4 Mengaku Tak Salah Bunuh Bekas Pengarah Mardi


 
Empat tertuduh itu turut didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjata terhadap seorang jurutera dengan kerugian dianggarkan RM38,000. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong, dalam kejadian samun di rumahnya, pada November tahun lalu.
Pengawal keselamatan, S Vickeswaran, 23; penghantar surat, P Kogilan, 24; penganggur, M Ravindran, 24, dan juruelektrik, T Sugu, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin.
Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa membunuh Wan Hassan, 73, dalam kejadian samun di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur, antara jam 3.35 dan 4 pagi, pada 29 November 2020.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.
Sementara itu, Ravindran turut dituduh mencederakan isteri Wan Hassan, Sarifah Yusof, 71, menggunakan sebilah parang.
Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.
Selain itu, keempat-empat tertuduh juga didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan menggunakan sebilah parang dan sebatang tukul besi terhadap jurutera, Mohd Muzaffar Zulkifli Martin, 33, dengan anggaran kerugian sebanyak RM38,000.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Tiara Titiwangsa, Setapak di sini antara jam 4.12 dan 5.30 pagi, pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 27 Julai ini untuk pengurusan kes dan tarikh perbicaraan dijadualkan pada Februari tahun depan.
Ketika prosiding hari ini, pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dayana Mohamad, manakala kesemua tertuduh wakili peguam Sheelan Arjunan.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, cedera ditetak dengan parang di tangan kanan.
Mangsa dipercayai cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk melalui tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/4-mengaku-tak-salah-bunuh-bekas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pengurus Mardi Didakwa Salah Guna Kuasa

Bekas Pengurus Mardi Didakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 299 hits
MALAYSIAKINI Seorang bekas pengurus Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan salah guna kuasa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Saiful...
Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah Di Denda

Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah Di Denda

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 228 hits
SHAH ALAM Tiga pegawai Imigresen yang ditahan dalam Ops Selat masing masing didenda oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah melepaskan warganegara asing tanpa melalui prosedur yang betul di antara 2018 hingga ...
Jangan Jadikan Kes Bunuh Diri Sebagai Jenayah Kata Bekas Kpn Timbalan Menteri

Jangan Jadikan Kes Bunuh Diri Sebagai Jenayah Kata Bekas Kpn Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 257 hits
Bekas ketua polis negara Hanif Omar berkata tidak ada gunanya menambah tekanan kepada individu yang sudah mengalami tekanan PETALING JAYA Cubaan bunuh diri tidak harus dijadikan sebagai kes jenayah susulan desakan sebuah gabungan yang mahu ...
Amah Mengaku Salah Curi Barang Kemas Acu Pisau Kepada Majikan

Amah Mengaku Salah Curi Barang Kemas Acu Pisau Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 287 hits
Amah mengaku salah curi barang kemas acu pisau kepada majikan Padah mencuri barang kemas dan mengacu pisau kepada majikan seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam bulan dan didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada R...
Bekas Anggota Rabbani Meninggal Dunia

Bekas Anggota Rabbani Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 303 hits
Bekas anggota Rabbani meninggal dunia Bekas anggota kumpulan Rabbani Azizan Halid 46 menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 10 pagi semalam Berita pemergiannya itu disahkan Ketua Kumpulan Rabbani Azadan Abdul ...
Speaker Dewan Rakyat Disekolahkan Oleh Bekas Speaker

Speaker Dewan Rakyat Disekolahkan Oleh Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 256 hits
Anda speaker untuk semua dan perlu adil Azhar diberitahuRobin AugustinBekas speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof memberitahu Azhar Azizan Harun tugasnya bukan untuk melindungi mana mana menteri atau memberikan jawapan kepada menteri ...
Dendam Putus Cinta Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat

Dendam Putus Cinta Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 291 hits
Dendam Putus Cinta Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat Siapa sahaja yang tidak berasa kecewa setelah putus cinta dengan kekasih masing masing Malah disebabkan putus cinta terdapat individu yang berdendam dan sa...
Bekas Adun Didakwa 106 Pertuduhan Rasuah Rm11 Juta

Bekas Adun Didakwa 106 Pertuduhan Rasuah Rm11 Juta

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 275 hits
BUTTERWORTH Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung Datuk Mansor Musa 58 mengaku tidak bersalah atas 106 pertuduhan berkaitan rasuah bernilai lebih RM11 juta Beliau yang juga Pengerusi sebuah koperasi hartanah di sini membuat pengakuan ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik