Drugs To Treat Covid 19

Malaysia Chosen To Test Three Drugs To Treat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 531 hits
Malaysia will study and see the effectiveness of three chosen drugs to treat Covid 19 patients says health director general Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Malaysia will conduct a study on three types of drugs to treat Covid 19 patients f...
Awani Ringkas Nz Rekod Peningkatan Kes Covid 19 Usahawira

Awani Ringkas Nz Rekod Peningkatan Kes Covid 19 Usahawira

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 246 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan