Abang Kandung Nekad Robohkan Kediaman Adik Sendiri Kerana Tapak Tanah Pusaka




 Konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dirobohkan secara tiba-tiba.

Ketika kejadian, suami mangsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah.

Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, meroboh bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersimpati dengan keluarga mangsa, hanya mampu memerhati dari jauh.

Mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur.

“Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.

“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit.

Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dirobohkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin.

“Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, walaupun sebahagian rumahnya dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya, tetapi perjanjian lisan sebelum ini tidak menimbulkan masalah.

Katanya, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup.

Beliau berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.

“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan.

“Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh. Sebenarnya, tanah ini terbahagi dua iaitu bahagian depan milik saya dan bahagian dapur pula milik abang seperti diputuskan mahkamah dan saya kini berserah kepada Allah,” katanya

Sumber artikel : kulihatlangitbiru.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/05/abang-kandung-nekad-robohkan-kediaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gugurnya Air Mata Abang Bomba Mangsa Kemalangan Rupanya Adik Sendiri

Gugurnya Air Mata Abang Bomba Mangsa Kemalangan Rupanya Adik Sendiri

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 785 hits
LULUH hati seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut apabila panggilan kecemasan diterimanya berhubung kemalangan di Kilometer 14 Jalan Jerantut Temerloh dekat Kampung Tebing Tinggi Jerantut tengah hari ini adalah kemal...
Menangis Ketakutan Keluar Rumah Berebut Tanah Abang Tekad R0b0h Sebahagian Rumah Pusaka

Menangis Ketakutan Keluar Rumah Berebut Tanah Abang Tekad R0b0h Sebahagian Rumah Pusaka

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 332 hits
PASIR PUTEH KonfIik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merob0hkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing dek...
Ada Aksi 22 Mei Transjakarta Setop Operasional Menuju Tanah Abang

Ada Aksi 22 Mei Transjakarta Setop Operasional Menuju Tanah Abang

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 251 hits
Koridor 1 Blok M Kota sementara tidak melewati halte Polda sampai dengan Monas untuk kedua arah Rute 8K Batusari Tanah Abang mengalami perpendekan rute Batusari Pasar Tomas
Ada Kericuhan Penumpang Krl Dilarang Keluar Dari Stasiun Tanah Abang

Ada Kericuhan Penumpang Krl Dilarang Keluar Dari Stasiun Tanah Abang

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 184 hits
Ada Kericuhan Penumpang KRL Dilarang keluar dari Stasiun Tanah Abang Dari Stasiun Tanah Abang tampak kepulan asap hitam di sejumlah titik di kawasan Cideng
Abang Adik Patah Balik

Abang Adik Patah Balik

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 1858 hits
Telefilem Abang Adik Patah Balik lakonan Pekin Ibrahim Izuan Fitri dan Kodi Rasheed akan disiarkan di TV1 pada 25 Mei Sabtu pukul 9 malam JUDUL ABANG ADIK PATAH BALIKWAKTU SIARAN Sabtu 25 Mei 2019 9 00 malamSIARAN TV TV1 PENULIS SKRIP Siti ...
Bila Tengok Ic Baru Tahu Adik Sendiri Tengah Menyelamat Tak Sangka Adik Sendiri Mangsa Kemalangan

Bila Tengok Ic Baru Tahu Adik Sendiri Tengah Menyelamat Tak Sangka Adik Sendiri Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 486 hits
Bila Tengok IC Baru Tahu Adik sendiri Tengah menyelamat tak sangka adik sendiri mangsa kemalangan Tugas pegawai bomba dan penyelamat turut melibatkan hal hal berkaitan kemalangan Perkara itu dapat dilihat semasa kemalangan jalan raya berlak...
Hari Ini Pasar Tanah Abang Dibuka Kembali Usai Aksi 22 Mei

Hari Ini Pasar Tanah Abang Dibuka Kembali Usai Aksi 22 Mei

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 251 hits
Pasar Tanah Abang ditutup sementara mulai 22 23 Mei 2019 pasca adanya bentrokan di kawasan Tanah Abang akibat adanya perusuh di aksi 22 Mei
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Ministry To Support Digitalisation Efforts At Temples Nationwide

Pastor Koh S Wife Hopes Court Judgment Will Bring Some Closure