4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega Keju Harum Enak Menambat Selera


Ramadan yang tiba disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bulan penuh rahmat yang datang setahun sekali ini semestinya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Pada masa ini, kaum ibu tentunya antara yang paling sibuk dalam menyediakan pelbagai masakan kegemaran keluarga untuk bersahur dan berbuka.
Daging Bakar, Ayam Butter, Kek Mentega, Murtabak Keju, Pizza yang dilimpahi keju Mozarella, Susu Bandung, Puding Lemak Berkrim dan banyak lagi menu adalah antara juadah penambat selera dikala berbuka.  Sedap dan mudah dimasak. Malah gabungan resipi baru dan lama ini juga menjadikan tradisi bertukar juadah antara jiran tetangga jadi lebih mengujakan. Mana tidaknya, menu yang dikongsi lain daripada kebiasaan.
Ramai juga yang sudah mula membuat biskut raya. Bila menjengah ke dapur, semerbak aroma wangi biskut dibakar. Bau harum dan lemak mentega membuatkan anak-anak tidak sabar untuk mencuba. Sesekali, terkenang keenakan Semperit Keju air tangan ibu di kampung. Rindunya.   Diam tak diam, kemeriahan dan keterujaan bulan Ramadan dan menyambut Raya kian hangat terasa. Memang seronok dapat memasak pelbagai menu. Lebih menggembirakan bila melihat insan tersayang makan dengan penuh berselera.
Nak tahu macam mana hasilkan masakan yang sedap? Ini rahsianya. 

Mentega Tulen Lebih Enak
Masak menggunakan mentega tulen atau ‘pure butter’ menjadikan masakan anda jadi lebih enak daripada biasa. Ini kerana mentega tulen diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi seterusnya menghasilkan makanan yang sangat menyelerakan. Jenama mentega tulen terbaik tentunya Anchor Butter. Diperbuat daripada 100% susu dari lembu yang diberi makan rumput segar di New Zealand, oleh itu menteganya berwarna kuning keemasan secara semula jadi. Ia merupakan mentega yang penuh dengan rasa, paling halus dan berkrim.

Anchor Butter memberikan rasa yang lebih sedap kepada masakan kerana kandungan lemak susu semula jadinya yang tinggi. Dari masakan tradisional seperti nasi tumis bersama lauk pauk hinggalah ke hidangan barat seperti ayam panggang dan pasta. Menu gabungan tradisional dan barat juga menjadi semakin enak bila menggunakan Anchor Butter.
Dalam pembuatan kek, kelembutan dan keenakan produk yang menggunakan mentega tulen memang tak perlu disangkal lagi. Ia membangkitkan aroma yang lebih harum selain menjadikan kek lebih gebu, rasa lemak dan lazat. Bahkan
Didatangkan dalam dua pilihan iaitu salted and unsalted butter, kedua-duanya boleh digunakan dalam masakan dan juga pembuatan kek serta biskut.  Pilih sahaja mana satu mentega yang sesuai dengan masakan kegemaran anda. Jika menggunakan salted butter, pastikan anda mengawal penggunaan garam agar masakan sempurna rasanya.

Mentega Pengganti Minyak
Mentega boleh dicairkan dan dijadikan pengganti kepada minyak masak. Masakan bertumis, dan bakar jadi lebih enak dan beraroma bila menggunakan mentega. Di bulan Ramadan ini, menu Ayam Panggang, Murtabak, Sate, Roti John dan sebagainya boleh anda hasilkan dengan mudah. Malah kalau tiada selera di waktu sahur, sapu sahaja Anchor Butter pada roti bakar.  Sangat sedap. Anchor Butter juga sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis nasi seperti Nasi Ayam, Nasi Beriani, Nasi Mentega, Nasi Minyak dan Nasi Kebuli yang sesuai dihidangkan pada hari raya nanti.  Hasilnya nasi yang dimasak jadi lebih gebu, enak dan wangi.
Makanan Lebih Menarik Dengan Keju
Hari ini keju bagaikan sudah menjadi bahan wajib dalam pelbagai masakan di Malaysia, malah penggunaannya telah banyak diadaptasi ke dalam masakan tempatan seperti lempeng, murtabak, pelbagai menu ayam, kuih muih pedas, manis dan banyak lagi. Peminatnya bukan dalam kalangan orang muda sahaja, malah menjadi kegemaran di pelbagai peringkat usia. Antara keju popular yang selalu digunakan ialah Mozarella, Parmesan dan juga Cheddar. 

Bagi penggemar keju mozzarella, Perfect Italiano Mozzarella Cheese adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan masakan yang enak dan menyelerakan bila dimakan.
Di musim Ramadan ini, sangat enak kalau dapat berbuka dengan Murtabak Cheese  https://bit.ly/3gtgcsz Inti yang enak ditambah pula dengan limpahan keju Perfect Italiano Mozzarella menjadi ia sebagai menu yang ditunggu-tunggu untuk dijamah. Tentunya pengalaman menikmati makanan tempatan yang ditambah sedikit sentuhan moden ini memberikan rasa lebih menyeronokkan.


