4 Beradik Antara 5 Mengaku Tak Bersalah Cemar Sungai Gong


Nora MahparTiga daripada 5 tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen Selayang hari ini selepas didakwa atas 2 pertuduhan mencemarkan Sungai Gong di Rawang.SELAYANG: Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah kilang mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan mencemarkan Sungai Gong di Rawang yang menyebabkan lebih 1.2 juta isi rumah menghadapi gangguan bekalan air mulai 3 Sept lalu.
Ho Voon Leong, 59, dan 4 lagi beradik, iaitu Yip Kok Wai, 52, Yip Kok Mun, 58, Yip Kok Kuin, 50, dan Yip Kok Weng, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd Said
Bagi pertuduhan pertama, 5 tertuduh itu didakwa dengan niat bersama melakukan khianat menyebabkan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam saluran air yang mengalir ke Sungai Gong, Rawang.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 430 akta sama.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 30 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan ke-2, semua tertuduh didakwa dengan niat bersama melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke saluran air yang mengalir ke Sungai Gong, Rawang tanpa lesen.
Pihak berkuasa menutup kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang disyaki melepaskan bahan pelarut ke Sungai Gong sehingga menyebabkan operasi 4 loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan sejak 3 Sept lalu. (Gambar Bernama)Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Tertuduh boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd di lot 4219, Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Dua, Rawang pada 2 hingga 3 Sept lalu.
Mahkamah tidak membenarkan 5 tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, Mohd Ashraf Kamal, Mohd Izhanudin Alias dan Arunjothi, manakala semua tertuduh diwakili peguam M Reza Hassan serta Abdul Rashid Ismail.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan dilakukan mereka menjejaskan sebahagian besar penduduk Lembah Klang dan membabitkan kepentingan awam.
Katanya, kilang itu juga lalai dalam pengurusan sisa buangan dan melakukan kesalahan berulang.
Jika mahkamah tidak bersetuju, pendakwaan memohon hakim menetapkan ikat jamin RM2 juta bagi setiap tertuduh untuk 2 pertuduhan itu.
Reza bagaimanapun berkata, kejadian terbaru itu bukan kesalahan berulang kerana kesalahan pada Mac lalu hanya membabitkan pelanggaran SOP.
Oleh itu, beliau meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM100,000 bagi setiap tertuduh.
Tambahan, katanya, seorang daripada tertuduh itu mempunyai masalah kesihatan dan lokap sesak membahayakan kesihatan tertuduh, lebih-lebih lagi ketika penularan Covid-19.
Pencemaran bau di Sungai Gong mulai 3 Sept lalu menyebabkan operasi loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan dan 1.2 juta isi rumah di 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang terjejas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/4-beradik-antara-5-mengaku-tak-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 675 hits
KUALA LUMPUR 5 Sept Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
Pencemaran Sungai Gong 4 Beradik Pemilik Kilang Ditahan

Pencemaran Sungai Gong 4 Beradik Pemilik Kilang Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata semua suspek berusia lingkungan 50...
Lima Suspek Cemar Sungai Gong Didakwa Esok

Lima Suspek Cemar Sungai Gong Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 368 hits
SHAH ALAM 14 SEPT Lima individu yang dikaitkan dengan insiden pencemaran bau di Sungai Gong Rawang awal bulan lalu didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang esok Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kertas siasatan ...
Empat Lelaki Cemar Sungai Gong Direman Enam Hari

Empat Lelaki Cemar Sungai Gong Direman Enam Hari

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 650 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Empat pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong Rawang direman enam hari bermula hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek lelaki berum...
Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
5 Termasuk 4 Lembaga Pengarah Sebuah Kilang Punca Cemar Sungai Gong Dituduh

5 Termasuk 4 Lembaga Pengarah Sebuah Kilang Punca Cemar Sungai Gong Dituduh

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 314 hits
SELAYANG Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong Rawang Empat ahli lembaga pengara...
Safiey Illias Saya Mengaku Bersalah Harap Jadi Pengajaran

Safiey Illias Saya Mengaku Bersalah Harap Jadi Pengajaran

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 234 hits
Saya mengaku bersalah dan Alhamdulillah kes sudah selesai Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23 000 tadi Apa yang boleh diperkatakan saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga source
Timbalan Pengarah Mengaku Tak Bersalah Pecat Pemberi Maklumat Sprm

Timbalan Pengarah Mengaku Tak Bersalah Pecat Pemberi Maklumat Sprm

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Seorang timbalan pengarah sebuah syarikat didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan seorang kakitangan dipecat kerana memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan salah laku tertuduh Wafiy Abd Aziz 35...
Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 276 hits
freemalaysiatoday com September 17 2020 11 49 AMMohd Saifullah Mohd Minggu Mohd Hisham hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi 6 pertuduhan rasuah SHAH ALAM Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan ...
Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

Monkeys Canopy Resort

Bawa Bekal Jimat Duit Belanja

Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

Cabinet Discusses Reactions To Minimum Wage Epf Proposals

Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

Sains Di Hujung Jari Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku


echo '';
Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia


Jumpa Kami Di Sini

Psm Slams Kok Over Discriminatory Epf Contribution Proposal

Mp Fears Backlash After Anwar Welcomes Najib S Apology

Pulut Panggang Inti Ikan Kelantan

Data 24

Penang Children Festival 2024