39 Pemain Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman


Bernama 
   
Seramai 39 pemain dan pegawai skuad Liga Super Perak menerima lot tapak kediaman di mukim Hulu Kinta di Ipoh, susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif itu merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap skuad berkenaan dalam membawa pulang piala berkenaan, selepas kejayaan kali terakhir pada tahun 2000.

"Pihak berkuasa negeri melalui Perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Mei lalu, telah meluluskan satu lot tapak kediaman kepada mereka yang terlibat.

"Dengan itu, apa yang kita janjikan kepada pemain yang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun lalu, janji itu telah tercapai," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bolasepak Perak di Laman Seri Ridzuan, di Ipoh, malam tadi.

Untuk rekod, Perak berjaya menjulang Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti, dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 28 Okt tahun lalu.

Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, pihaknya juga berharap setiap pemain akan berusaha bersungguh-sungguh, khususnya dalam memperbaiki kedudukan skuad The Bos Gaurus dalam Liga Super pada musim ini.

"Saya agak kecewa dengan reputasi kita selaku juara Piala Malaysia pada tahun lalu, kita agak tertekan musim ini dalam mengharungi Liga Super. Saya harap para pemain akan berusaha bersungguh-sungguh sekaligus memenangi baki perlawanan perlu diharungi," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Adly Shah Ahmad Tah berkata, insentif itu merupakan hadiah istimewa kepada pasukan, selepas kejayaan membawa pulang piala yang dianggap amat berprestij di mata para peminat bola sepak Malaysia.

Katanya, ia juga menyuntik semangat pemain untuk berusaha dengan lebih cemerlang dalam mengharumkan nama Perak dalam arena bola sepak tanah air.-- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/39-pemain-pegawai-pasukan-bola-sepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Penjagaan Makanan Buat Pemain Bola Sepak Sepanjang Syawal

Tips Penjagaan Makanan Buat Pemain Bola Sepak Sepanjang Syawal

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 298 hits
Sebulan berpuasa akhirnya Syawal pun tiba Sebagai antara perayaan utama di Malaysia sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah antara yang paling meriah dan dirasai kehadirannya untuk tempoh sebulan berikutnya Untuk negara yang memiliki masyaraka...
Bekas Pemain Bola Sepak Terengganu Cedera

Bekas Pemain Bola Sepak Terengganu Cedera

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 425 hits
Rosli Ilham BEKAS pemain pasukan bola sepak Terengganu Mohd Faizal Muhamad 30 cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kenderaan lain di Kilometer 250 2 Lebuhraya Pantai Timur 2 dekat Jabor pagi ini D...
Tapak Tangan Lima Jari Hancur Angkara Mercun Bola

Tapak Tangan Lima Jari Hancur Angkara Mercun Bola

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 1695 hits
BESUT Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di Alor Lintang parah di bahagian pergelangan tangan dengan semua jari dan telapak tangan hancur akibat bermain mercun di Kampung Kubang Ikan di Kampung Raja di sini petang ta...
Terima Kenyataan Pegawai Unit Amal Kena Siasat

Terima Kenyataan Pegawai Unit Amal Kena Siasat

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 310 hits
Terima kenyataan pegawai Unit Amal kena siasatPosted By on May 23 2019Zus DinBila kita share berita dr Page DrMAZA dan komen di situ berkandaq kena maki hamun dgn walaun dan macaiun konon kita fitnah Macam2 walaun dan macaiun tepek tulisan ...
Lepas Jawatan Presiden Fam Demi Kelangsungan Dan Tingkatkan Mutu Bola Sepak Negara

Lepas Jawatan Presiden Fam Demi Kelangsungan Dan Tingkatkan Mutu Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 338 hits
Tunku Ismail Sultan Ibrahim foto sumber internetPENGERUSI Liga Bola Sepak Malaysia Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan tindakannya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia adalah demi kelangsungan dan meningkatk...
Pkpmp Minta Orang Awam Berhati Hati Terima Panggilan Dakwa Pegawai Mahkamah

Pkpmp Minta Orang Awam Berhati Hati Terima Panggilan Dakwa Pegawai Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 272 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan bahawa panggilan telefon yang dikatakan diterima oleh seorang individu adalah daripada pegawai atau kakitangan di Mahkamah Pulau Pinang Pejabat berkenaan mengulas...
Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari Gambang

Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari Gambang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 743 hits
Pemain Akademi Mokhtar Dahari baru umur 17 tahun tapi fizikal lebih besar daripada pengadil Pasukan ini juga mengalahkan abang abang Ganu yang berumur 20 tahun lebih dalam perlawanan Piala Presiden Mantap AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR D...
Abang Kandung Nekad Robohkan Kediaman Adik Sendiri Kerana Tapak Tanah Pusaka

Abang Kandung Nekad Robohkan Kediaman Adik Sendiri Kerana Tapak Tanah Pusaka

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 420 hits
Konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing dekat sini pagi...
Kpk Terima Laporan Gratifikasi 1 Ton Gula Dan 1 000 Dolar Singapura

Kpk Terima Laporan Gratifikasi 1 Ton Gula Dan 1 000 Dolar Singapura

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 279 hits
Dari 44 laporan tersebut Febri mengatakan pelaporan terbanyak berasal dari kementerian lembaga berjumlah 36 laporan pemerintah daerah 5 laporan dan BUMN 3 laporan
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm