Panduan Penyusuan Diperingkat Awal Kelahiran Sangat Membantu Menambah Susu Badan Ibu
Ramai ibu muda mengalami rasa ‘panik’ selepas kelahiran bayi mereka apbila susu badan tidak keluar dan malah tiada langsung. Situasi ini, dialami bukan saja pada ibu yang kali pertama melahirkan, malah yang sudah mempunyai 2-3 orang anak juga.
Ya, susu badan tak ada memang akan buat ibu rasa stress.
Nak menambah susu badan sendiri pula, tak tahu cara yang betul dan berkesan.
Semua ini berlaku adalah disebabkan kurangnya informasi. Kempen penyusuan susu ibu sebenarnya sudah lama dijalankan. Namun, tidak semua yang menyokong malah ada yang mengejek usaha murni ibu-ibu yang mahu menyusukan anak dalam tempoh masa tertentu seawal dari fasa pertama kelahiran bayi hingga 2 tahun.
Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagus Untuk Menambah Susu Badan Dengan Efektif.
Susu ibu ini anugerah yang tuhan kurniakan pada wanita. Jadi, anim kagum pada ibu-ibu yang pasang impian nak menyusukan anak dengan sempurna. Ada banyak kebaikan apabila anak minum susu ibu kerna susu ibu diciptakan oleh Allah sebagai rezeki yang disalurkan melalui ibu kepada anak tersebut.
Kebiasaanya, ramai ibu yang kali pertama menghadapi waktu kelahiran bayi akan cepat giveup, hilang arah bagaimana mahu menyusukan anak disebabkan tiada pengalaman dan panduan yang betul mengenainya.
Saya juga pernah menangis, tahan sebak dan rasa bodoh kerana tak dapat menyusukan anak dengan sempurna saat awal kelahiran. Ini kan pula mahu menambah susu badan, memang tak reti.
Persediaan awal yang ibu patut lakukan adalah:
Tanam niat mahu menyusukan anak sejak awal kelahiran dengan susu badan sendiri
Meluahkan hasrat dan impian pada pasangan (suami) agar mendapat sokongan
Beri peluang untuk diri mencuba sekurang-kurangnya 6 bulan pertama
Mendapatkan info dan panduan di klinik atau hospital (rakan bayi)
Persiapan dari segi mental dan emosi – menyusukan anak bukan mudah jika tak tahu caranya
Perkara terpenting harus seorang ibu ada untuk menjayakan penyusuan bayi dengan sempurna adalah tidak patut wujud rasa malas. Ya MALAS!
Sikap malas ini akan hapuskan impian anda dari awal tadi untuk menyusukan anak kelak. Jangan malas untuk cari maklumat, jangan malas untuk usaha, dan jangan malas untuk kasi bayi susu sekerap mungkin.
KENAPA ANDA PERLU MENYUSUKAN ANAK?
Jawapan pada soalan ini senang saja. Nak banyak susu badan susukan anak dengan kerap. Ini cara terbaik bagi ibu menambah susu badan dengan sempurna walaupun pada permulaannya ada banyak cabaran perlu dilalui.
Hati kena sado, telinga kena pekakkan dari kata-kata jahat orang diluar sana. Sebagai ibu, kita perlu tegas dalam menjayakan proses penyusuan sehingga dapat hasil yang baik.
Sebab anda perlu susukan anak:
Kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.
Ia nutrisi lengkap untuk bayi membesar
Tidak perlu modal besar dan jimat wang ringgit
Penyusuan susu ibu memberikan rasa selesa dan penghadaman taraf lima bintang pada usus bayi.
Ia membentuk sifat, akhlak, rohai dan emosi yang stabil malah rasa kasih kepada si ibu
Penyusuan susu ibu dapat mengenyangkan bayi anda.
Penyusuan susu ibu bukan sahaja setakat mengenyangkan perut bayi, malah dibekalkan sekali dengan rasa kasih sayang dan jaminan keselamatan. Memangku dan memeluk bayi memuatkan mereka selesa dan menambah rasa cinta kepada anda.
Panduan Untuk Ibu Tahu, Sebelum Dan Selepas Kelahiran Bayi.
Rialiti sekarang kita tengok ramai sangat ibu yang tanpa fikir panjang terus berikan bayi mereka susu formula.
Bukan tak bagus, cuma kurang elok pada bayi yang berusia kecil ini.
Jadi cara selamat dan baik, dapatkan ilmu serta panduan bagaimana mahu menjayakan penyusuan susu ibu.
Kalau anda bersalin di Hospital Swasta yang bukan menyokong penyusuan ibu (rakan bayi), anda perlu memohon untuk menyusukan anak sendiri. Maklumkan awal-awal pada pihak hospital.
Ini kerana kebiasaanya mereka akan berikan susu formula kepada bayi. Jadi kita tak nak semua ini berlaku. Sebaiknya, segerakan dalam tempoh sejam selepas kelahiran dengan susukan bayi anda sendiri. Biar air pertama yang masuk ke perut mereka ialah susu ibu itu sendiri.
Jika anda bersalin secara normal, anda wajib untuk memohon supaya anak anda tidur bersama anda (ROOM IN) bagi membolehkan anda menyusukan bayi sekerap yang boleh atau mengikut permintaannya “feeding on demand“.
Anda sebenarnya berkmungkinan akan dibekalkan dengan sample susu formula dari brand tertentu. Sebaiknya, buang atau beri pada ibu lain yang tidak berhasrat untuk menyusukan anak mereka. Jangan simpan!
