4 471 Kes Kanak Kanak Hilang Dari 2017 Hingga 1 September Tahun Ini


PDRM menjalin kerjasama dengan 40 agensi lain melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak-kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan. - Gambar hiasan
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) [PARLIMEN] Lebih 10,000 kes orang hilang sejak 2017 KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 kes orang hilang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2017 sehingga 31 Ogos 2021.

ISMAIL MOHAMED SAID
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut, kes orang hilang berumur 18 tahun dan ke atas adalah berjumlah 6,074 orang.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 4,871 orang telah dijumpai semula dan baki 1,203 orang masih hilang, manakala bagi kes kanak-kanak hilang iaitu 18 tahun ke bawah dari tahun 2017 sehingga 1 September 2021 adalah berjumlah 4,471 orang.


“Dari jumlah tersebut, seramai 4,399 kanak-kanak telah dijumpai semula dan baki 72 orang masih hilang,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa sebab seseorang itu hilang antaranya berdepan masalah keluarga seperti kurang dapat perhatian keluarga, selisih faham atau dilarikan ibu atau bapa.

“Kedua, keluar rumah ikut rakan sebaya atau ikut kekasih mencari kebebasan. Ada juga yang menghadapi masalah kemurungan sehingga menghilangkan diri, ada yang hilang disebabkan nyanyuk atau masalah mental atau tidak siuman serta berdepan masalah jenayah seperti terlibat dengan rogol atau cabul.


“Ada juga yang mencari pekerjaan atau selisih faham dengan keluarga sehingga menghilangkan diri, lari daripada pengutip hutang, penderaan fizikal atau mental oleh keluarga atau penjaga,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong mengenai statistik bilangan kes kehilangan orang dan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun sebelum ini termasuklah bilangan orang telah ditemui dan masih belum ditemui serta apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.
Foto fail untuk tatapan umum: AFP
Beliau berkata, antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini adalah dengan mewujudkan Portal Kanak-kanak Hilang.


Katanya, maklumat orang hilang dipaparkan menerusi portal https://knk2hilang.rmp.gov.my yang boleh diakses oleh orang awam. Portal ini memberi peluang kepada masyarakat untuk bekerjasama mengesan kanak-kanak yang hilang dengan lebih cepat dan berkesan dengan menyalurkan maklumat yang terkini melalui Internet.

“Portal ini sangat berguna apabila daripada 5,263 kanak-kanak yang hilang, kita dah jumpa 5,171 orang, maknanya baki hanya 91 orang yang masih hilang, jelas menunjukkan bahawa portal ini dengan kerjasama masyarakat adalah sangat berkesan, jadi kerajaan menggalakkan dan menyeru masyarakat supaya bersama PDRM bagi memastikan kadar atau jumlah kehilangan orang dapat disifarkan,” katanya.

Di samping itu, katanya, PDRM juga menjalinkan kerjasama dengan 40 agensi lain melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak-kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan dan membawa kepada tangkapan yang pantas.


“PDRM dan Facebook Malaysia yang merupakan ahli pasukan petugas dalam NUR Alert turut bekerjasama dengan menyiarkan hebahan di laman Facebook untuk mengesan kanak-kanak yang hilang dengan lebih cepat.

“PDRM juga turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penganjuran program-program kesedaran untuk mengelakkan kes ini daripada berulang.

“Kempen Kesedaran Kanak-Kanak (CAC) bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa kanak-kanak mudah terdedah menjadi mangsa dan adalah penting untuk memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Malah katanya, PDRM juga sering melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan perumahan, kedai, sekolah dan lain-lain.

“Kementerian juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat terkini berkaitan orang hilang. Peranan ibu bapa juga penting untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan termasuklah dengan memantau aktiviti-aktiviti anak-anak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/4471-kes-kanak-kanak-hilang-dari-2017.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk Kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk Kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 339 hits
Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun Assalamualaikum Hi guys Apa aktiviti korang hari ni Masih kekal di rumah lagi ke atau dah mula bekerja Aku yakin pasti ada yang masih bekerja dari rumah ...
Adik Yang Hilang 5 Tahun Lalu Akhirnya Ditemukan Keajaiban Twitter Do Your Magic Bikin Takjub

Adik Yang Hilang 5 Tahun Lalu Akhirnya Ditemukan Keajaiban Twitter Do Your Magic Bikin Takjub

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 312 hits
The power of Twitter lagi lagi bikin merinding kekuatan warganet kalau udah bersatu emang bikin sesuatu yang sangat sulit bisa terwujudkan Respek
Sprm Buka 149 Kertas Siasatan Libat Kategori Kes Berprofil Tinggi Tahun Ini

Sprm Buka 149 Kertas Siasatan Libat Kategori Kes Berprofil Tinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 246 hits
BERNAMA SPRM menangkap 660 individu sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki Gembar Bernama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas yang t...
Lelaki 53 Tahun Dirakam Peluk Gesel K Pada 3 Kanak Kanak Perempuan Di Tangga Flat

Lelaki 53 Tahun Dirakam Peluk Gesel K Pada 3 Kanak Kanak Perempuan Di Tangga Flat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 175 hits
Lelaki 53 tahun dirakam peluk gesel kemaluan pada 3 kanak kanak perempuan di tangga flat Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul tiga kanak kanak berusia tujuh hingga 11 tahun di tangga sebuah flat di Sri Damansara di sini semala...
Sop Sabah Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Dibenar Makan Di Premis

Sop Sabah Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Dibenar Makan Di Premis

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 247 hits
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kanak kanak bawah 12 tahun untuk makan di premis dan masuk ke premis perniagaan ditemani ibu bapa yang menerima dos lengkap vaksin COVID 19 berkuat kuasa hari ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Gadis Hilang Hampir 11 Tahun Rupanya Hanya Tinggal 500 Meter Dari Rumah Ibubapa

Gadis Hilang Hampir 11 Tahun Rupanya Hanya Tinggal 500 Meter Dari Rumah Ibubapa

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 186 hits
October 18 2021 Gadis hilang hampir 11 tahun rupanya hanya tinggal 500 meter dari rumah ibubapa Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad Kerala sejak 11 tahun lalu ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah ...
Lebih 400 000 Kanak Kanak Di Malaysia Dijangkiti Covid 19 Tahun Ini

Lebih 400 000 Kanak Kanak Di Malaysia Dijangkiti Covid 19 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 480 hits
BERNAMARemaja di Kuching Sarawak menunggu giliran untuk menerima vaksin Covid 19 Gambar Bernama Lebih 400 000 kes jangkitan Covid 19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini meningkat daripada sekitar 12 000 pada tahun lepas ...
Lemas Kanak Kanak Perempuan Hilang Jatuh Longkang

Lemas Kanak Kanak Perempuan Hilang Jatuh Longkang

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 197 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4 Kampung Baru Hicom di Shah Alam Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima m...
Dompet Hilang Lebih 50 Tahun Dipulangkan Semula Kepada Pemilik

Dompet Hilang Lebih 50 Tahun Dipulangkan Semula Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA LOS ANGELES Polis di Kansas Amerika Syarikat memulangkan semula sebuah dompet yang hilang lebih 50 tahun kepada pemilik asalnya Lapor portal UPI Jabatan Polis Great Bend menerusi satu hantaran di Facebook memaklumk...
Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Things To Ponder Self Reflection 7

Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Ideal Gifts For Chinese New Year


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Amira Othman Bila Nak Nikah Chord

Mahalini Mencintaimu Chord

Lirik Lagu Hilangmu Tak Terganti Tajul Afieq Shazwan

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap