4 Amalan Masuk Rumah Baru Yang Perlu Kita Buat
4 Amalan masuk rumah baru yang perlu kita buat.
Saya pasti korang yang nak masuk rumah baru mesti ada perasaan seronok yang tak boleh nak digambarkan. Tak kisahlah sama ada rumah yang baru dibeli atau rumah sewa.
Pada saya semuanya ada feeling yang tersendiri.
Kalau orang perempuan ni dia eager nak menghias rumah.
Bukan nak hias beria sangat, asalkan kemas dan sedap mata memandang pun dah ok sangat. Janji ada tempat berteduh kan.
Ramai juga yang masih menunggu rumah siap dan tak kurang juga menunggu kunci rumah. Menunggu 2/3 tahun memang satu penyiksaan haha.
Bila dah dapat kunci, kita mesti terfikir apa nak buat sebelum masuk rumah baru kan?
Selain nak menghias rumah dengan perabot dan kelengkapan yang perlu, kita juga perlu memastikan rumah yang bakal diduduki ‘selamat’ dan diberkati Allah.
Nah saya kongsikan untuk kita sama-sama amalkan untuk memastikan kesejahteraan rumahtangga.
4 Amalan masuk rumah baru
Pertama: Membaca Surah al-Baqarah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”
Hadis Riwayat Muslim (780)
Kedua: Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ
Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”
Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah
Ketiga: Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ
Maksudnya:“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”
Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.
Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”
Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya
Keempat: Memberi salam
Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.
Maksudnya: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.
Info dari muftiwp.gov.my
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Bila dah masuk rumah baru bolehlah jemput jiran dan saudara mara datang.
Buat makan-makan sikit. Tetamu yang datang ni membawa rezeki Insha Allah.
The post 4 Amalan masuk rumah baru yang perlu kita buat appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/11/4-amalan-masuk-rumah-baru-yang-perlu-kita-buat.html