4 Perkara Wajib Tahu Sebelum Niaga Online
Sebelum anda berniaga di dunia online selalu ingat 4 perkara ini:
1. Mindset
2. Profit Calculation
3. Cash Flow
4. Supplier Yang baik
Tanpa mengingati perkara ini anda akan kecundang dalam dunia online dan lebih teruk anda akan kerugian wang dan usaha anda.
Dan juga ilmu yang saya tidak ceritakan di video ini keran asudah tentu anda akan mencari ilmu bagaimana hendak berniaga . Betul tak?
Anda ada Kedai Shopee tetapi merundum , dapatkan EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup Kami
Mari kita membaca apakah 4 perkara yang wajib anda tahu sebelum memebuat perniagaan on line.
Anda boleh sahaja menonton video kami ini tapi jangan lupa subcribe jika inginkan lebih banyak tips tentang bisnis online.
MINDSET Ini adalah yang paling penting iaitu mindset anda adakah sudah bersedia untuk mengharungi dunia online ini. Sama sahaja bidang yang akan anda sertai samada bersukan atau belajar, semuanya memerlukan minat atau mindset yang cukup kuat.
Jika tidak anda akan meninggalkan kerja anda separuh jalan dan masa yang anda buang sebelum ini adalah sia-sisa sahaja. Dalam dunia bisnis online kita sentiasa dipupuk betapa senang membuat wang melalui dunia online tanpa perlu mengeluarkan peluh serta tenaga.
Bab tak keluar peluh tu saya setuju sangat ler, asik duduk mengadap laptop hingga bontot pun kebas..heheheheh. Tetapi tenaga yang harus anda keluarkan amatlah banyak apatah lagi jika anda mempunyai ilmu yang sedikit dan sedang mempelajari dunia online ini, adakalanya teknik yang anda buat akan gagal dan anda harus mencuba semula berkali-kali,
Inilah displin dan cabaran yang harus anda lalui. Katakan anda telah membaca habis semua EBook Shopee Funnel Sales Meletup saya dan jika anda baru sahaja membuka kedai Shopee, anda harus menghabiskan masa 2-3 minggu hanya untuk membaiki Produk listing anda. Belum lagi masa yang akan anda gunakan untuk mencari Winning produk dan kemudian membuat Offer pada produk melalui sistem marketing. Ini cabaran EBook saya ...heeheheh.
Saya hanya mengajar step yang betul bagainana membuat kedai Shopee yang baik dan jaminan sales yang tinggi bukannya saya berjanji dengan Ebook ini anda akan jadi kaya tanpa apa-apa usaha. Kalau anda nak yang itu cari ler, gurus-gurus yang banyak tawarkan kelas kaya cepat..
Maksud saya ialah usaha dan semangat anda mesti dah tetap sebelum sertai dunia online yag kejam ini ..Sebab dunia online pesaingnya cukup banyak dan anda harus bersaing dengan oarang-orang baru serta bersaing dengan otai-otai lama. Lama-kelamaan apabila anda dah jadi otai, anda kena bersaha kekalkan bisnis anda agar tetap relevan. Never ending story beb...
PROFIT CALCULATION
Anda sudah ada semangat dan sudah tentu anda mahukan binsis anda berjalan dengan lancar dan dalam dunia persaingan ini, untuk pastikan produk kita ini laku keras terutama jika anda dropshipping atau ada kedai di Shopee , anda akan kasi diskaun. free gift atau voucher. Itu normallah bagi semua perniagaan.
Anda sudah membuat semua pengiraan tetapi anda tidak campurkan yuran perkhidmatan serta kos-kos tersembunyi. Inilah yang selalu berlaku pada semua seller online yang baru dan kadangkala pada seller yang lama.
Apatah lagi jika anda sertai program-program Shopee yang cas kos perkhidmatan sehingga 9% . Kalau anda lupa kira, memang rugi ler anda. Tapi anda nasib baik kerana kami ada sediakan Shopee Cheat Sheet Calculation untuk setiap pembelian EBook Shopee Funnel Sales Meletup kami.
CASH FLOW
Ini yang sering anda lupa apabila anda gjairah membuat jualan dan apabila anda mendapat jualan anda todak menghantarnya kerana and akena beli dahulu berangan tersebut dan kemudian baru hantar kepada pelanggan anda jika anda dropshipping.
Dan jika anda founder / punai produk sendiri anda kena sediakan stok yang mencukup dan jika order mencurah masuk anda todak mempunyai stok yang mencukupi.
Apatah lagi jika anda berniaga di Shopee yang akan melepaskan pembayaran setelah pelanggan menerima produk anda. Lalu bagaimana anda hendak rolling modal .
Biasanya unuk peniaga online ini untuk rolling duit mereka akan gunakan kredit kad buat sementara hingga mendapat pembayaran dari pelanggan. Pastikan anda mempunyai kredit kad yang mencukupi atau baki yang mencukupi. Kalau anda telah siap sedia dengan cash flow, baguslah..
SUPPLIER YANG BAIK
Ini merupakan yang paling kritikal samada anda dropshipping atau founder. Kerana seberapa banyak sales yang boleh buat tetapi jika produk tidak mencukupi di sebabkan stok tidak mencukupi dan supplier anda tidak mampu untuk top up secepat yang mungkin maka tiada gunanya.
Sia-sia segala wang yang anda gunakan untuk iklan tetapi stok tiada atau tak mampu disediakan oleh pengilang anda. Rugi besar anda akhirnya.
Pastikan anda mempunyai supplier yang baik atau jika anda dropshipping pastikan syarikat dropshipping anda mempunyai stok yang baik.
Anda bernasib baik kerana dengan setiap pembelian EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup anda akan memperolehi EBook Dropshipping Di Malaysia dimana kami memperkenalkan 3 syarikat dropshipping yang boleh dipercayai dan sedang saya gunakan.
KESIMPULAN
Inilah 4 perkara yang patut anda wajib tahu sebelum berniaga online. Jika salah satunya cacat maka cacatlah bisnis anda atau sukar nak berkembang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/06/4-perkara-wajib-tahu-sebelum-niaga.html