4 Pengajaran Dari Muslimah Syurga Terbaik


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


“Sebaik-baik muslimah syurga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam dan Asiyah.”(Hadis Riwayat Baihaqi)
Apakah keistimewaan yang ada pada mereka

#1 – Mereka Memahami Kehidupan Tetapi Tidak Mencintainya
Kehidupan mereka tidak terlepas dari ujian dan rintangan. Tetapi mereka masih menerima kehidupan dunia sebagai sebuah jalan hidup yang mesti dijalani termasuk meredah apa-apa juga permasalahan dengan sebaiknya dan yakin bahawa Allah adalah segalanya, serta berhak melakukan apa-apa sahaja

Mereka juga sangat sedar bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah di akhirat, yang lebih baik dan kekal malah dunia hanyalah sementara. Khadijah memenuhi hidupnya dengan perjuangan menjadi isteri yang mendampingi suaminya dalam perjuangan menegakkan Islam

Beliau sangat berusaha menjadi isteri yang menenangkan di kala suaminya diuji dan berasa tidak mampu. Bukan sahaja sebagai penasihat, beliau juga sebagai perawat yang melegakan kegundahan hati Rasululalh SAW. Beliau juga sedia dan sentiasa menyakinkan Baginda untuk tidak berasa takut dengan sentuhan, kata-kata serta kasih sayangnya

Beliau sentiasa faham akan masalah dan situasi yang dihadapi oleh Baginda SAW serta menyediakan dirinya untuk menjadi penasihat dan pemujuk. Beliau faham peranannya sebagai seorang isteri kepada Rasulullah SAW

Beliau juga menginfakkan semua hartanya kepada perjuangan Islam. Bukan sahaja dengan jiwa, beliau turut memberikan segala yang dimilikinya untuk Islam yang begitu dicintainya


#2 – Mereka Adalah Wanita Yang Menjaga Kehormatan
Maryam binti Imran adalah contoh terbaik wanita yang menghiasi kehidupannya dengan sangat mentaati Allah. Beliau sesekali tidak terperdaya dengan kesenangan dunia yang melalaikan, malah hanya menghambakan diri kepada Allah SWT dengan penuh nikmat terhadap ibadah siang dan malam

Beliau juga sangat menjaga kehormatan dirinya dengan menjaga diri dari sekecil-kecil perbuatan maksiat. Beliau adalah wanita yang menikmati hidupnya dengan ketakwaan. Maryam sesekali tidak memuaskan kehendak wanitanya yang selalunya gemarkan bercantik- cantik dan berdandan

Pun begitu ujian yang maha berat dianugerahkan kepadanya menjanjikan hikmah yang sangat besar. Walaupun pada awalnya beliau dihina, dicaci kerana melahirkan zuriat tanpa seorang suami, beliau tetap reda dan yakin bahawa Allah SWT menyediakan ganjaran yang cukup hebat buatnya

Yakin dan teguh iman terhadap Allah SWT adalah hasil daripada ketaatannya kepada Allah SWT. Kerana Allah tidak sesekali menurunkan ujian yang hebat kepada hambanya yang hebat imannya


#3 – Mereka Sangat Warak Dan Teguh Iman
Asiyah merupakan isteri kepada Firaun yang terkenal sebagai seorang pemerintah yang zalim dan kejam. Firaun langsung tidak mahu tunduk kepada ajaran Allah SWT. Bahkan, dia sendiri mengakui dirinya sebagai tuhan. Namun siapa sangka di sebalik sosok yang sungguh hitam itu, Allah meletakkan seorang wanita alim sebagai isterinya

Asiyah, adalah wajah wanita yang sungguh teguh pendiriannya dengan kebenaran. Sungguhpun bersuamikan lelaki yang sebegitu, beliau sangat menjaga kemuliaan diri dengan akhlak yang baik dan terpuji, tatkala di sekitarnya dipenuhi dengan kedurhakaan

Beliau mampu bertahan dalam keimanan sewaktu orang terdekatnya yang menjadi suaminya menjadi penghalang utamanya. Namun sesekali beliau tidak gentar dengan meneruskan kepercayaan dan keyakinan terhadap Islam, sehingga Allah SWT menghadiahkan beliau sebuah rumah untuknya di syurga seperti yang dijanjikan.