Jika mahu menikmati piza ‘homemade’ dengan rasa keju yang hebat penuh aroma (all rounded/full flavour), keju Perfect Italiano Perfect Pizza sangat disyorkan. Ia mengandungi  campuran keju Cheddar, Mozarella and Parmesan yang menjadikan piza ‘homemade’ anda seakan dari restoran terkenal! Sangat memuaskan dan tentunya enak hingga ke suapan terakhir.

Keju jenis ini juga sangat sesuai dijadikan penambah rasa masakan yang rasanya lebih tawar. Taburlah keju ini di atas nasi goreng atau jadikan ‘topping’ untuk aneka sayuran panggang. Rasa tentunya lebih enak malah kelihatan lebih mewah.

Ada bermacam lagi menu yang sedap dan mudah yang boleh dihasilkan di sepanjang bulan Ramadan ini. Istimewa buat anda, dikongsikan empat resipi istimewa yang sesuai dicuba ketika sahur, berbuka puasa dan juga hari raya. Selamat mencuba!

LEMPENG CHEESE SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum1 cawan air3 sudu makan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM100gram keju PERFECT ITALIANO MOZARELLA– parut100gram mentega tanpa garam ANCHOR1 biji telur6-8 ekor udang sederhana – cincang kasar2 tangkai daun bawang – cincang halus4 biji cendawan butang – cincang halus1 biji lobak merah – parut halus1 biji cili merah – cincang halus1 labu bawang besar – cincang halus1 sudu teh garam¼ sudu teh lada sulah½ sudu teh chilli flakesCARA MEMASAK:
Satukan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM bersama air lalu bancuh hingga sebati.Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, bancuhan susu dan telur. Kacau semua bahan hingga sebati dan agak likat.Masukkan semua bahan lain kecuali keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan gaul sebati.Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.Cairkan satu sudu makan mentega tanpa garam ANCHOR dalam kuali leper (non stick).Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali. Tabur parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan masak untuk beberapa minit.Masak lempeng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian. Ulangi proses hingga kesemua bancuhan lempeng habis. Hidangkan panas.Klik link untuk video cara membuat: https://ift.tt/3gGgrk6

MINI MURTABAK DAN KEJU
BAHAN-BAHAN:
10-12 keping kulit popiah size kecil1 cawan cincangan ayam – rebus3 biji telur150gram keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA – parut30gram mentega bergaram ANCHOR (salted)1 labu bawang besar – cincang1 tangkai daun bawang – cincang1 sudu makan serbuk kari1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama serbuk kari, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.Masukkan cincangan bawang, ayam, daun bawang diikuti dengan parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA. Kacau sebati.Ambil sekeping kulit popiah, letak sesudu inti telur tadi lalu lipat empat segi dan letak sedikit kuning telur di penghujung kulit popiah (supaya inti tak terkeluar) lalu rapikan lipatan.Cairkan mentega ANCHOR di dalam kuali. Goreng 2-3 biji murtabak mini hingga keperang-perangan. Ulangi proses hingga semua murtabak habis digoreng.Hidangkan panas. Jika suka boleh dimakan dengan sos atau hirisan cili padi.Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3aNguXD

MAC AND CHEESE RENDANG
BAHAN A:
200gram macaroni – celur hingga lembut1 sudu makan parsley keringBAHAN-BAHAN SOS:
2 cawan rendang daging1 cawan air rebusan daging1 cawan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA – parut2 sudu makan mentega bergaram ANCHOR (salted)1 sudu makan tepung gandumGaram secukup rasaCARA MEMASAK
Cairkan mentega ANCHOR di dalam kuali. Masukkan tepung gandum bersama air rebusan daging. Didihkan dengan api yang kecil sambil mengacau terus.Masukkan rendang daging dan kacau rata. Tambah garam jika perlu. Tutup api.Masukkan macaroni dan ¾ cawan parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA Kacau sebati.Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit mentega bergaram ANCHOR. Tuang campuran macaroni tadi ke dalam periuk.Tabur cincangan parsley dan lebihan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA di atasnya.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga keju cair. Hidangkan panas.
SEMPERIT KEJU SUSU
BAHAN-BAHAN:
227gram mentega bergaram ANCHOR (salted)380gram tepung jagung130gram gula aising100gram PERFECT ITALIANO PARMESAN CHEESE POWDER3 sudu makan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM3 sudu makan tepung kastard1 sudu makan tepung beras1 sudu teh esen vanilla1 biji kuning telurCoklat chips – untuk hiasanCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bergaram ANCHOR, gula aising, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati.Masukkan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM, PERFECT ITALIANO PARMESAN CHEESE POWDER, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras. Gaul sebati.Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit. Terap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan coklat chips.Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180c selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3aNmSy6

