Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Buta
سلام جمعة
Pernah dengar tak ayat seperti tajuk di atas? atau ayat penuhnya “Masuk rumah orang jadi buta, keluar daripadanya jadi bisu “. Ayat bermaksud tentang 'adab' sebagai tetamu. Adab berkunjung ke rumah orang ini juga boleh digunakan sebagai adab ketika beraya dan juga sebagai adab menumpang rumah orang.
Tak kisahlah jiran ke, kawan-kawan ke atau saudara sendiri, mesti kena ada adab.
kredit pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
Masuk menjadi buta : Apabila kita menziarahi rumah seseorang dan ketika itu sedang berada di dalam rumah. Hendaklah kita menjaga penglihatan kita. Pelihara mata daripada melihat barangan yang ada di dalam rumah tersebut.
Keluar menjadi bisu : Bila keluar dari rumah seseorang yang kita ziarah, tidak perlu lah bercerita tentang keadaan rumah/isi rumah yang telah kita ziarahi kepada orang lain. Itu adalah privasi tuan rumah dan kita juga perlu hormat privasi orang lain dalam menjaga perhubungan sesama manusia. Aib orang jangan dibuka!
Setiap rumah, cara hidup adalah berbeza. Sedangkan timeline kita juga tak sama. Janganlah kerana kita tak suka cara orang, kita boleh jaja cerita tu pada orang lain.
Pantang sungguh la kalau orang berkunjung ke rumah kita dan membawa cerita buruk tentang kita. Ia secara tak lansung boleh mengubah persepsi orang lain terhadap kita. Tak pasal-pasal kita di cop dengan perkataan yang tak elok. نعوذ بالله من ذلك
Terutamanya hal dalam sebuah keluarga ni. Biarlah hanya keluarga sahaja tahu. Bila dah melibatkan saudara mara, lagi jauh perginya cerita tu kan. Itu yang biasa berlaku selalunya.
Mulut pun perlu dijaga supaya kita tak terus mengamalkan mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Bab ni kadang kadang terrr..Jadi, kalau dah tersedar sila tukar topik lain. Lebih baik jangan buka cerita yang mencetuskan pengumpatan berlaku.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/masuk-rumah-orang-dalam-keadaan-buta.html