#4 – Mereka Menjalankan Tuntutan Agama dan Amalan Sunnah
Puteri Rasulullah SAW yang dikasihinya, Fatimah binti Muhammad ialah wanita yang sentiasa berjuang dengan tugasan wanitanya. Beliau mewakili golongan wanita yang berkhidmat sepenuhnya dengan tenaga mereka sebagai ibu dan isteri yang mengerjakan kerja-kerja di rumah

Beliau sentiasa melawan rasa lelah mengadun tepung, menimba air serta mengurus anak-anak. Fitrah wanitanya pernah muncul dengan meminta khidmat (pembantu) daripada Rasulullah, dan menyatakan kepenatannya dengan tugasan hariannya

Namun Baginda memujuk dengan berpesan bahawa nikmat yang diperoleh sebagai seorang isteri adalah seperti berjihad di jalan Allah serta banyak kelebihan lain yang tidak terhingga. Sehingalah Fatimah tidak lagi berkeluh kesah melakukan rutinnya itu. Malah, beliau menikmati rutinnya dengan penuh kenikmatan kerana percaya ada ganjaran yang jauh lebih baik yang bakal diperoleh diatas kepenatannya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang taat, isteri yang taat dan ibu yang bertanggungjawab


Banyak pelajaran yang diajarkan oleh keempat-empat muslimah ini. Mereka menyediakan tauladan yang boleh dijadikan panduan kepada wanita generasi kini supaya mengikuti corak kehidupan seorang muslimah sejati; iaitu dengan menjadi seorang isteri solehah, anak yang taat, muslimah yang cekal dan ibu yang membimbing

Wahai Muslimah! Jadikanlah mereka idolamu! Ikutilah langkah mereka! Semoga Allah merahmati mereka serta kalian yang mengikuti jejak mereka! Aamin

ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :🎗 telegram.me/IRijalOfficial🎗 fb.com/IRijalOfficial🎗 instagram.com/IRijalOfficial🎗 twitter.com/IRijalOfficial🎗 www.mohdnoorshawal.com🎗 shopee.com.my/IRijalStore
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mohdnoorshawal.com/2019/05/4-pengajaran-dari-muslimah-syurga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuliah Pesanan Terbaik Untuk Kaum Muslimah Wanita Islam

Kuliah Pesanan Terbaik Untuk Kaum Muslimah Wanita Islam

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 555 hits
Dalam entry pagi ini teman hendak memanjangkan pesanan atau pun ingatan buat kaum wanita sebagai peringatan bersama untuk menjadi yang terbaik Gambar ehsan Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung a...
The Beauty Expert Academy Spa Cheras Pilihan Spa Muslimah Terbaik

The Beauty Expert Academy Spa Cheras Pilihan Spa Muslimah Terbaik

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 568 hits
Perempuan dan kecantikan berpisah tiada Tapi perlu ingat kecantikan yang hakiki bukanlah dari luaran paras rupa yang bertopengkan solekan tetapi kecantikan seorang wanita itu apabila dizahirkan dalam fizikal dan mental yang benar benar siha...
10 Gaya Rambut Lelaki Terbaik 2019

10 Gaya Rambut Lelaki Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 510 hits
Sekiranya Anda sedang mencari atau ingin mencuba gaya rambut baru untuk ubah penampilan Anda ya Anda berada ditempat yang betul untuk melihat koleksi gaya rambut yang menjadi kegilaan ramai orang buat masa ini Disini saya kongsikan kepada a...
Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1228 hits
Sumber gambar serilawitcorner blogspot comAnda nak memulakan perniagaan atau nak mengembangkan perniagaan Anda perlukan modal untuk proses tersebut Sebab itu ramai peniaga sekarang ni membuat Kertas Kerja Rancangan Perniagaan untuk merancan...
Jenama Tayar Mengikut Gred Terbaik Di Seluruh Dunia

Jenama Tayar Mengikut Gred Terbaik Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 759 hits
Sejak dah 2 kali raya dan puasa ni rasanya time tu jugak aku kena tukar tayar kereta Paling kurang 2 biji Sama ada dah memang haus rosak atau pancit yang tak boleh diselamatkan lagi Kering gak la poket lagi lagi musim perayaan Sebab tu bila...
Jangan Jadikan Ramadan Alasan Gagal Berikan Aksi Terbaik

Jangan Jadikan Ramadan Alasan Gagal Berikan Aksi Terbaik

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 259 hits
LIGA Malaysia yang tetap rancak berlangsung pada bulan Ramadan seharusnya tidak dijadikan alasan kepada pemain untuk gagal memberikan aksi terbaik Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia B Sathianathan berkata setiap jurulatih p
Villa Istana Melaka Tempat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Melaka

Villa Istana Melaka Tempat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1077 hits
Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bufet ramadan di...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023