Ini kerana akan timbul hasrat kononnya untuk dijadikan sebagai susu “back up”. Mind set anda juga akan terganggu dan badan tidak bersedia 100% untuk hasilkan susu ibu yang cukup untuk anak.
Mind set sangat penting. Belajar didik minda dan emosi anda.
Sekiranya anda pilih bersalin di hospital kerajaan, anda tidak perlu risau. Kerana kebiasaannya, pihak hospital sangat mensarankan anda untuk menyusukan bayi dan tidak membenarkan menggunakan botol susu yang di isi susu formula.
Daripada pengalaman anim sendiri, selalunya nurse akan bawa kepada anda bayi untuk disusukan selepas proses jahitan dan lain-lain selesai.
Risau anak tak hisap susu? Jangan bimbang, bayi dilahirkan didunia ini sangat istimewa. Mereka (bayi) dicipta dengan naluri hisapan yang kuat. Mereka pandai menyusu tanpa perlu diajar. Tugas anda adalah berikan dan pegang mereka dengan kaedah yang betul seperti yang di ajarkan oleh nurse di hospital.
SELEPAS KELAHIRAN
Susukan bayi anda secepat mungkin
Pada 20-30 minit pertama, anda harus manfaatkan sebaiknya. Ini kerana, bayi masih lagi dalam proses penyesuaian dan mencari. Refleks menghisap adalah tinggi pada waktu ini.
Setelah okay, bayi akan mula selesa dan ada tindak balas. Luangkan pula 1-2 jam untuk bayi terus menghisap. Ini waktu paling tenang dan paling peka buat bayi untuk mengenal payudara ibu dan belajar menyusu dengan lebih baik. pada fasa ini, bayi juga akan mula kenal bau anda.
Menyusu dengan kerap
Susukan bayi setiap 1 atau 2 jam sekali. Biasanya dalam tempoh waktu ini, bayi akan minta disusukan sehingga 2-3 kali dalam tempoh tersebut.
Supaya anak anda segera belajar dan membiasakan diri, jangan biarkan anak tidur. Kejut mereka untuk disusukan. Lebih kerap lebih bagus sebenarnya. Masalah kebanyakan ibu, mereka tidak tahu info ini.
Sebenarnya, lebih kerap bayi anda menyusu…lebih banyak hormon prolaktin terhasil. Secara tak langsung, susu akan bertambah lebih banyak kerana ransangan semula jadi dari bayi itu sendiri.
Jangan panik sekiranya anak kerap minta menyusu. Ini adalah normal kerana susu ibu adalah mudah hadam dan perut bayi adalah sangat kecil. Pastikan juga bayi anda dapat menyusu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jangan sesekali anda giveup.
…dan jangan merungut sekiranya bayi ashik minta disusukan. Sebab….
Saat ini lah bayi sedang bantu payudara anda untuk lebih aktif menghasilkan susu. Susu hanya akan banyak jika payudara menerima stimulasi maksimum dari bayi. Jadi, sekiranya anda mahu menambah susu badan dengan banyak, penuhi permintaan bayi anda.
Buat ibu muda, jika mahu proses penyusuan susu ibu lebih sempurna, kalau boleh jangan dedahkan anak dengan botol susu atau pun puting tiruan. Ini kerana bayi akan mudah keliru dikemudian hari.
Baca juga sini, cara elak susu kering
Dalam bulan pertama kelahiran jika bayi menyusu lebih kurang 5-10 kali dalam tempoh 2-3jam! Ini dinamakan sebagai cluster feeding. Itu perkara normal.
Tapi sayangnya, kebanyakan ibu anggap situasi ini tanda anak mereka lapar dan tak cukup susu!
Pada peringkat awal, susu matang mungkin akan lambat terhasil. Tetapi…. kolestrum yang keluar dari payudara ibu adalah memadai untuk bayi. Ia cukup zat, tinggi laktosa dan baik untuk penghadaman mereka. Ya rasanya juga manis, dan bayi sangat suka!
Sedikit info.
Payudara tidak terus bengkak dan penuh dengan susu pada hari 1-3 selepas kelahiran. Ia hanya akan mula membengkak bila susu matang mula terhasil. Selepas semua kolostrum dan “transitional milk” terhasil dan dinikmati oleh bayi barulah susu matang terhasil.
Waktu inilah baru ibu dapat lihat susu memancut bila puting di picit, waktu ini juga barulah susu mula menitik dan membasahi baju anda dan fasa bengkak susu mula terjadi.
Kebiasaannya selepas 4 hari atau seminggu barulah ianya terjadi. Jadi, pesanan anim, keraplah menyusukan anak bagi menambah susu badan anda secara semula jadi.
Memang tak dinafikan usaha dalam penyusuan susu ibu ini bukan kerja enteng dan mudah. Ramai yang ditemani air mata dan dibaluti rasa tertekan. Sabar… Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan. Jagalah dia dengan sempurna mengikut kemampuan.
Jangan kita dicop sombong oleh pemberian yang Maha Esa. Setuju?
PS: Nak menambah susu badan buka perkara susah. Yang susah adalah nak konsisten dan teruskan niat, itu saja. Berdoalah semoga urusan anda Allah permudahkan.
The post Panduan Penyusuan Diperingkat Awal Kelahiran Sangat Membantu Menambah Susu Badan Ibu. appeared first on Gerobok Anim.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://info.gerobokanim.com/membantu-menambah-susu-badan-ibu/