PERADUAN BERGANDA DARI RASA DAN ANCHOR
Jangan lupa sertai Peraduan Masak, Kongsi & Menang #LebihEnakLebihCeria Bersama Anchor setiap minggu dan menang hadiah wang tunai! Berjumlah RM300 untuk 3 pemenang setiap minggu bermula 14 April sehingga 12 Mei 2021. Wah, meriahnya boleh dapat duit raya! Untuk sertai pastikan anda menonton video-video resipi untuk sahur, berbuka dan raya yang RASA kongsi setiap minggu di FB dan Instagram Majalah Rasa. Siapa tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya. Klik di sini untuk cara menyertai https://ift.tt/3eGWl6u
Bukan itu sahaja, nak menang lagi hadiah. Ada lagi peraduan menarik untuk anda sertai daripada Anchor. Peraduan Riang Raya & Menang Bersama Anchor. Anda hanya perlu beli produk Anchor di Pasaraya atau ditalian ini https://rb.gy/1fucc9  dan berpeluang memenangi hadiah Thermomix dan Le Creuset! Lanjut di https://ift.tt/3aKNik3
Wah meriahnya Ramadan dan Raya kali ini. Jom sertai peraduan hebat bersama Rasa dan Anchor. Setahun hanya sekali. Masa untuk meraikan keriangan dan menang berganda ini.
Klik link ini untuk mendapatkan pelbagai resipi enak menggunakan keju. https://www.facebook.com/AnchorDairyMalaysia/  
https://ift.tt/2hmjNvw


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/4-resipi-mudah-untuk-puasa-dan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resipi Biskut Raya Mudah Boleh Buat Guna Coklat

10 Resipi Biskut Raya Mudah Boleh Buat Guna Coklat

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 627 hits
Aneka resipi biskut raya berasaskan coklat yang bakal menjadi rebutan kanak kanak Selain rasanya yang enak dan manis gabungan coklat dalam biskut dilihat sangat menyelerakan Jom cuba Pasti raya anda nanti jadi lebih meriah 1 COKLAT BADAMBAH...
1 Bahan Boleh Buat 5 Kudapan Raya Hanya Guna Penne Pasta Resipi Mudah Sedap

1 Bahan Boleh Buat 5 Kudapan Raya Hanya Guna Penne Pasta Resipi Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 511 hits
Selain biskut raya kudap kudapan seperti kerepek sangat sesuai dihidangkan ketika hari raya Namun tak ramai yang sanggup membuat kerepek sendiri kerana proses penyediaanya yang rumit dan memakan masa yang lama seperti kerepek ubi kerepek pi...
Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti Rasa Tetap Sedap Lembut

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti Rasa Tetap Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 407 hits
Kuih akok ini agak popular lebih lebih lagi pada bulan puasa Jika dilihat cara pembuatan secara tradisional sangat merumitkan Tidak hairanlah ramai yang hanya membeli di kedai sahaja Namun dengan teknologi yang ada sekarang resipi sudah dio...
Resipi M M Cookies Bahan Mudah Nak Buat Pun Senang Antara Biskut Raya Paling Laris

Resipi M M Cookies Bahan Mudah Nak Buat Pun Senang Antara Biskut Raya Paling Laris

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 538 hits
Biskut raya moden yang direka kreatif sememangnya buat kita mudah tertarik Apa lagi jika digabungkan bersama elemen yang enak dan sedap seperti coklat badam dan sebagainya Gabungan coklat m m antara yang cukup menarik perhatian anak anak ki...
Alif Aziz Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Alif Aziz Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 422 hits
Menikmati sajian kegemaran dikala berbuka memang membuka selera Dari rasa letih dan tak bermaya nampak sajian favourite depan mata terus rasa tak sabar nak merasa Begitu jugalah dengan pasangan selebriti Alif Aziz dan isterinya Bella Astill...
Resipi Kek Marble Raya Gebu Guna Sukatan Cawan Senangnya

Resipi Kek Marble Raya Gebu Guna Sukatan Cawan Senangnya

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 524 hits
Masuk hari ke 20 Ramadan pasti resipi kek sudah siap tersedia untuk dicuba pada hari raya nanti Jangan bazirkan waktu dan tenaga dengan mencuba pelbagai kek yang sukar Hidangkan sahaja kek mudah homemade yang sedap dan menjimatkan masa Sala...
Resipi Biskut Mazola Sedap Mudah Yang Hanya Guna 4 Bahan

Resipi Biskut Mazola Sedap Mudah Yang Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 613 hits
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri Mana tidaknya nak buat biskut ni sangat mudah Bahannya pun sangat ringkas Rasanya pun semestinya sedap Bagi anda yang masih tercari cari resipi Biskut Mazola y...
5 Resep Bikin Kreasi Kornetmu Naik Kelas Enak Dan Mudah Dibuat Untuk Bulan Puasa

5 Resep Bikin Kreasi Kornetmu Naik Kelas Enak Dan Mudah Dibuat Untuk Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 226 hits
Daripada cuma digoreng aja yuk coba kreasikan Jadi kue dengan tambahan keju juga bisa
Resipi Kuih Tako Air Tangan Orang Lama Ini Sukatan Tepat Mudah Sedapnya

Resipi Kuih Tako Air Tangan Orang Lama Ini Sukatan Tepat Mudah Sedapnya

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 362 hits
Selain kuih tepung pelita kuih tako juga tidak kurang hebatnya Menu istimewa ini seringkali disajikan setiap kali datangnya bulan Ramadan Bulan puasa ini apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah Menu ringkas dan penggunaan bahannya pun ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat